BAB 6

Romance Completed 9101

Dari tadi Hairy masih tersengih-sengih sorang-sorang sambil kepalanya digelengkan berkali-kali. Minah bukan pilihan hatinya, tapi sejak Minah menjadi isterinya dia cukup terhibur dengan gelagat Minah. Minah memang berasal dari kampung, tapi Minah bukanlah kekampungan sangat pun. Sejak Hairy kenal Minah, sekali pun dia tidak pernah tengok Minah memakai kain batik. Di rumah pun Minah memakai seluar panjang dengan baju blaus. Minah cuma berisi sikit, tapi wajah Minah tetap comel.

Minah pun bukannya jenis perempuan yang ketinggalan zaman. Selalu Hairy terserempak dengan Minah yang asyik berkepit dengan netbook bila tak ada kerja. Bila malam selalu Hairy sekodeng Minah di pondok rehat belakang rumah sambil menatap skrin netbook, dah tu ketawa mengekek sorang-sorang. Entah apa yang lucu? Macam nak saja Hairy turut serta bersama Minah dan ambil tahu apa yang Minah buat di pondok rehat tu.

Pagi tadi Hairy terkejut besar bila Minah menyalami dan mencium tangannya. Itu kali kedua Minah mencium tangannya. Kali pertama ketika pembatalan air sembahyang. Minah selalu meminta mereka sembahyang jemaah bersama, tapi setiap kali juga Minah dijeling tajam. Bukan dia tak mahu, tapi dia sendiri masih belum yakin pada diri sendiri untuk menjadi imam dalam sembahyang bersama Minah. Ilmu agamanya masih terlalu cetek.

Sedang asyik bermenung HP Hairy berbunyi. Tersenarai nama Minah di situ. Hairy tak segera menjawab. Sengaja nak menguji Minah. Panggilan terhenti, masuk panggilan kedua, juga tak dijawab. Hairy hanya membelek skrin telefon sambil tersenyum. Sambil tu gambar Minah yang diset bersama nombor telefon Minah direnung. Dalam mindanya sudah berteka-teki dengan hatinya. Sudah sayangkah dirinya pada Minah?

Sebelum mereka berkahwin Hairy baru putus cinta dengan Kathy, seorang model. Memang dia terima Minah kerana terpaksa. Dalam masa yang sama juga, sebab sakit hati dengan kekasihnya Kathy. Kerana pekerjaan Kathy sebagai model, Kathy memutuskan perhubungan mereka bila Hairy selalu memberitahu Kathy, bahawa dia nak ramai anak, memandangkan dia hanya dua beradik dan Kathy pula anak tunggal.

Lamunan Hairy terhenti. Setelah lima kali panggilan Minah tidak berjawab, masuk pula mesej. Pantas Hairy membuka peti masuk telefon bimbitnya.

Minah : Encik Hairy, Minah sesat..

Laju saja tangan Hairy menekan nombor telefon Minah, selepas membaca mesej tersebut. Wajahnya berubah riak. Terlukis kerisauan di wajahnya. Tulah..tadi kau jual mahal sangat. Minah telefon, kau tak mau angkatkan?

''Hello! kau di mana ni?'' sebaik panggilannya dijawab, terus Hairy menyoal.

''Waalaikummusalam, encik Hairy..'' sempat pula Minah ni nak menyindir. Hairy pandang telefonnya. Nasib baik kau tak ada depan ni Minah.

''Aku tanya tu, jawablah!''

''Tapi..salam tu kan wajib.''

''Yalah! Kau ada mana ni?''

''Encik Hairy, kalau Minah tau Minah ada di mana, buat apa Minah nak bagitau encik Hairy yang Minah sesat? Alamak..bateri...''

Tutt, tut, tut..panggilan terputus. Hairy resah. Macam mana boleh sesat pula ni? Hai Minah ni, menyusahkan betullah! Hairy terus bangun dan menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu dipulas dan Hairy terus keluar dan menuju ke arah meja setiausahanya. Laju langkahnya membuatkan dirinya menjadi perhatian semua pekerjanya.

''Kamilia! Saya ada hal sikit. Semua meeting hari ini cancel.'' selepas memberitahu Kamilia setiausahanya, Hairy terus melangkah laju.

''Tapi, encik Harris..hari ni kan..'' tak sempat nak meneruskan kata, Kamilia terhenti. Hairy langsung tak ambil endah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Kamilia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience