BAB 3

Romance Completed 9100

Minah yang ditinggalkan berseorangan di dalam rumah besar itu menjadi resah. Nak mengemas, rasanya tiada apa yang perlu dikemas. Selepas menyegarkan diri, Minah menuju ke dapur. Luas ruangan dapur membuatkan Minah jakun (ibarat rusa masuk kampung) seketika. Nasib baik Minah rajin membaca majalah-majalah yang memaparkan kediaman mewah sebegini dan selalu menonton rancangan yang menyiarkan tentang pengubahsuaian rumah orang kenamaan.

Pertama sekali yang Minah cari adalah peti ais dan almari barangan dapur. Semua pintu yang Minah jumpa, Minah buka. Nasib baik barang yang Minah cari, Minah jumpa. Ada ayam di dalam peti beku dan sayur campur. Itu sajalah yang akan Minah masak untuk makan malamnya. Minah memulakan kerjanya. Sementara menunggu ayam yang telah beku kembali lembut, Minah membasuh beras dan memasak menggunakan rice cooker. Alah..di rumah Minah di kampung pun dah lama guna rice cooker. Zaman dah canggih, basuh beras, masukkan dalam periuk. Tutup periuk, lepas tu petik saja. Senangkan...

Langkah seterusnya, masak sayur campur. Sayur dipotong dan dibersihkan. Selawat jangan dilupa setiap kali nak membasuh makanan. Sediakan bahan-bahan untuk mengoreng sayur. Apa yang Minah jumpa, itu saja yang Minah guna. Ikan bilis, udang kering, tiga biji cili padi dan dua ulas bawang merah, Minah tumbuk hingga lumat. Bila tiba masa nak menghidupkan api dapur, Minah termanggu seketika. Dapur di rumah Minah taklah secanggih ini.

''Minah, chaiyokk! Hang boleh!'' Minah bercakap seorang diri sambil tangannya di gengam kejap dan diangkat, kemudian sikunya diundurkan ke belakang. Ibarat memberi semangat pada diri sendiri. Minah cuba menghidupkan dapur seperti yang ditonton dalam tv.

''Yess!'' Minah tersenyum senang hati, bila misinya berjaya dilaksanakan. Minah pun mula memasak. Bahan yang ditumbuk tadi, ditumis hingga naik bau. Selepas itu sayur campur seperti brokoli, lobak merah, bunga kobis dan kacang buncis pun dimasukkan.

Selesai memasak sayur, Minah beralih pula pada ayam di dalam singki. Minah dah jumpa bahan-bahan untuk memasak ayam. Selepas ayam siap dibasuh, Minah mula memerap ayam bersama tiga sudu rempah kari daging, secubit garam, lima biji cili padi yang telah di tumbuk bersama seulas bawang putih dan dua ulas bawang merah. Minah cari lagi dalam peti ais. Yes! Jumpa serbuk perisa secukup rasa. Kalau di rumah Minah, selalunya Minah guna serbuk perencah Hilal. Selepas lima belas minit ayam diperap, barulah Minah mengukus ayam hingga masak.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memerap ayam tadi, Minah masukkan dengan lima sudu tepung goreng segera. Tepung dibancuh hingga sebati dan digaulkan ayam yang telah dikukus tadi di dalamnya. Selepas minyak panas, barulah ayam yang telah disalut tepung dimasukkan. Berdesir bunyinya. Bila ayam sudah garing, ruangan dapur sudah dipenuhi dengan bauan ayam goreng tepung rekaan Minah sendiri. Minah memang suka makan makanan pedas. Kalau tak pedas, Minah takkan berselera untuk menjamah.

Selesai tugas Minah di dapur, Minah kembali ke biliknya. Nak makan pun awal lagi, jadi Minah hanya hidangkan makanan di atas meja dan ditudung dengan tudung saji. Manalah tahu kalau tiba-tiba Hairy balik, dan sedang lapar biarlah dia yang makan dulu. Itu yang Minah fikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience