BAB 11

Romance Completed 9101

Selepas makan Hairy bawa Minah ke pejabatnya. Semua pekerjanya yang memandang dah bersoksek-soksek. Bergosip la, apa lagi. Selama ini memang ramai perempuan yang datang mencari Nur Hairy Harris di pejabat, tapi ini kali pertama Hairy bawa perempuan masuk pejabat. Sebetulnya, memang tiada siapa yang tahu dia sudah bernikah. Mereka hanya di akad nikahkan di kampung Minah. Selepas itu, papanya Dato Hussaini di bawa ke Australia untuk menjalani rawatan di sana, sambil pergi makan angin. Menantu baru belum diraikan lagi.

''Tunggu dalam ni, jangan pergi mana-mana, abang ada meeting sekejap lagi.'' Hairy memberi arahan sebaik saja mereka melangkah masuk ke bilik pejabat Hairy. Minah terus menuju ke sofa di sudut bilik tanpa sepatah kata. Kelu barangkali, terkejut dengan perubahan mendadak Nur Hairy Harris ni. Bila Hairy membahasakan dirinya abang di restoran tadi, Minah ingat Hairy cuma berlakon di depan Ismadi, tapi bila Hairy masih membahasakan dirinya abang, walaupun hanya ada mereka berdua, Minah sudah mula keliru. Nampaknya 'singa jadian' dah jadi kucing parsi.

Minah sudah mula mengeluarkan netbook dari dalam beg sandangnya. Nasib baik netbook itu di bawa ke mana saja dia pergi. Baru saja on netbook, Minah dah mengeluh. Muncungnya ditarik tanpa sedar. Monyok saja wajahnya Kelakuannya itu berjaya menarik minat Hairy yang masih membelek fail untuk di bawa ke bilik meeting.

''Kenapa?'' sepatah Hairy menyoal. Minah mendongak memandang wajah Hairy dengan bibir yang masih dimuncungkan.

''Dah macam muncung itik dah..'' Hairy tergelak dengan ayatnya sendiri. Minah mencebik. Hairy berjalan menghampirinya dan duduk di sofa di sebelah Minah.

''Kenapa?'' soalan diajukan lagi sambil tangan Minah diraih. Minah muncungkan bibirnya ke arah netbook.

''Tu..bateri low...'' sambil tu matanya tertumpu pada tangannya yang masih di pegang Hairy. Tiba-tiba, bibirnya yang asyik muncung tadi mengukirkan senyuman. Tergambar kenakalan di benaknya. Tangan kanannya ditekapkan ke dahi Hairy.

''Lahh..ingatkan demam ka apa ka. Okey saja..'' Hairy pandang Minah sambil tersenyum. Berdebar hati Minah. Wow..sweetnya. Suami siapa la ni? Minah bermonolog dalam hati.

''Sindir abang ya?'' perlahan suara Hairy bertanya. Sekali lagi Hairy lebarkan senyuman untuk Minah. Hidung Minah dicuit tanpa sedar. Lagi bertambah hairanlah Minah. Netbook Minah di atas meja sofa, Hairy ambil dan di bawa ke meja kerjanya. Dia mencari plug kosong. Bila nak mula mengecas, baru dia sedar charger untuk mengecas netbook tiada, lalu Minah dipandang. Minah mengeleng.

''Minah tak bawak...'' mendatar saja suaranya. Hairy tersengeh sambil kepalanya di gelengkan berkali-kali.

''Tu majalah banyak, baca saja majalah tu, kalau boring. Kalau tak mau baca, tidur saja. Abang nak pergi meeting ni. Jangan pergi mana-mana pulak.'' Hairy melihat jam di pergelangan tangannya. Selepas itu terburu-buru dia mencapai fail dan keluar dari bilik pejabatnya.

Minah melonggo di atas sofa. Majalah di bawah meja sofa di ambil. Semuanya dibelek, tapi satu pun tak dibacanya. Semuanya majalah bisnes. Minah bangun dan berjalan ke arah meja kerja Hairy. Netbooknya di ambil dan dia duduk di kerusi Hairy. Minah berangan sekejap jadi bos. Tumpuan Minah kini jatuh pada netbook kesayangannya. Netbook yang sedang berbunyi minta nyawa itu terus di shut down.

Nak buat apa ni? Kalau ikut Pinas tadi boleh jugak aku ronda-ronda. Encik Hairy ni la. Macam mana boleh pulak jumpa aku kat KLCC tu. Haih..macam tak percayalah pulak. Jangan-jangan dia dah pasang alat pengesan kat badan aku ni pa? Minah bersoal jawab dengan diri sendiri di dalam hati.

Sejam kemudian Minah dah mula resah. Berkurung saja dalam bilik Hairy membuatkan dia panas punggung. Minah bangun dan mula melangkah ke pintu bilik. Dipulasnya tombol pintu perlahan. Macam pengintip saja gayanya. Terjenguk-jenguk Minah keluar. Cuma ada dua tiga orang pekerja yang masih tekun membuat kerja. Perlahan Minah keluar, dan pintu ditutup kembali.

''Cik..nak tumpang tanya boleh?'' Sebaik Minah berada di depan seorang pekerja yang nampak agak peramah dan manis wajahnya, Minah terus bertanya.

''Ya adik, boleh akak bantu?'' lemah lembut orangnya. Suara pula merdu sangat. Minah ukirkan senyuman.

''Ya, Minah nak pi toilet. Boleh tolong tunjuk dak?'' Minah lemparkan senyuman lagi. Pekerja tadi menghentikan kerjanya dan bangun.

''Jom..akak tunjukkan. Adik ni yang datang dengan encik Harris tadikan? Siapa dengan encik Harris tu?'' sambil berjalan mereka berbual.

''Haa..Minah la tu. Tadi Minah keluar cari barang, bila Minah call encik Hairy cakap Minah sesat, terus encik Hairy keluar cari Minah. Minah gurau saja tadi tu. Tak sangka pulak encik Hairy nak keluar cari Minah. Dah tu, jumpa pulak tu. Lepas bawa Minah makan, encik Hairy bawa Minah mai sini..'' panjang berjela pula Minah menjawab.

''Minah orang kedah ka?'' pekerja tu tanya lagi.

''Ha la..Minah tinggal di Yan, dekat dengan Pulau Bunting. Cantik tau akak. Akak penah pi?'' peramah sangat Minah ni. Pekerja tadi tergelak kecil dengar Minah bercakap.

''Baguih la lagu tu. Akak pun orang Kedah jugak. Akak orang Jitra. Ni macam mana boleh kenai dengan encik Harris ni. Eh..lupa pulak. Nama akak Ida Nazreen. Pangge kak Ida cukup.'' sembang punya sembang mereka pun sampai ke tempat yang dituju.

''Dah sampai pun. Akak hantar dekat sini saja kot. Akak nak sambung reja balik ni..'' mereka berbalas senyuman, sambil Minah mengucapkan terima kasih pada Ida Nazreen. Minah urut dada selepas masuk ke dalam tandas. Siapa dia dengan Hairy? Semput juga Minah nak jawab soalan tu. Nak jawab orang gaji ka isteri? Nasib baik Minah pandai kona.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience