BAB 2

Romance Completed 9101

Kehidupan Minah berubah mendadak bila keluarganya telah menyelamatkan nyawa seorang usahawan berjaya. Seorang lelaki yang bergelar Dato, yang cuba membalas budi pada keluarga Minah, dengan mengambil Minah sebagai menantunya. Minah keberatan untuk menerima pinangan usahawan tersebut, bila merasakan dia tidak layak untuk digandingkan dengan anak Dato itu, yang ternyata mempunyai paras rupa yang agak menarik. Apatah lagi, Minah anak seorang nelayan yang tidak berpelajaran tinggi dan bertubuh agak berisi.

Namun takdir mengatasi segalanya, bila Minah tetap dikahwinkan dengan Nur Hairy Harris bin Dato Hussaini. Setelah dikahwinkan, Minah ataupun namanya di dalam kad pengenalan Nur Imanina bt Abd Hamid telah dibawa tinggal di rumah keluarga mertuanya.

Turun saja dari kereta suaminya, Minah sudah teruja memerhatikan halaman rumah mertuanya yang dihiasi dengan lanskap yang sangat cantik. Macam masuk taman bunga saja rasanya. Suaminya pula terus menonong saja masuk ke dalam rumah. Terkocoh-kocoh Minah mengikutnya dari belakang. Bila melangkah masuk ke dalam rumah sekali lagi mulut Minah melopong. Mak oii..macam masuk dalam istana.

Rumah sunyi sepi seolah tiada penghuni. Minah memandang setiap sudut banglo mewah itu. Tiada sesiapa pun yang menyambut kedatangan Minah di rumah itu. Minah rasa hairan. Rumah punyalah besar, tapi sunyi sepi. Nak bertanya pada sang suami, jangan harap nak dapat jawapannya. Sejak mereka mula bertolak dari kampung, hinggalah mereka sampai tiada langsung keramahan dibibir lelaki itu, yang ada hanyalah jelingan tajam yang mampu tembus hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Minah terus mengikut Nur Hairy Harris hingga ke tangga, tapi malang nasibnya bila lelaki yang baru bergelar suaminya itu bersuara lantang padanya.

''Kau nak ke mana? Bilik kau di bawah. Jom, aku tunjukkan!'' dengan kasar tangan Minah diheret. Sampai di bilik paling hujung, tombol pintu dipulas dan tangan Minah dilepas. Minah mengosok perlahan pergelangan tangannya yang terasa perit dan pedih.

''Mulai hari ini kau akan tidur dalam bilik ni. Mana beg kau?'' Minah direnung tajam. Tak nampak pulak beg 'Minah' ni.

''Ada dalam kereta...'' terbuntang mata Hairy mendengar jawapan Minah.

''Kenapa kau tak ambil?'' tersentak Minah mendengar jerkahan Hairy.

''Abang tak suruh.'' sekali lagi mata Hairy terbuntang. Minah menundukkan wajahnya. Aku salah cakap lagi ka? Minah bermonolog dalam hatinya. Kecut perutnya melihat wajah 'singa jadian' di depannya itu.

''Siapa abang kau?'' sekali lagi Minah tersentak. Terangkat bahunya. Menggeletar tubuhnya gara-gara terkejut dengan jerkahan Hairy.

''Err..err..Minn, Minaa, Minah dengar selalunya kalau orang yang dah kawen mereka pangge suami mereka aaa...ab..bang, lagi pun..kan masa tinggal di kampung sebelum ni boleh saja pangge abang.'' tergagap-gagap Minah menjawab. Semakin menyinga Hairy dibuatnya.

''Siapa suami kau? Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa tau. Kalau tak mengenangkan keluarga kau dah tolong papa aku, kau jangan berangan la nak jadi isteri aku. Kau ni hanya layak jadi orang gaji saja dalam rumah ni.'' angkuh Hairy mengungkapkan kata. Minah tayang muka selamba. Ada aku kesah. Ingat aku kebuluq sangat nak jadi bini hang! Minah bermonolog dalam hati.

''Dah! Aku nak keluar. Kau jangan berangan nak jadi cik puan dalam rumah ni. Sementara papa dan mama tak ada, kau akan jadi orang gaji dalam rumah ni. Kak Aina pun tak ada di Malaysia sekarang.'' sambil melangkah, sempat lagi Hairy memberi amaran. Minah hanya mencebirkan bibirnya sambil mengejek percakapan Hairy perlahan. Terherot-herot bibirnya, dan sedetik kemudian matanya mula terbuntang bila mengingatkan tentang beg pakaiannya yang masih berada dalam kereta Hairy.

''Ehh..encik Nur Hairy Harris bin Dato Hussaini, tunggu sat!'' hah, ambik kau..sekali Minah panggill nama penuh. Hairy menoleh dan mengatur langkah laju menuju ke arah Minah. Melihat Hairy yang laju melangkah ke arahnya Minah jadi kaget.

''Kau panggil aku apa tadi?'' dipulasnya telinga Minah yang masih berlapik dengan tudung. Minah menyeringai kesakitan.

''Sakitlah encik Nur Hairy Harris. Encik ingat Minah budak-budak lagi ka, main tarik-tarik telinga ni? Minah dah dua puluh satu la.'' sekali lagi nama penuh Hairy Minah sebut. Semakin marah Hairy mendengarnya.

''Just Hairy, okey!'' sambil bercakap semakin kuat telinga Minah dipulas. Berkerut muka Minah menahan sakit.

''Okey..baiklah encik Just Hairy!''

''Ishh, hanya Hairy!''

''Okey! okey! Encik Hanya Hairy..''

''Hairy saja!'' Hairy semakin bengang. Dijerkahnya Minah.

''Yalah encik Hairy Saja. Ni yang mana satu nak kena pangge ni? '' Minah membentak dan cuba melepaskan dirinya dari cengkaman Hairy. Digosok telinganya yang terasa perit. Membuntang lagi mata Hairy.

''Kau ni memang tak makan samankan?''

''Memang la..saman mana boleh makan. Kalau dah kena saman tu, pi bayar saja la..'' Minah menjawab dengan wajah selamba. Hairy angkat tangan tinggi. Wajahnya dah berbahang panas. Hilang sabar melayan Minah yang pandai menjawab. Melihatkan kemarahan Hairy, Minah pejam mata, bersedia menerima apa saja hukuman.

''Hiesy...panas hati aku ni! Aku nak keluar. Kalau kau nak makan, kau masak sendiri.'' bila melihat wajah Minah yang kecut, Hairy menurunkan tangannya. Lucu pula rasanya. Hairy terus melangkahkan kakinya dan berlalu dari situ. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkas atas. Minah yang melihat dah pandang Hairy semacam. Keliru.

''Encik Hairy, encik cakap nak keluar?'' Minah tanya lurus.

''Aku nak naik. Mandi dan salin baju dulu. Badan aku dah melekit.'' tanpa memandang Minah, Hairy menjelaskan dengan nada mendatar. Minah dah terangguk-angguk faham. Setelah kelibat Hairy hilang di tingkat atas, Minah menuju ke pintu keluar. Sambil menunggu Hairy di laman depan, untuk mengambil beg pakaiannya yang tertinggal di dalam kereta, Minah melihat-lihat landskap yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga pelbagai jenis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience