BAB 10

Romance Completed 9100

Mereka berjalan masuk ke dalam restoran beriringan. Tangan Minah Hairy pegang selamba, sampai Minah pun naik hairan. Selalunya garang semacam saja, ini nak bawa watak mamat romantik pula ka?

Ismadi datang ke meja mereka sebaik saja mereka duduk. Ismadi yang sedang berada di hadapan mereka mengenyitkan mata pada Minah. Minah melebarkan senyuman, tapi bila melihat Hairy memandang ke arahnya, Minah segera menutup mukanya dengan menu yang dipegang. Hairy pandang Minah dengan Ismadi silih berganti. Terkesan sesuatu yang mencurigakan.

''Kenapa ni sayang?'' terkejut Minah. Terus menu yang menutupi mukanya diturunkan dan dia memandang Hairy. Bila dia pandang Ismadi, Ismadi menjongketkan kening padanya. Minah angkat bahu sambil geleng kepala. Hairy hilang sabar dengan gelagat kedua hamba Allah di depannya ini. Rasa tercabar juga keegoannya, bila isterinya tergamak bermain mata dengan lelaki lain di depannya.

''Order encik?'' akhirnya Ismadi bersuara.

''Bagi nasi putih dua. Tomyam sea food, siakap masak tiga rasa dan kangkung goreng belacan.'' Hairy yang membuat semua pesanan. Ismadi memandang pula pada Minah.

''Macam biasa, Minah nak carrot juice, erm..kalau ada rojak buah yang Minah suka sangat tu bawak sekali na. Dah lama tak makan. Mengidam..'' Minah bersuara ceria. Sekali lagi Hairy memandang dengan wajah kebingungan ke arahnya.

''Hai..takkan baru kawen dah mengidam kot? Bunting pelamin ka apa?'' bengang Minah bila mendengar Ismadi berkata begitu. Muncungnya ditarik.

''Mulut tu memang takdak insuran. Tau la kak Ema dulu bunting pelamin pun. Huh!'' Ismadi lepaskan tawa. Sekali lagi Hairy memandang mereka silih berganti.

''Encik Hairy nak minum apa?'' pertanyaan dituju pula pada Hairy. Hairy yang semakin pelik dengan gelagat mereka seolah terkunci bibir.

''Samalah abang Is, Minah dengan encik Hairy ni kan sejiwa. Apa yang encik Hairy makan Minah makan, jadi apa yang Minah minum encik Hairy pun minum jugaklah.'' Minah buat keputusan untuk Hairy. Kalau tadi Hairy pesan makanan tanpa tanya dia, apa yang dia nak makan. Sekarang dia bayar cash.

''No! watermelon juice please!'' Hairy dengan senang hatinya membatalkan air yang telah Minah order. Minah tak mahu mengalah.

''Kalau macam tu cancel siakap masak tiga rasa tu. Minah tak suka. Ganti dengan kerabu mempelam muda.'' Ismadi dah mengaru kepalanya. Pening. Kalau sepuluh orang pelanggan yang mengaku sejiwa, tapi langsung tak sejiwa, boleh kena darah tinggi dia.

''Eh..abang yang nak makankan? Minah tak suka sudahlah.'' Hairy pun tak mahu mengalah. Akhirnya, Ismadi terus berlalu macam tu saja.

Keputusan seri, bila semua yang mereka order tiba di meja mereka, dan Ismadi join mereka makan. Sebab, dia kata dia pun belum makan dan semua makanan yang telah diorder dia yang belanja, sempena meraikan pengantin baru. Dalam sibuk menjamu selera mereka berbual. Terjawab semua persoalan Hairy, bila Ismadi memberitahu bahawa Minah tu adik sepupu dia, juga adik susuan kerana ibu Minah meninggal ketika melahirkannya. Kebetulan mak Ismadi yang merupakan mak long Minah juga melahirkan adik bongsu Ismadi ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience