BAB 18

Romance Completed 9183

Bila ada Hairy, Minah mula tunjuk sifat manjanya. Selepas solat maghrib, Minah ajak Hairy ke pasar malam. Kebetulan setiap malam jumaat memang ada pasar malam di Sungai Yan. Bila Hairy cakap letih, Minah pura-pura merajuk. Sayang bini punya pasal, Hairy ikutkan juga.

Sampai di pasar malam, tak semena-mena perut Hairy memulas. Bila Minah tengok Hairy asyik tekan perut dengan dahi berkerut Minah pun menegur.

''Abang okey ka?'' Hairy mengeleng. Mana nak okeynya kalau perut tengah menganas di dalam.

''Tandas awam di mana? Abang dah tak tahan ni.'' Minah terus tersenyum simpul sambil menunjukkan masjid di seberang jalan.

''Ada masjid tu. Abang pi la. Minah tunggu abang tang ni.'' Hairy angguk dan mula melangkah. Dalam dok tengok kereta kiri dan kanan untuk melintas jalan, sempat dia menoleh dan berpesan pada Minah.

''Tunggu tau, nanti abang sesat.'' Minah jatuhkan kepala berkali-kali sambil ketawa perlahan. Lima minit Minah menunggu Hairy, Minah ditegur seseorang.

''Minah? Tak berubah langsung hang kan? Eh Minah, hang tak teringgin ka nak diet? Belajar-belajar la diet Minah oii, aku kesian kat hang, tak berlaki pulak satgi..'' Minah menoleh dan pandang Pidot dengan wajah yang selamba. Mulut celupar tak habis-habis. Patutlah orang yang gemuk dalam dunia ni sorang pun tak kawen. Hina sangat ka kalau badan gempal. Minah hanya berperang dalam hati. Malas nak berlawan kata dengan Pidot.

''Kesiankan kalau sapa jadi laki hang. Nak peluk pun tak sampai.'' Pidot tersenyum penuh sinis. Minah semakin bengang. Minah tak la gemuk mana pun, sampai tak boleh nak dipeluk.

''Malang la sapa jadi laki hang.'' walaupun Minah tak membalas setiap kata-kata Pidot, tapi Pidot tetap mengutuk Minah dengan selambanya. Salah Minah dengan Pidot ni sikit saja. Sebab Minah pernah tersuka kat Pidot ni, dan selalu dok usha Pidot masa sekolah dulu. Sebab tu saja. Perasaan suka tu bukannya boleh dikawal.

''Pasal pa malang?'' Hairy yang terdengar ayat terakhir Pidot tadi bertanya, sambil memandang Pidot dan Minah silih berganti. Bila Hairy pandang Minah, Minah angkat bahu. Air mata yang sudah bergenang, cuba ditahan dengan menarik nafas dalam-dalam. Minah sedih sebab Hairy dah terdengar Pidot kutuk dia.

''Malang la encik. Encik tengok la badan dia, gemuk. Nak peluk pun tak sampai.'' Minah dah mencebik. Penyibuk saja. Allah bayar cash baru tau. Kena, esok-esok dia gemuk macam kena pam baru ada akai. Minah berdialog dalam hati lagi. Hairy menghampiri Minah. Sengaja Hairy berjalan mengelilingi Minah. Lepas tu Hairy tengok Minah atas bawah, atas bawah, sampai Minah pun dah naik cuak semacam. Hairy berhenti betul-betul di depan Minah dan peluk Minah depan Pidot. Terbuntang mata Minah sebab terkejut.

''Okey saja. Siapa yang kata tak sampai? '' selamba Hairy berkata sambil melepaskan pelukannya. Minah dah berpusing ke arah lain. Nak tergelak bila tengok Pidot melopong menyaksikan tindakan spontan Hairy.

''Encik, encik nampak dak masjid depan tu? Encik tak malu ka buat maksiat depan masjid? Kalau encik tak malu dengan saya pun, malu la dengan Allah! Hang pun Minah, boleh dok diam? Awat? Dah gatai sangat ka?'' Pidot bagi ceramah free yang langsung tak boleh pakai. Masa dia syok dok kutuk Minah, dia tak pernah nampak kesalahan dia tu. Tapi bila dia rasa orang buat salah, tanpa siasat terlebih dulu terus dia seranah. Reti pula nak bagi ceramah. Hailah manusia, bijak menuding jari ke arah orang lain, tapi tak pernah cermin sikap sendiri pun. Ingat mengutuk fizikal orang tu mulia sangatlah?

''Jomlah sayang, abang dah lapar ni.'’ Hairy berkata pada Minah dan ingin berlalu, tapi baru selangkah bergerak, dia menoleh ke arah Pidot semula.

‘’Oh ya saudara, sebelum mengutuk orang, lain kali siasat terlebih dahulu. Minah ni isteri saya yang sah. Saya tahu, sepatutnya saya tak perlu menunjuk-nunjuk di depan saudara tadi dengan memeluk Minah di tempat awam. Tapi, niat saya cuma nak membuktikan pada saudara saja, bahawa kenyataan saudara tadi tidak benar. Saudara, orang gemuk pun ada perasaan tau. Lagi pun, isteri saya ni taklah gemuk mana pun. Rasanya..saudara ni sudah tersalah orang untuk memberi nasihat. Sepatutnya saudara perlu nasihatkan diri saudara dulu, sebelum bagi nasihat untuk orang lain.’’ Panjang berjela Hairy mengungkapkan kata. Minah pun tak berani nak mencelah. Dia biarkan saja Hairy berkata-kata. Terlopong Pidot mendengarnya sebelum melihat Minah dan Hairy berlalu meninggalkannya berdiri terpinga-pinga di tepi jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience