BAB 16

Romance Completed 9100

Kathy melangkah laju mengejar Hairy yang sedang menunggu lift untuk naik ke tingkat atas. Selepas bertemu Hairy di KLCC kemarin, dan Hairy meninggalkan dia terpinga-pinga sambil mengheret wanita lain, Kathy nekad untuk membuat perhitungan dengan Hairy. Tadi pula, selepas memarkir kereta dan sedang menuju ke bangunan pejabat Hairy, hatinya bagai digilis lumat, menyaksikan kemesraan Hairy dengan perempuan itu. Entah apa hubungan perempuan itu dengan Hairy.

''Harris! Tunggu!'' nama Harris di laung bila melihat dia sudah masuk ke dalam lift. Hairy yang menyedari kelibat Kathy yang sedang berlari ke arahnya, terus menekan butang di dalam lift yang menuju ke pejabatnya di tingkat lima. Kathy terus berlari dan sempat meloloskan dirinya masuk ke dalam lift.

'' I nak tahu, siapa perempuan tu?'' dalam keadaan yang masih tercunggap-cunggap, Hairy terus disoal. Hairy mendengus keras. Modnya tengah tak stabil setelah menghantar Minah tadi. Kini, Kathy pula datang menganggu gugat perasaannya.

''Harris, I tanya you ni.'' Kathy semakin berang dengan gelagat Hairy yang langsung tak mengendahkan kehadirannya. Hairy dihampiri dan lengan Hairy ingin dipaut, tapi belum sempat berbuat apa-apa Hairy sudah mengelak. Jari telunjuknya diangkat lalu dihalakan ke wajah Kathy.

''You jaga tingkah laku you tu. Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Faham?'' perlahan, tapi cukup tegas dipendengaran Kathy. Hilang segala sikap baik dan prihatin yang Hairy tunjukkan pada Khaty selama ini.

''You ni kenapa Harris? Dengan perempuan yang entah siapa-siapa tu boleh pula you peluk-peluk. Dengan I ni you nak mengelak saja. Kenapa? I nak tahu siapa perempuan tu?'' Kathy terus-terusan menyoal. Dia takkan puas hati selagi tak mendapat jawapan yang dia nak.

Mereka sudah sampai ke tingkat lima. Sebaik pintu lift terbuka, Hairy terus melangkah keluar tanpa menghiraukan Kathy yang kuat mendesak tu. Langkahnya diatur laju menuju ke pejabat tanpa menghiraukan pandangan pekerjanya yang mungkin sedang hairan dengan adegan demi adegan yang telah dan bakal berlaku di depan mata.

''Harris!'' Kathy semakin bengang dengan Nur Hairy Harris. Hairy langsung tak menoleh, malahan bilik pejabatnya terus dibuka dan dia menghilang dibalik pintu. Kathy membentakkan kakinya keras. Bila menyedari dirinya menjadi tontonan, Kathy mendengus kasar.

''Apa tengok-tengok? Buat kerjalah! Makan gaji buta!'' Kathy melepaskan amarahnya. Semua orang yang memandang tadi kembali fokus kepada kerja. Kathy melangkah masuk ke bilik pejabat Hairy. Perhitungannya dengan Nur Hairy Harris masih belum selesai.

''You buat apa di sini? I banyak kerja nak buat. Tak ada masa nak layan you.'' Hairy malas melayan Kathy. Fail di depannya dicapai dan dibelek, tapi mindanya langsung tak boleh nak fokus. Fail ditutup kembali. Wajahnya diraup kasar. Yang ada di fikirannya hanya wajah sayu Minah sebentar tadi.

''I takkan keluar selagi you tak bagi tau I, siapa perempuan tu?'' Hairy mendongakkan wajahnya. Terbang sekejap wajah Minah, diganti pula dengan wajah Kathy yang sedang menyinga. Hairy bangun lalu menghampiri pintu dan membuka pintu bilik pejabatnya dengan luas.

''Kau keluar sekarang!'' kuat jerkahan Hairy membuatkan Kathy tersentak. Semua staf terkejut. Tak pernah-pernah Encik Harris mereka menengking sebegitu.

''Harris..I cuma..'' Kathy takut-takut nak meneruskan ayatnya.

''You nak tahu sangatkan, siapa perempuan tu? Okey, I bagi tau you. She is my beloved wife. Puas hati? Sekarang you keluar. I tak ada masa nak layan orang macam you. You yang buang I tiga bulan lepas. You tak jijik ke, nak jilat ludah you balik?'' Hairy masih bersuara kasar. Kathy sudah terlopong dengan apa yang dia dah dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience