“Papa mesti suka hadiah Shad” ujar Shad. Shad menarik tangan Kris. Kris pada mulanya tidak mahu bertemu dengan Encik Aiman tapi Shad menggesanya.
Sebaik saja Encik Aiman melihat Kris, dia sudah tersenyum lebar.
“Anak papa. Ya ALLAH…” Encik Aiman cuba untuk berdiri dan berjalan mendekati Kris tapi kakinya terlalu lemah untuk dia melangkah, dia rebah dalam usahanya untuk mengorak langkah. Shad terus menyambut ayahnya.
“Papa, perlahan-lahan pa. Shad letak papa atas kerusi roda dulu ya”
“Papa lupa pula yang papa pakai kerusi roda” jawab Encik Aiman dengan senyuman nipis. Dia duduk atas kerusi roda. Kemudian dia kembali memandang pada Kris yang sudah melangkah jauh ke belakang.
“Lama tak jumpa Kris. Kris apa khabar? Papa rindu pada Kris..”
Kris masih diam. Dia tidak memandang pada Encik Aiman sedikitpun.
“Kris nampak kurus sangat. Kris mesti tak makan lagi. Ibu siapkan makanan yang sedap-sedap” ujar Encik Aiman. Mereka semua bergerak ke meja makan. Kris duduk disebelah Datuk Aiman. Sebenarnya bukannya dia nak duduk di tempat itu tapi tiada tempat lain lagi kerana semua orang sudahpun duduk sebelumnya.
“Makan la” Encik Aiman meletakkan banyak lauk atas pinggan Kris. Kris memandang redup akan wajah ayahnya.
“Ini kali pertama dan terakhir saya datang sini. Saya harap janganlah cari saya lagi selepas ini”
“Papa ada banyak nak cerita pada Kris. Tak boleh ka kalau Kris duduk lama sikit kat sini?”
Kris menggelengkan kepalanya. “Kalau papa tak faham apa niat saya datang sini, saya akan jelaskan pada papa satu persatu. Saya tak mahu lagi papa anggap saya anak papa. Saya nak papa jangan cari saya lagi. Saya nak putuskan hubungan kita. Saya harap papa faham. Selama inipun kita berdua bahagia dengan hidup kita. Papa bahagia dengan keluarga papa dan saya bahagia dengan cara hidup saya. Jadi, saya rasa kita berdua kena teruskan dengan hidup kita sekarang ini. Janganlah kita ada apa-apa hubungan” jelas Kris.
“Sebelum Kris nak putuskan hubungan kita, papa nak Kris tahu segala-galanya. Dari awal hingga pengakhiran..”
“Saya tak mahu dengar”
“Apa yang Kris tak mahu dengar inilah kenyataan” tegas kata-kata keluar dari mulut Encik Aiman.
“Kenyataan apanya pa? Kenyataan yang papa tinggalkan mummy?” teriak Kris, dia mula tunjuk dirinya yang sebenarnya kerana dia sudah tidak mampu menahan diri lagi.
Encik Aiman jeda seketika. Dia terkejut apabila Kris meninggikan suara.
“Lauk ini lauk kegemaran Kris. Makan la” pelawa Encik Aiman, dia sengaja mengubah tajuk. Wajahnya sudah tidak seceria tadi.
Shad sudah mengepal penumbuk, kalau diikutkan hati nak saja dia belasah Kris tapi dia ditahan oleh Shay. Shay menyedari kemarahan abangnya, dia terus menyentuh bahu Shad untuk menyedarkan Shad dari amarah yang menguasai emosi Shad.
“Papa makan la jugak” Shay sudah mengangkat senduk untuk mengambil lauk bagi ayahnya.
“Papa tak ada selera,papa naik solat dulu” beritahu Encik Aiman lalu menggerakkan kerusi rodanya. “Papa harap Kris bagi papa peluang untuk jelaskan segalanya pada Kris” ujar Encik Aiman sebelum dia meninggalkan meja makan itu. Puan Aisya nampak tidak gembira, dia meninggalkan meja makan untuk bersama dengan suaminya.
Ruang makan itu menjadi senyap sunyi walaupun masih terdapat lima orang yang duduk di meja makan itu.
“Kris, aku dah masukkan semua barang-barang kau dalam bilik kat atas. Kau tidurlah dulu kat sini”
“Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi? Aku tak mahu stay kat sini”
“Kris, aku penat la. Aku dah letih sangat, lagipun hotel yang kita tempah tu jadi dari sini” sampuk Tasha.
“Tasha, aku tak peduli la. Aku boleh tidur kat mana-mana saja tapi bukan kat sini” balas Kris.
“Tapi aku peduli. Aku model terkenal, takkanlah aku nak tidur tepi longkang” marah Tasha. Kris akhirnya beralah.
“Sarah, tunjukkan bilik pada Kris” arah Shay. Sarah patuh, dia menunjukkan kamar Kris pada Kris.
“Ini bilik kau” Sarah membuka pintu kamar tetamu untuk Kris.
“Thanks..” Kris ingin masuk ke dalam bilik itu tapi Sarah menghalangnya. Kris mengerutkan dahi, dia memandang pada Sarah yang sudah menyinga padanya.
“Papa tahu tak yang papa sakit. Boleh tak kau cakap elok-elok sikit dengan dia?” marah Sarah. Kris menyentuh tangan Sarah yang memegang tombol pintu kamarnya. Dia mengambil tangan itu lalu menolak Sarah ke tepi. Pintu kamar dihempas dengan kuat lantas mengejutkan Sarah dan semua orang yang berada disitu.
“Lelaki tak guna! Kau fikir kau tu sapa?! Dah la kau fitnah papa dan ibu, lepas tu kau nak tunjuk kepala pula. Dengar sini, kalau nak jadi manusia tu janganlah bodoh sombong pula. Kau faham tak bodoh sombong tu apa? Bodoh sombong tu orang yang tak tahu hujung pangkal cerita tapi tak mahu pula cari tahu, pasti tu salah faham. Haaa, tu la maksudnya bodoh sombong. Aku bukan apa, takut kau tak peribahasa orang Melayu ni”
Shay, Shad dan Tasha naik ke tingkat dua apabila mendengar Sarah memekik dihadapan pintu kamar Kris.
“Sarah, sudah la. Nanti papa dengar pula” ujar Shad, mukanya tampak pucat dan suaranya juga kedengaran letih sekali. Shay memandang pada Shad, dia kemudiannya memandang pada Sarah.
Share this novel