“Habis tu, kau nak aku buat apa?” Kris menurunkan buku yang dibacanya.
“Tolonglah urutkan” Shay buat muka seposen.
“Yalah” Kris mengurut kepala Shay. Selepas beberapa minit, Kris melihat muka Shay sudah hijau dan tanpa memberi amaran Shay muntah di atas riba Kris. Kris terjerit kecil, dia membaca Shay ke bilik air. Lama juga Shay berteleku di hadapan mangkup tandas dan memuntah isi perutnya. Selama itu Kris menemani Shay. Setelah selesai, dia membantu Shay ke kamar Shad semula.
Kris membersihkan dirinya. Mandi, sabun badan banyak kali, dan menukar bajunya. Dia masuk ke dalam wad semula. Dilihat Shay sudah tidur di atas katil yang sama dengan Shad. Shay melentokkan kepalanya di atas bahu Shad. Kris melihat peluk yang membasahi muka dan leher Shay. Baju Shay juga basah dengan peluk.
Kris meminta supaya jururawat menyediakan satu lagi katil kosong di dalam kamar itu kerana ada seorang lagi pesakit dalam kamar itu. Nasib baiklah Shay pernah menjadi doktor di situ jadi tak ada masalah sangat nak request katil sebuah. Setelah memindah Shay ke atas katil yang lain, Kris menukarkan baju Shay supaya Shay memakai baju yang kering. Jururawat yang bertugas dengan baik hatinya menyuntik ubat pada Shay dan menyediakan kain basahan untuk diletakkan di atas dahi Shay. Selepas Shay tidur, Kris duduk di atas sofa. Sandar saja kepala pada pangkal sofa, dia terus tertidur. Dia tak sedar bila dia tertidur tapi dia terjaga selepas itu apabila mendengar suara memanggil namanya.
“Kris”
Kris membuka mata. Dia melihat Shad yang berdiri dihadapannya.
“Shad, kau sepatutnya berehat”
“Macammana nak berehat. Tengok atas katil tu” Shad menunding jarinya ke arah katilnya. Bila masa agaknya Shay bangun dan berpindah ke atas katil Shad dan nampaknya Shay sudah menguasai katil itu sepenuhnya. Kris ketawa perlahan. Dia bangun untuk memberi ruang pada Shad untuk duduk. Shad duduk disebelah Kris lalu menyandarkan kepadanya pada bahu Kris.
“Badan aku rasa sakit” ujar Shad. Kris mengangguk faham, dia membiarkan saja Shad menyandarkan kepala pada bahunya.
“Kau tahu, aku cemburukan kau. Dari aku kecil sampai besar, papa asyik sebut pasal kau saja” ujar Shad.
“Kau cakap kau tak cemburu” balas Kris.
“Bila masa aku cakap”
“Aku baca diari kau la”
“Diari apa? Mana ada aku tulis diari, diari untuk untuk budak perempuan saja” Shad ketawa perlahan.
Kris diam. Dia tahu Shad sudah lupa lagi.
“Along” Shad meletakkan kepalanya di atas riba Kris dan meluruskan belakangnya. Kris melihat muka Shad yang pucat itu.
“Kenapa?”
“Tak ada apa. Saja nak panggil kau. Nanti lepas ni dah tak ada dah beruk ni nak panggil-panggil nama kau”
Kris diam lagi, dia jadi sedih bila dengar Shad cakap macam tu.
“Kalau aku tak buat perangai dulu pasti aku dah bahagia hidup dengan aunty Aisya, kau, Shay dengan Sarah. Aku menyesal..”
“Jangan fikir begitu. Semuanya yang berlaku pasti ada hikmah. Cuba kau fikir balik, kalaulah mummy tak paksa Tasha ikrar janji dengannya supaya Tasha stay disamping kau, mungkin Tasha sekarang dah mati. Dia cakap apa yang halang dia daripada bunuh diri dia adalah janji yang dia buat pada mummy untuk sentiasa berada disamping kau. Memang semuanya sukar untuk kita tapi sekarang kau dah bersama kami dan Tasha juga sudah ada semangat untuk sembuh. Semuanya ikut perancanganNya dan aku juga….” Shad diam, dia memejamkan mata.
“Aku pasti akan pergi. Tapi kalau aku dia nak ambil nyawa aku sekarangpun, aku dah bahagia” kata-kata terakhirnya itu diungkapkan perlahan saja. Kris pada waktu itu sudah terlelap. Shad mengulas senyuman nipis, dia mengambil tangan Kris lalu diusap lembut. Dia memandang pula pada kembarnya, dia bangun dan tidur disamping Shay.
“Shay…”
Shay tidak menyahut.
“Sebenarnya kau la abang. Tuk cakap, abang akan tolak adik keluar dulu sebab takut adik lemas duduk lama-lama dalam perut ibu. Walaupun aku keluar dulu sebelum kau tapi kau la abang”
Shay masih lagi tidur.
“Aku sayangkan kau Shay. Kita sama-sama sejak dari dalam perut ibu, tapi kalau aku pergi dulu… Aku harap kau tak apa-apa. Satu lagi Shay, aku sebenarnya ada hati pada Tasha. Sejak dari kecil kita selalu rebutkan orang yang sama. Aku tahu nanti, kau juga akan jatuh cinta pada Tasha. Kau jagalah dia baik-baik…” Shad memeluk Shay. Kepalanya disandarkan pada bahu Shay. Ketika itu dia memejamkan mata. Sejuk yang dirasainya terasa lain tapi dia biarkan saja. Lama-kelamaan dia akhirnya terlena….
…..
5 tahun kemudian…..
“Rayyan, Ridhuan” Shay mencari anak kembarnya.
“Ayyan, Dhuan.. Papa belikan ais krim” Shay menggunakan helah lain.
“Jumpa tak lagi mereka?” Sarah muncul di ruang tamu itu.
“Entah la Sarah. Aku keluar bawa Yana sorang je la kalau macam tu. Ingat nak bawa pergi main kat taman mainan” Shay mendukung Riyana. Satu-satu anak perempuannya daripada tiga beradik kembar tiga itu.
“Nak” teriak Rayyan.
Share this novel