BAB 5

Romance Completed 6936

“Aku mesti jumpa dia. Aku nak bawa dia jumpa papa. Papa sakit teruk..” beritahu Shad.

…..

Seminggu kemudian….

“Kenapa tiba-tiba kau nak bercuti?” tanya Kris pada Tasha. Tasha hanya mengulas senyuman nipis.

“Kenapa Malaysia? Banyak tempat yang lagi menarik” tanya Kris lagi.

“Kris, aku nak berehat. Khabarnya kat Malaysia ada banyak makanan yang sedap-sedap, kita cuba dulu ya”

Kris memandang Tasha pelik. Selalu kalau sebut pasal makan pasti Tasha akan diam ataupun mengubah tajuk tapi sekarang dengan mudah saja Tasha sebut pasal makanan. Emmm, pelik….. getus Kris dalam hati tapi dia biarkan saja asalkan Tasha sihat. Dia nak tengok macammana Tasha makan bila mereka sampai kat Malaysia nanti.

Tasha menyandarkan kepalanya pada kusyen dan berpura-pura tidur. Dia tidak mahu Kris bertanya banyak soalan lagi padanya takut nanti dia terbocor pelannya pula. Dia ingin membawa Kris pulang ke pangkuan keluarganya. Dia ingin Kris sembuh dari trauma dan juga serangan panik yang akan menyerang Kris sekiranya berjauhan dari Tasha. Bila Kris dah sembuh, dia akan bebas.

“Eh, Kris!”

Suara itu macam kenal. Tasha membuka matanya sebelah. Dia melihat Shad berjalan ke arah mereka lalu duduk disebelah Kris. Dia mengulas senyuman sinis, sebenarnya dia sudah merancang dengan Shad. Shad bersyukur sangat sebab Tasha nak menolongnya.

“Shad,…” Kris terkelu. Shad duduk disebelah Kris. Dia memandang Kris dan menayangkan senyumannya pada Kris.

“Sini tempat duduk aku. Walaupun kau tak suka tengok aku, tapi minta bertahan ya”

Kris menghela nafas perlahan. Dia memakai earphone dan mendengar lagu, sepanjang perjalanan dia tidak ambil peduli apa yang Shad buat disebelahnya. Pelik pula sebab Shad juga melakukan perkara yang sama. Mereka berdua melakukan kerja masing-masing.

Tak lama kemudian seorang pramugari mendekati mereka dan bertanya sama ada mereka mahu minuman.

“Saya nak kopi” Shad yang order dulu memandangkan dia yang paling dekat dengan pramugari itu.

“Bagi saya kopi juga dan jus untuk dia” ujar Kris. Tasha mengerutkan dahi, dia tak mintapun jus tapi pandai-pandai je Kris memesan untuknya. Pramugari itu menyediakan minuman untuk mereka bertiga.

“Awak dah lama kerja sini?” Shad ambil peluang nak beramah mesra pula. Pramugari itu hanya membalas soalan Shad dengan senyuman. Dia memandang pada Shad, dalam hati dia akui ketampanan Shad. Kemudian dia melihat pula pada Kris.

“Are you twin?”

“No” jawab Kris cepat.

“But we’re siblings” sambung Shad pantas.

“Patutlah muka nampak mirip sekali” balas pramugari itu. Kris tidak berkata apa-apa, dia memandang pada Shad yang sudah tersengih-sengih itu.

Selepas ketiga-tiga mereka dapat minuman yang dipesan, pramugari itu meninggalkan mereka. Kris memberikan jus itu pada Tasha tapi Tasha berpura-pura tidur. Kris meletakkan jus itu di atas meja dihadapan Tasha, dia menghela nafas berat. Sudah beberapa hari Tasha tidak makan dengan betul. Sekadar buah dan air, mana cukup. Semakin hari Tasha semakin kurus. Kris jadi risau dan bimbang. Dia memandang pada Tasha, jari-jemari Tasha digelus penuh prihatin.

Shad ternampak perilaku Kris pada Tasha. Dia tidak tahu mengapa tapi dalam diam dia berasa cemburu. Jantungnya berdegup kencang. Shad menyandarkan kepalanya pada penyandar dan terus memejamkan mata.

Tepat jam 5.30 petang. Kapal terbang dari LA ke Malaysia tiba di air port. Ketika Kris sibuk mengambil bagasinya, Tasha pula sibuk mencari Shad kerana Shad tiba-tiba menghilangkan diri. Dia mencari Shad tanpa dia sedar yang dia sudah hilang dari pandangan Kris. Kris yang sudah selesai mengangkut barang-barangnya ke atas troli terus berasa cemas apabila Tasha tiada disampingnya.

“Ta.. Tasha?” panggil Kris, dia melihat sekelilingnya tapi Tasha tiada di situ. Dia meninggalkan barang-barangnya dan mencari Tasha di tempat yang agak jauh.

“Tasha, kau dimana?” Kris mula cemas, matanya mengambang dan nafasnya pendek. Dia rebah ke atas lantai, dadanya berombak. Dia ingin bernafas tapi dadanya terasa perit. Pandangannya makin kabur tapi ketika itu dia nampak akan bayangan gadis yang dicari-carinya.

“Tasha…” Kris memejamkan matanya, air matanya mengalir tanpa dia sedar. Apabila Tasha memeluk tubuhnya, dadanya terasa lapang semula.

“Tak apa Kris. Tak apa” pujuk Tasha. Kris menarik nafas dan menghembus dengan perlahan, seluruh tubuhnya menggeletar. Dia bukannya tak boleh berjauhan dengan Tasha. Jika Tasha ada kerja diluar negara, dia mampu saja hidup tanpa Tasha disampingnya kerana dia tahu Tasha tidak tinggalkan dia tapi jika Tasha hilang tiba-tiba seperti ini, dia jadi panik kerana memikir yang Tasha telah meninggalkannya.

Shad berdiri di tempat menunggu, dia memandang dari jauh apa yang berlaku antara Kris dan Tasha. Shad teringat akan perbualannya dan Tasha ketika di atas bumbung restoren hari itu.

“Kris, macammana kau boleh dapat penyakit tu?” monolog Shad sendiri. Dia benar-benar ingin tahu. Dia rasa seperti orang asing bagi Kris sedangkan dia dan Kris mempunyai pertalian darah. Kedua-dua mereka mempunyai ayah yang sama, mereka adalah keluarga. Memikirkan bertapa jahilnya Shad akan kehidupan Kris, Shad jadi sedih.

Shad berjalan mendekati Kris dan Tasha. Melihat Shad mendekati mereka, Kris terus bangun bersama-sama Tasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience