BAB 21

Romance Completed 9100

Suasana di perkarangan banglo Dato Husaini meriah. Hairy dan Minah yang diraikan segak dengan pakaian pengantin berwarna krim. Ramai pekerja sepejabat dengan Hairy yang hadir. Minah diperkenalkan pada semua orang dengan nama Minah atas permintaan Minah sendiri.

''Hari ini adalah hari yang paling bertuah untuk kita semua. Pengantin lelaki ingin menyanyikan sebuah lagu untuk pengantin perempuannya.'' semua mata tertumpu di bawah khemah yang menempatkan dj yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis mereka.

''Dipersilakan Encik Nur Hairy Harris.'' Hairy maju ke depan. Semua hadirin bertepuk tangan. Microfon bertukar tangan. Muzik mula dimainkan. Dengan penuh perasaan Hairy mula melunakkan suaranya mengikut tempo dan irama lagu. Jangan sampai lari piecing haa..hehe..

Tahukah engkau betapa ku menyanjungimu
Tahukah engkau semua cinta tercurah padamu
Biar bumi membelah dua
Namun sayangku takkan berubah

Bukan rayuan
Semua terucap dari hatiku
Hanya dirimu
Selalu menjadi bunga tidurku
Jangan biarkan ku menunggu
Hadirlah kasih aku merayu
Jangan biarkan ku menuggu
Hadirlah kasih aku merayu

Ketika menunggu untuk menyanyikan chorus lagu Hairy memandang Minah sambil bersuara.

''Aku Cinta Kau Minah!'' riuh dengan sorakan dan siulan nakal kawan-kawan Hairy. Minah hanya tertunduk tersipu-sipu bila dirinya turut jadi perhatian.

Kau sudah dapat ku miliki (Hairy ubah lirik sendiri)
Takkan lagi ku lepaskan
Kaulah penghuni relung hatiku
Sayang dan cintaku untuk mu
Berjanji diriku pada cintamu
Sumpah demi langit dan bumi
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku

Selepas lirik terakhir itu Hairy serahkan kembali microfon kepada juruacara yang bertugas mengendalikan majlis tersebut. Hairy kembali mendapatkan Minah di bawah khemah yang sedang berkumpul bersama keluarganya.

''Tu dia, lagu dari seorang suami buat isterinya yang tercinta Nur Imanina atau nama manjanya Minah.'' juruacara buat wajah terkejut selepas menyebut nama Minah. Ada hadirin yang ketawa dan ada yang hanya tersenyum simpul. Minah tayang wajah selamba.

''Apa ada pada nama. Yang penting, bila cinta sudah bertapak di hati, nama bukanlah halangannya. Moga pasangan Nur Hairy Harris dan Minah akan berbahagia hingga ke akhir hayat.'' juruacara menyambung kata. Hairy dan Minah sudah bermain mata.

''Abang dah banyak kali cakap abang cintakan Minah. Sayang bila lagi? Minah, do you love me?'' Hairy menyoal Minah perlahan. Minah berjeda seketika sebelum menyusun kata.

''Abang..cinta itu tak perlu diucap. Ia hadir di sini.'' Minah pegang dadanya.

'''Terus bersemadi di hati ini sampai bila-bila pun. Hanya perilaku yang akan memberi isyarat cinta. Akan terasa sakit bila disakiti walau hanya kata-kata biasa. Mungkin takkan nampak pada wajah, tapi akan nampak lukanya dalam air mata.'' ceh Minah, Hairy sudah tersenyum. Sekali lagi mindanya mendapat idea nakal.

''Contohnya?'' perangkap pertama sudah ditahan. Minah yang tak terfikirkan tentang muslihat Hairy terus merangka jawapan.

''Err..contohnya, kalau Minah tak cinta abang, abang nak kawen banyak pun. Kawen saja, Minah tak kesah.'' Minah menjawab sambil senyum. Hairy pun senyum juga. Senyum ada makna.

''Minah buktikan pada abang, Minah cintakan abang.'' Minah kerutkan dahi. Nak buktikan macam mana? Minah blurr.

''Minah cakap cinta tu tak perlu diucap, hanya perilaku yang akan memberi isyarat cinta. Perilaku yang macam mana tu? Tunjukkan..'' Minah telan liur. Mati akal Minah untuk menjawab.

''Malam ni la Minah tunjuk.'' Minah menjawab sambil lewa tanpa maksudkan apa-apa. Sedangkan Hairy sedang tayang senyum herot. Minah ketap bibir. Grrr..tak habis-habis Nur Hairy Harris ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience