BAB 8

Romance Completed 6936

“Kris, apa kata kau singgah rumah papa dulu?”

“No, thanks. Aku harap ini kali terakhir aku jumpa kau kat Malaysia. Harap-harap tak de la bertembung dengan family kau selama seminggu aku kat sini” ujar Kris.

“Satu lagi, jangan beritahu pada papa yang aku ada kat sini” Kris memikirkan itulah kali terakhir dia berjumpa dengan Shad jadi dia ringkankan bibirnya untuk mengukirkan senyuman.

“Kris, papa sakit” beritahu Shad. Akhirnya terkeluar itu perkara itu dari mulutnya, begitu sukar untuk dia memulakan perbualan antara dia dan Kris mengenai ayah mereka.Hatinya menjadi lega tapi bila melihat reaksi Kris, dia dapat merasakan yang Kris tidak akan memberikan respon yang baik.

“Kenapa mesti kau beritahu aku? Kau fikir aku akan berbesar hati nak pergi melawat dia?” Kris ketawa sinis. “Aku tak kisah kalau dia mati. Aku tak akan jenguk diapun. Apa yang dia buat pada mummy aku akhirnya aku mampu balas balik. Terima kasih la sebab bagitau aku pasal tu, sekarang aku rasa puas” ujar Kris dengan gembiranya.

Shad rasa sakit hati tapi dia tahan dirinya daripada melepaskan kemarahannya itu pada Kris.

“Aku merayu pada kau. Sekali ni saja, kau jumpa la dia” pinta Shad. Kris tidak mempedulikan Shad. Tasha juga sudah risau kerana Kris masih berdegil.

“Aku tak pernah terfikirpun nak jumpa dia. Seumur hidup aku, aku tak mimpi nak jumpa dia. Dia dah tinggalkan aku dulu. Aku takkan cari dia semula. Kau juga patut pergi Shad, aku tak mahu ada kena mengena dengan family kau. Aku dah bahagia dengan hidup aku sekarang”

“Kau tak teringin nak tahu apa sebab papa ceraikan mummy? Kau tak tahu kisah sebenar. Kisah yang diberitahu pada kau selama ini adalah fitnah”

“Aku tak mahu dengar kau cakap yang mak kau tu baik dan mummy aku jahat. Aku percaya dengan cerita yang family aku ceritakan. Papa tinggalkan mummy dan mummy mati sebab sakit. Itu apa yang aku sendiri saksikan. Papa langsung tak melawat mummy sewaktu mummy sakit, bahkan masa mummy mati, papa tak melawat mummy jugak. Kalau yang mati itu ibu kau, dan papa lakukan perkara yang sama pada ibu kau, apa yang kau rasa?” uji Kris. Shad diam, matanya yang berkaca-kaca itu bertaut dengan mata Kris yang beku. “Bagi aku, ibu kau perampas. Dia rampas papa dari mummy. Dia rampas seorang suami dari seorang isteri, dia rampas seorang ayah dari seorang anak..” Kris ketawa sinis.

“Bagaimana perempuan sebegitu dianggap baik dan mulia?” tanya Kris dengan sinis. Dia ingin bangun dari kerusi itu dan pergi. Tapi Shad yang berdiri terlebih dahulu. Shad undur selangkah dari tempatnya berdiri. Perlahan dia melutut dihadapan Kris. Semua orang sudah mula memandang pada drama yang dicipta oleh Shad.

Tasha sudah menekup mulut sementara Kris nampak terkejut.

“Aku merayu. Sekali ini saja tolong jumpa papa” pinta Shad.

Kris mengetap bibirnya. Dia tidak faham kenapa Shad sanggup buat begitu? Dia sudah jelaskan pada Shad bertapa bencinya dia pada papa dan seluruh keluarga Shad. Dia tidak mahu berkasar dengan Shad, jadi kenapa Shad tak mahu melepaskannya pergi dengan baik?

Kris mungkin menyimpan dendam pada papa dan keluarga Shad tapi dia bukannya jenis orang yang suka melihat penderitaan orang lain. Dia seorang yang lembut hati. Kalau dia seorang yang kasar, sudah lama dia memaksa Tasha untuk mencintainya tapi dia reda bila Tasha memberitahunya bahawa dia tidak mungkin akan jatuh cinta pada sesiapapun termasuklah Kris.

Shad masih melutut, tidak cukup dengan itu dahinya sudah menyentuh lantai tapi sebaik saja dia melakukan seperti itu, tangan Kris terus menarik lengannya hinggalah dia bangun. Setelah Shad bangun, Kris kemudiannya meninggalkan Shad. Beberapa langkah jauh dari Shad, Kris berpaling memandang adiknya itu.

“Kat mana rumah papa?”

Mendengar Kris berkata begitu, muka Shad terus berseri-seri. Dia berlari ke arah Kris dan terus memeluk Kris erat. Kris meronta-ronta ingin melepaskan diri walaupun setiap percubaannya gagal.

Tasha menguntumkan senyuman.Dia memandang pada Shad, dia teringat bagaimana Shad memeluknya seketika tadi.Tidak semena-mena dia mengukirkan senyuman lebar. Dia mengikut Shad dan Kris dari belakang. Dia tak sabar-sabar menanti hari-hari yang bakal dilaluinya bersama dengan Muhammad Arshad bin Aiman Yong.

…..

Puan Aisya menyiapkan makan malam seperti biasa ketika pintu rumahnya diketuk. Sebaik saja dia membuka pintu, dia dikejutkan dengan kemunculan Shad. Apa yang lebih mengejutkannya, Shad tidak pulang sendirian, dia bersama dengan Kris.

Kris langsung tidak memandang pada Puan Aisya. Puan Aisya berdiri dihadapan Kris dan menyentuh lembut lengan lelaki itu. Kris terkejut, dia memandnag pada Puan Aisya dan tunduk sedikit pada wanita itu sebagai tanda hormat.

“Apa khabar puan?” tanyanya kekok.

“Panggil je ibu” balas Puan Aisya dengan senyuman. Kris menggeleng perlahan, dia memandang ke tempat lain untuk mengelak dirinya daripada memandang pada Puan Aisya.

Kenapa dia nak kau panggil dia ibu? Dialah penyebab kau hidup tanpa ayah… fikir Kris.

“Papa mana ibu?” tanya Shad pada ibunya.

“Dalam kamar. Selepas solat, papa duduk di beranda sambil berzikir” beritahu Puan Aisya. Shad menarik tangan Kris, mereka terus ke bilik Encik Aiman. Ketika itu Encik Aiman duduk di beranda sambil berzikir. Tasbih berada di tangannya.

“Papa” Shad menyentuh bahu Encik Aiman. Encik Aiman kalih memandang anak lelaki itu. Dia memeluk Shad dan mencium dahi Shad. Shad menyalam tangan ayahnya, pipi ayahnya dikucup penuh kasih.

“Papa, Shad bawa hadiah untuk papa”

“Hadiah? Dari LA? Haha… papa tak minta apa-apapun”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience