“Aku nak pinjam shampu Sarah”
“Shampo pun tak dak ka? Kenapa tak pinjam kat Shay?”
“Bilik Sarah dekat lagi dengan bilik aku” jawab Shad.
“Dah ambik shampu? Rasanya kau boleh keluar dah?” Tasha ingin membuka pintu bilik tapi ditahan oleh Shad. Shad bersandar pada pintu bilik, dia menjungkitkan keningnya pada Tasha.
“Kenapa nak cepat sangat? Kau tak suka ka bersendirian dengan aku??”
Tasha menelan air liur. Sudahlah Shad hanya ada tuala ditubuh, silap-silap terlondeh juga tuala itu.
“Aku adalah dengar orang cakap pasal cara hidup orang Islam. Katanya, kalau bukannya suami isteri tak elok kalau berdua-duaan kat tempat yang tertutup macam bilik ni” ujar Tasha, mengulang balik apa yang diberitahu oleh Kris padanya sebentar tadi. Shad yang sudah menggatal hendak mengenakan Tasha, sudah merah muka selepas mendengar kata-kata Tasha tadi. Dia nak kenakan orang, dia sendiri yang terkena.
“Siapa yang beritahu?” tanya Shad.
“Adalah. Sudah, sudah.. Pergi keluar pakai baju”
“Yalah,yalah… Emm, Sha..” panggil Shad perlahan.
“Apa?” tanya Tasha, malas nak melayan sebenarnya.
“Itu kalau bukan suami isteri tapi kalau kita suami isteri maknanya boleh la. Aku dah tak sabar dah nak… ehem..ehem… Kau ajalah jadi isteri aku”
“Dasar miang!!!!”
………
Kris duduk dibawah pokok. Ayahnya duduk tidak jauh darinya. Hanya mereka berdua yang duduk disitu, semua yang lain sudah mengadakan sesi bergambar di tepi tasik. Mungkin mereka sengaja berbuat demikian kerana ingin memberi peluang untuk Kris dan Encik Aiman berbual.
“Sebelum papa mula bercerita, Kris ada apa-apa ke nak tanya pada papa?” tanya Encik Aiman. Kris diam, dia tidak memandang pada ayahnya ketika itu. Encik Aiman menganggap itu adalah tanda yang Kris tidak ada soalan lagi untuk ditanyakan padanya.
“Sebenarnya Kris, papa tak tinggalkan mummy. Papa beri mummy peluang untuk hidup dengan pilihannya.Mummy, dia ada lelaki lain yang dia cintai selain papa.” Encik Aiman mula membuka sejarah lalu. Kris hanya diam, pandangannya mati hanya pada langit biru. Encik Aiman terus bercerita.
“Papa tak sanggup tengok isteri papa bersama dengan lelaki lain. Papa rasa seolah-olah hak papa sebagai suaminya telah dipermainkan. Jadi papa suruh mummy pilih sama ada nak bersama dengan papa ataupun dengan lelaki itu. Dia tak pilih papa…” terhenti seketika bicara Encik Aiman “Jadi papa ceraikan dia”sambung Encik Aiman. Kris mengetap bibir, dia mula menunjukkan perasaannya. Dia tunduk memandang pada jari-jemarinya kini.
Encik Aiman bersandar pada batang pokok.
“Papa pindah ke Malaysia untuk mulakan hidup baru. Disinilah papa jumpa dengan ibu. Ibu pemilik Valqis Company, partner papa dalam perniagaan. Pada waktu itu, papa minta tolong ibu jelaskan papa tentang Islam sebab papa tertarik dengan agama Islam” beritahu Encik Aiman. Kris mengangguk kepalanya, dia memandang pada Encik Aiman yang kini sedang memandang pada Puan Aisya yang sedang melayan karenah anak-anaknya.
Kris melihat Puan Aisya meleraikan pergaduhan Shay dan Shad. Dia mendengar Puan Aisya bercakap dengan anak-anaknya. Walaupun anak-anaknya sudah besar tapi mereka masih lagi bermanja dengan Puan Aisya. Kris melihat Puan Aisya memeluk dan mencium anak-anaknya. Tidak semena-menanya Kris menitiskan air mata. Bagaimana dia sanggup menuduh wanita itu perampas kebahagiaan mummynya?
“Selama tiga tahun papa belajar tentang Islam dan akhirnya papa peluk Islam. Kalau Kris nak tahu, ibu sebenarnya sudah berkahwin sebelum papa kenal ibu. Suaminya adalah kawan baik papa. Tapi suami dan anaknya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Hanya ibu yang terselamat. Walaupun selepas diuji sebegitu, ibu tetap tabah. Dia bangkit dari kesedihannya, dia terus berjuang demi arwah suami dan anaknya. Papa kagum dengan ibu.
Selepas papa peluk Islam, papa nak sangat jadikan ibu isteri papa. Tapi pada waktu itu mummy datang jumpa papa minta papa untuk terima dia semula. Tapi papa tolak, sebab papa nampak ibu dalam mimpi papa. Papa buat solat istiqarah dan papa nampak ibu dalam mimpi papa. Bila papa tolak permintaan mummy, mummy mengamuk. Sejak dari hari itu dia tak benarkan papa jumpa dengan Kris” Encik Aiman memandang pada Kris.
“Kris nak tanya sesuatu pada papa”
“Apa?”
“Kenapa papa tak datang melawat mummy masa mummy sakit? Kenapa pada tak datang sewaktu hari pengkebumian mummy?”
“Papa datang tengok mummy. Ibu juga datang tengok mummy…Tapi setiap kali kami datang, mak dan ayah mummy tak benarkan kami masuk. Masa mummy meninggal, papa pergi. Tapi mak ayah mummy tetap tak bagi papa tengok mummy. Mereka salahkan papa atas kematian mummy. Tak cukup dengan itu, mereka bawa Kris jauh dari papa. Selepas papa tahu kedudukan Kris pun, papa cuba untuk jumpa Kris tapi….” Encik Aiman memandang pada anaknya itu lalu dia mengulas senyuman nipis.
“Terima kasih sebab datang jumpa papa. Kalau mati sekarangpun papa reda. Dapat jumpa Kris selepas bertahun lamanya..” Encik Aiman cuba mengesot ke arah Kris tapi Kris sendiri yang bangun dan duduk disebelah ayahnya. Encik Aiman menyentuh muka Kris. Kris miripnya, Kris mewarisi ketampanannya. Hampir semua anak-anaknya mewarisi ketampanannya kecuali Sarah. Sarah putih seperti Encik Aiman tapi cantik seperti Puan Aisya.
“Kali terakhir papa peluk Kris, waktu Kris tiga tahun. Waktu terakhir papa tengok Kris, sewaktu Kris belasan tahun. Papa ternampak Kris secara tak sengaja waktu papa pergi hospital untuk melawak mummy. Waktu tu papa nak sangat peluk Kris tapi papa tak mampu…” suara Encik Aiman sudah sebak. Kris akhirnya menangis jua.
Share this novel