BAB 6

Romance Completed 6936

“Apa yang berlaku bro?” tanya Shad. Kris diam tidak menjawab soalan Shad. Shad tahu Kris takkan beritahu padanya apa yang berlaku. Dia ambil inisiatif lain.

“Kau tak lapar? Jom pergi makan” ajak Shad.

Kris mengerling pada Tasha. Dia nampak muka Tasha sudah pucat apabila Shad menyebut tentang makanan. Jika dihadapan Kris boleh Tasha cakap tak mahu makan tapi kalau depan Shad, mampu ke Tasha menolak? Kalau depan Shad pasti Tasha akan makan. Walaupun aku tak suka lepak dengan Shad tapi kalau disebabkan Shad, Tasha mahu makan semula… Apa salahnya? Fikir Kris.

“Okay” sahut Kris.

Shad nampak terkilan dan gembira apabila pelawaannya disahut oleh Kris. Dia bersorak gembira, dia kemudiannya merangkul bahu Kris dan menarik Kris masuk ke dalam sebuah restoren. Tasha mengikut perlahan dari belakang.

Shad memesan nasi goreng sementara Kris dan Tasha memesan western food. Pesanan mereka cepat siap sebab tak ramai sangat orang kat restoren itu.

“So…kau dah jadi pereka fesyen sekarang” Shad memulakan perbualan.

“Dulu aku sama macam Tasha, model. Tapi selepas aku habis belajar, aku terus jadi fashion designer” jawab Kris.

“Nanti kalau ada peluang, bolehlah kau jadi fashion designer kat syarikat aku.Aku pengarah Valqis Company. Syarikat ibu, aku ambil alih” jawab Shad.

“Aunty Aisya pemilik Valqis Company?” tanya Kris seakan tidak percaya. Valqis Company adalah syarikat yang menerbitkan pakaian terbesar di serata dunia. Dan syarikat tersebut jugalah yang mengeluarkan biasiswa untuk pelajar yang meminati bidang fesyen dan modelling.

“Yup” balas Shad sepatah.

Sewaktu dia belajar di LA, segala kos pembelajarannya ditangguh oleh syarikat itu. Jadi mungkinkah aunty Aisya sengaja melakukan demikian untuk menolongnya. Tak mungkin… fikir Kris.

“Kau mungkin tak mahu tahu tapi Shay dah jadi doktor. Tapi dia berhenti seketika sebab terpaksa gantikan tempat papa sebagai pengarah Garuda Holdings…” beritahu Shad dengan mulut yang penuh dengan nasi goreng.

Gantikan tempat papa? Papa dah tak kerja dah ke? Kris ingin bertanya tapi dia tidak mahu Shad syak yang dia masih peduli tentang papa. Jadi dia diam saja.

“Kenapa makan sikit je Tasha?” tanya Shad pada Tasha yang sudah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah berhenti makan.

“Aku dah kenyang. Aku pergi tandas sekejap ya” Tasha bangun dan meninggalkan kedua-dua orang lelaki itu.

Tasha ingin cepat-cepat ke tandas dan memuntahkan balik apa yang dimakannya tadi. Dalam hati dia sudah menyumpah Shad kerana memaksanya untuk makan.

“Tasha”Shad memanggil Tasha. Panggilan itu membuatkan Tasha berhenti mengorak langkah. Dia berpusing ke belakang untuk mengadap lelaki itu.

“Kenapa kau ikut aku?” tanya Tasha.

“Aku nak tanya kau apa yang berlaku antara kau dan Kris masa kat air port tu?”

“Aku rasa sekejap lagi kita boleh sembang kut. Aku nak pergi toilet”

“Kau dan Kris tu betul-betul ke kekasih?”

“Bukan”

“Kris nampak macam dilamun cinta setiap masa dia bersama kau”

Tasha ketawa sinis.

“Dia memandang cakap dia cintakan aku tapi aku dah beritahu dia awal-awal yang aku tak cintakan dia. Kris cakap tak apa aku tak cintakan dia asalkan aku tak akan sesekali tinggalkan dia. Jadi aku janji dengan dia aku takkan tinggalkan dia. Itu janji yang aku buat, aku takkan tinggalkan dia. Janji yang sama aku pernah buat pada mummy dia”

“Mummy?” Shad tahu ‘mummy’ yang dimaksudkan oleh Tasha itu adalah ibu kandung Kris.

“Sebelum mummy meninggal dunia, aku janji dengan dia yang aku akan sentiasa berada disamping Kris. Selepas ditinggalkan oleh ayah dia, Kris trauma. Kesan daripada trauma itu, sekiranya dia berjauhan dari orang yang diperlukannya, dia akan jadi tak keruan dan sukar untuk bernafas. Macam yang kau nampak kat air port tu. Panic attack. Macam tu je la ceritanya. Dulu dia kena panic attack kalau mummy dia pergi jauh tapi selepas mummy mati, aku pula yang jadi mangsa. Bukannya macam dia ada orang lain. Kalau aku tak buat janji dengan mummy dia, dah lama dah aku tinggalkan dia” jelas Tasha.

Shad nampak terkejut. Tapi dia juga tidak suka cara Tasha bercakap tentang Kris. Tasha cakap yang dia tak cintakan Kris seolah-olah dia saja-saja nak main-main hati Kris.

“Kenapa kau main-mainkan hati Kris? Dia cintakan kau”

“Dah cukup baik aku stay dengan dia daripada kau dah family kau yang langsung tak pedulikan dia. Ayah kau tinggalkan dia dan mummy. Mak kau pula penyebab keluarga dia berantakan..” belum sempat Tasha menghabiskan kata-katanya, Shad sudah menolak tubuh Tasha hingga belakang Shad menghempap dinding. Shad menyeringai padanya.

“Jangan cakap buruk tentang ibu aku. Ibu aku perempuan yang baik-baik” marah Shad. Tasha mengerut dahi menahan sakit di pergelangan tangannya yang dicengkam kuat oleh Shad. Dia memandang muka Shad yang merah itu. Tiba-tiba saja Shad melepaskannya. Tangan Shad menekup mulut dan selepas itu Shad berlari ke arah tandas tapi mungkin dia sudah tak tahan, dia akhirnya muntah dalam tong sampah berdekatan dengan pintu tandas.

Tasha berjalan mendekati Shad. Selepas beberapa minit Shad masih lagi berteleku dihadapa

n tong sampah, Tasha terus membantu Shad. Dia duduk disebelah Shad dan mengusap belakang Shad perlahan.

“Bila aku tengok kau balik, baru aku perasan bertapa kurusnya kau. Rasanya kau underweight ni memandangkan kau tinggi macam galah. Memang kau tak beritahu aku tapi aku nampak ciri-ciri orang yang adalah masalah pemakanan pada kau. Sejak bila kau mengidap masalah ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience