“Nak ikut. Nak!!!” Ridhuan turut sama menjerit kuat.Rayyan dan Ridhuan berlari dari tempat persembunyian mereka dari bawah meja.
Sarah sudah ketawa perlahan menyaksikan telatah anak-anak sedaranya itu.
“Gotcha! Kau orang dah kena tipu dengan papa. Meh sini tiga-tiga anak papa” Shay memeluk ketiga-tiga kembar itu. Rayyan dan Ridhuan berasa tertipu lalu mereka berlari naik tangga. Shay meletakkan Riyana dan Riyana dengan cepat mengikut abang-abangnya.
“Eh, abang tak mandikan lagi budak-budak tu?!” tegur Tasha dari dapur.
“Nak mandikan la ni” jawab Shay malas. Tasha yang masih memakai kain batik dan t-shirt lama Shay dilihat sedang menikmati nasi di dapur.
“Ayang, makan apa lagi tu. Dari hari first mengandung sampai dah bersalin dahpun tak berhenti-henti makan. Tu perut yang buncit tu, bila nak kempiskan?”
“Dulu awak yang suruh saya makan macam-macam. Sekarang saya makan, awak merungut pula”
“Dulu lain. Dulu ayang kurus macam lidi, sekarang ayang dah macam mesin basuh”
“Kurang ajor punya suami” Tasha nak mengejar Shay yang sudah hendak berlari naik tangga. Ketika itu Puan Aisya muncul.
“Ya ALLAH, Tasha jangan berlari sangat. Nanti jahitan kat perut tu terbuka”
“Ibu, rilex la ibu. Kitakan ada doktor kat rumah ni” Tasha maksudkan suaminyalah, si Shay itu.
“Doktor la sangat si Shay tu. Bila isteri dia menjerit sakit nak bersalin, dia lari keluar. Katanya tak sanggup tengok isteri dia sakit”
“Orang tak sanggup la dengar Tasha nangis. Orangpun nak nangis tau” Shay bersuara seperti budak kecil. Tasha ketawa perlahan. Dia baru saja selamat melahir seorang bayi perempuan seminggu lepas melalui pembedahan kerana kedudukan anaknya songsang ketika dalam kandungan Tasha. Kelahiran Raisyah mengindahkan lagi hidup Tasha dan Shay. Kini dia dan Shay memiliki dua orang putera dan dua orang puteri yang dikurniakan oleh ALLAH untuk dijaga dan dibesarkan oleh mereka berdua. Hanya ALLAH saja yang tahu bertapa Tasha beruntung kerana diberi kesempatan untuk melalui semua itu.
“Ibu” Kris muncul pintu. Puan Aisya tampak terkejut dengan kehadiran Kris. Kris meluru ke arah Puan Aisya dan terus menyalam tangan Puan Aisya.
“Ya ALLAH, along balik tak bagitau ibu ni kenapa?” Puan Aisya memeluk Kris kemudiannya. Kris ataupun namanya kini Muhammad Khairul. Sejak dua tahun lepas Kris telah memeluk Islam dan setahun kemudiannya dia mengahwini seorang perempuan bernama Humairah.
“Saja nak bagi surprise” jawab Kris.
“Along, mana Lutfi dan Taufiq?” tanya Sarah cepat. Dia tidak sabar-sabar ingin menemui anak menakannya yang ciut-miut itu.
“Ada di luar dengan Humairah. Lutfi dengan Taufiq main tepi kolam ikan” jawab Kris. Lutfi dan Taufiq kedua-dua adalah anak kembar Kris. Sarah mengangguk kepalanya, dia terus ke perkarangan rumah.
“Along, tolong mandikan anak-anak angah ni. Tiga ekor beruk ni tak reti duk diam-diam” pinta Shay. Sejak Shad meninggal dunia, Shay dan Sarah memanggil Kris dengan gelaran along.
“Ehh, suka hati panggil anak beruk. Kalau diorang tu beruk, awak tu bapak beruk” Tasha rasa macam nak lempang saja kepada suaminya itu.
“OK, abang mengaku memang abang beruk” jawab Shay selamba. Tasha menjuih pipi. Kris mengulas senyuman lebar, dia suka melihat Tasha sekarang. Tasha tampak berisi walaupun masih lagi mempunyai figura yang cantik seperti model.
“Tasha naik atas jap. Nak susukan Raisyah” Tasha membersihkan tangan dan mulutnya sebelum dia menuju ke arah tangga untuk ke kamarnya dan Shay.
“Ayang, kembar ni macammana? Tolonglah abang” Shay buat muka kasihan. Sampai hati isterinya meletakkan tugas memandikan anak kembar mereka itu padanya.
“Mana janji Tasha sebelum menikah, katanya nak bahagi tugas sama rata? Sanggup Sha lupakan janji??”
“Risyah, mama datang sayang. Sabar ya” Tasha pura-pura tak dengar. Shay mengikut isterinya dari belakang. Sampai ke atas, suara Shay merungut mampu didengari. Kris menggelengkan kepalanya. Dia tak faham dengan Tasha dan Shay, sudah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga tapi perangai masih macam budak-budak.
“Mama, papa mana?”
“Ada di kamar arwah Shad. Dia dah lama bersiap. Selepas saja bersiap dia terus duduk dalam bilik Shad”
Kris mengangguk. Dia mencium pipi Puan Aisya sebelum menuju ke kamar Shad. Kris berjalan perlahan-lahan mendekati pintu bilik Shad, dia menolak daun pintu itu perlahan-lahan. Dilihat Encik Aiman Yong sedang duduk di atas katil yang dulu pernah menjadi tempat baringan Shad.
“Papa…” panggil Kris. Encik Aiman mengangkat wajahnya untuk memandang anak lelaki itu. Dia mengulas secangkir senyuman yang menghangatkan hati Kris yang rawan itu.
“Papa buat apa tu?”
“Papa tengok gambar Shad” jawab Encik Aiman. Kris duduk di samping Encik Aiman, dia memandang pada di tangan Encik Aiman.
Gambar itu adalah gambar terakhir Shad yang diambil di hospital ketika mereka semua berkumpul sekali. Gambar itu adalah impian Shad. Impian Shad untuk melihat semua ahli keluarganya berkumpul sekali.
“ALLAH hadirkan dia sekejap je…” tiba-tiba Encik Aiman bersuara. “Tapi hadirnya dia mengubah semuanya yang papa tak lakukan dahulu. Dia legakan hati papa, dia gembirakan papa, dia kembalikan Kris pada papa, dia satukan kita..” ujar Encik Aiman. Kris mengangguk tanda setuju, dia memeluk ayahnya.
Share this novel