BAB 8

Romance Completed 9101

Semua pasaraya berhampiran taman perumahan mereka Hairy masuk. Semua orang yang dia jumpa dia tanya. Siap tunjuk gambar Minah yang ada dalam telefon dia lagi. Risau benar dia. Macam orang hilang anak pula. Eh..memanglah dia tak hilang anak, tapi hilang bini.

Lenguh kaki berjalan dari satu pasaraya ke satu pasaraya, Hairy menuju ke KLCC, mana tahu Minah tersesat sampai ke sana. Ketika tengah meninjau kiri dan kanan mencari Minah, tangannya ditarik orang. Hairy menoleh.

''Harris, you buat apa di sini? Lama kita tak jumpakan? I rindulah..'' tangan Hairy digenggam kejap. Tergaman Hairy dengan perilaku Kathy. Terlentok-lentok kepalanya di bahu Hairy. Hairy rimas. Tak pernah dia berperasaan seperti ini. Di mindanya hanya memikirkan Minah. Rasa macam nak tolak saja Kathy, biar jatuh terlentang. Tergedik-gedik tak bertempat.

''You ni kenapa? Dah macam kucing miang saja I tengok. Kita dah putuskan? You nak apa lagi?'' tangan yang digenggam Kathy cuba diuraikan, tapi semakin kejap pula Kathy mengenggamnya.

''Harris please..I tak boleh lupakan you. Kita kawen. I tak kisah, berapa orang anak you nak pun, I sanggup.'' Kathy tak berputus asa. Dia terus merayu Nur Hairy Harris. Hairy ingin bersuara, tapi belum sempat berkata apa, namanya sudah diseru seseorang.

''Encik Hairy...'' mata Minah jatuh pada tangan kedua merpati sejoli yang berada di hadapannya. Ada air mata yang sudah bergenang di tubir matanya, namun ditahan sekuat mungkin agar jangan gugur. Sepantas kilat Hairy merentap tangannya, yang masih dalam genggaman Kathy.

''Kau ni ke mana? Puas aku cari. Menyusahkan orang saja..'' wajah Minah yang sudah berubah riak tidak dipedulikan. Ditariknya tangan Minah untuk keluar dari KLCC. Minah keraskan badan, memprotes.

''Encik Hairy nak bawa Minah pi mana ni? Minah tak mau. Minah nak ikut Pinas.'' dengan beraninya Minah bersuara. Sakit hati punya pasal. Hah? Sakit hati sebab cemburu ler tu?

''Jangan degil boleh tak? Kaki aku dah nak tercabut, sebab cari kau. Dah..jangan nak mengada-ngada. Jom balik!'' dua pasang mata lagi yang menjadi pemerhati adegan pasangan suami isteri itu dah terbuntang mata.

''Harris, siapa perempuan ni?'' Kathy diulit rasa cemburu. Dari tadi Hairy memegang tangan Minah seakan tidak akan dilepaskan lagi. Shafinaz pula penat bermain mata dengan Minah. Ingin tahu juga siapa Hairy. Tadi Shafinaz yang menyangka Hairy dan Kathy sepasang kekasih yang sedang berdating, terus dikutuknya mereka di depan Minah. Bila Minah menoleh ke arah mereka, laju langkah Minah diatur ke arah mereka berdua. Penat Shafinaz mengejar Minah dari belakang.

''Jom balik!'' sekali lagi tangan Minah ditarik.

''Minah tak mau! Minah tetap nak ikut Pinas!'' Hairy dah mula bengang dengan kerenah Minah. Dipandang sekeliling. Semua orang sedang memandang hairan ke arah mereka. Hairy mendekatkan wajahnya ke telinga Minah, lalu membisikkan sesuatu.

''Aku kiss kau kat sini, kau nak?'' Minah mengeleng pantas. Mahu atau tidak, terpaksa juga Minah mengikut Hairy balik. Pada Shafinaz dilambaikan tangannya sambil melaung.

''Aku balik dulu Pinas. Satgi 'singa jadian' mengamuk.'' dan laungannya tu membuatkan semua yang mendengar tersenyum simpul, kecuali Hairy, Shafinaz dan Kathy. Masing-masing menunjukkan riak wajah yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience