“Kris terhutang budi pada dia papa. Dia beri Kris kesempatan ini untuk rasa bahagia ini” Kris tidak semena-mena mengalirkan air mata. Encik Aiman tersenyum, dia mengesat air mata Kris lalu memeluk anak lelakinya itu erat.
Tasha sudah bersiap mengenakan baju kurung dan tudung bawal biasa, Raisyah yang sedang menikmati susu botol yang dibancuh oleh ibunya sudah hampir yang terlena dalam dukungan Tasha. Tasha perhatikan langit biru, cuaca elok sahaja hari ini. Dia sedar sejak dari semalam lagi Shay nampak lain. Shay tiba-tiba demam panas semalam tapi kerana tidak mahu risaukan Tasha, Shay berpura-pura sihat. Tadi Tasha dengar Shay muntah-muntah. Tasha risau tapi dia tahu tak ada apa yang mampu dilakukannya untuk menghalang Shay keluar dari rumah pada hari ini.
“Tasha, dah siap ke?” tanya Shay. Dia keluar dari bilik air dengan memakai baju melayu hitam dan kopiah putih. Mukanya tampak pucat.
“Dah abang” jawab Tasha.
“Jom. Rasanya mereka semua dah siap. Tunggu kita saja sekarang ni” ujar Shay. Dia mengambil Raisyah dan kemudian membantu Tasha untuk turun. Sampai di bawah, Shay melihat semua sudah bersiap sedia untuk bergerak.
Hari ini merupakan hari yang sama selepas 5 tahun Arshad meninggal dunia. Mereka sekeluarga ingin ke kubur Arshad untuk membaca Yasiin. Tasha disuruh untuk duduk saja dirumah kerana keadaannya yang masih lemah tapi dia tetap ingin pergi sama sebab dia risaukan Shay.
Mereka sekeluarga membaca Yasiin di tepi kubur Shad. Selepas sejam, Encik Aiman masuk ke dalam masjid kerana ingin solat Zohor. Kris menemaninya. Puan Aisya dan Humaira pula membawa Raisyah dan semua budak-budak bermain di taman permainan berdekatan kerana mereka tidak betah duduk lama-lama di kawasan kubur.
Shay pula masih setia di tepi kubur abangnya walaupun sudah beberapa kali dia mengulang balik membaca Yasiin. Tasha menemani suaminya.Ketika membaca Yasiin di kubur Shad, Shay tiba-tiba memejamkan matanya.
“Abang” Tasha merangkul pinggang Shay. Dia risau. Pada hari ini dia kehilangan Shad, dia takut jika pada hari ini juga dia akan kehilangan Shay. Kedua-dua mereka adalah insan yang dicintainya.
Shay membuka matanya yang kuyup itu, dia memandang pada Tasha lalu dia merangkul tubuh isterinya itu.
“Tasha, aku cintakan kau..” bisik Shay di telinga Tasha.
Tasha pelik. Sudah lima tahun dia dan Shay bersama, sudah lama jugak Shay tidak membahasakan dirinya sebagai ‘aku’.
“Abang” Tasha cuba untuk merenggang pelukan suaminya itu tapi ketika itu dia merasakan hembusan angin bertiup menyentuh pipi.
“Terima kasih sebab sudi tolong aku bawa Kris pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Terima kasih…”
“Shad?”
Tasha menolak tubuh suaminya, ketika itu Shay sudah tidak sedarkan diri. Tasha cemas, dia ingin memanggil ibu dan ayah yang sedang berbual dengan pak imam di tepi masjid tapi keinginannya itu terhenti apabila dia terdengar dengkuran halus yang datang dari suaminya. Dia melihat pada muka Shay betul-betul, ketika itu dia benar-benar pasti yang Shay sudah tertidur. Tasha ketawa perlahan, dia mengangkat kepada Shay ke atas ribanya. Jari-jemarinya bermain dengan rambut Shay.
“Adakah itu kau Shad? Yang cakapkan semua tadi pada aku? Kalau benar itu adalah kau, aku ada sesuatu nak beritahu kau…” ujar Tasha tatkala dia menyentuh pipi Shay. Suara Tasha bergetar dan matanya bergenang dengan air mata.
“Terima kasih sebab muncul pada malam itu…” ujar Tasha. Dia maksudkan malam ketika dia menoreh tangannya di atas bumbung restoren. Pada malam Shad muncul dan selamatkan Tasha.
“ALLAH telah rancangkan segalanya dengan baik sekali. Dia kurniakan aku kesempatan melalui kau dan dia berikan aku kebahagiaan ini. Aku bersyukur sangat sebab akhirnya aku mampu merasa semua ini…. Jika dulu, aku hanya mampu bermimpi tapi sekarang semua mimpi aku sudah menjadi realiti. Kau dengar tak Shad, aku ucapkan terima kasih sebab kau muncul dalam hidup aku. You’re my first love. I love you” Tasha mengucup pipi Shay, air matanya jatuh ke atas pipi Shay. Shay membuka matanya, terkejut dia apabila Tasha sedar dia melihat Tasha begitu rapat dengannya. Dia membiarkan saja Tasha melayan perasaan, dia menyentuh pipi Tasha untuk mengesat air matanya. Tasha sedar yang Shay sudah bangun, dia terus menjauh dari suaminya.
Shay bangun, dia masih lagi memandang pada Tasha.
“Lama ka abang tidur?” tanya Shay, dia sebenarnya tidak sedar macammana dia boleh tertidur. Dia hadapan kubur pula tu. Nasib baik ada payung yang memayungi mereka, tak de la rasa panas sangat.
“Abang tidur sekejap je. Itulah, orang cakap kalau demam panas tu jangan datang kubur. Kan dah kena rasuk”
“Apa??” mata Shay membulat ketika memandang pada Tasha. Tasha ketawa perlahan, dia menggeleng kepala.
“Jom kita balik bang. Ibu, papa dan semua orang dah tunggu kita”
“Baiklah sayang” balas Shay.
Tasha memandang kali terakhir pada kubur Shad. Dia mengoles senyuman lembut..
Semoga kita bertemu lagi Arshad. InsyaALLAH, di Jannah….
Share this novel