BAB 9

Romance Completed 9100

''Jauh kau sesatkan? Sampai KLCC...'' masuk saja dalam kereta, Minah dah kena smash dengan ayat sindiran dari Hairy.

''Eh..KLCC saja. Okey lagi tu, nak heran apa. Kot sampai planet Marikh ka, Pluto ka, Zuhal ka, kot la nak heran.'' Minah menjawab selamba sambil memakai tali pinggang keledar. Wajahnya langsung tak berani menoleh ke arah Hairy. Mesti Hairy sedang membuntangkan mata ke arahnya.

''Menjawab! menjawab! Itu saja yang kau tahu!'' Hairy pandang Minah. Geram pula dia dengan Minah yang langsung tak menoleh ke arah dia. Dah la tadi gelar dia singa jadian.

''Siapa tadi tu?'' sambil memandu Minah diajak berbual. Walaupun geram, Hairy tetap lega kerana dia dah jumpa Minah dia. Minah tak menjawab. Sengaja dikuncikan peti suaranya. Menjawab karang kena marah pula.

''Dah bisu pulak ke? Suara kau dah tertinggal di KLCC tadi ke?'' Hairy masih cuba menarik minat Minah. Dipandangnya Minah sekilas. Minah 'bo layan'(malas nak layan). Hairy membelok masuk ke Restoran makanan Thai. Minah masih buat tak peduli. Kereta berhenti pun Minah masih begitu. Minah tergaman, kerana dia tahu itu restoran abang sepupu dia Ismadi. Dia pernah kerja di restoran ini, ketika sedang menunggu result SPM dulu.

''Dah..jom turun. Makan dulu, aku lapar.'' Hairy terus turun tanpa memandang Minah di sebelah. Alarm kereta ditekan sambil terus melangkah masuk ke dalam restoran. Bila nak duduk, baru Hairy perasan Minah tak ikut dia. Hairy keluar semula dan matanya melilau mencari Minah. Akhirnya, Hairy membawa pandangannya ke dalam kereta. Hairy tepuk dahi, lantas langkahnya dibawa menuju ke kereta. Alarm ditekan. Pintu tempat duduk sebelah pemandu dibuka. Minah pandang Hairy tak berkelip bila Hairy memasukkan kepalanya ke dalam kereta dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Minah.

''Kenapa dengan encik Hairy ni?'' Minah bersuara sambil mengeluarkan ear phone dari kedua belah telinganya. Sekali lagi mata Hairy terbuntang. Maunya terkeluar biji mata Nur Hairy Harris ni.

''Ya Allah Minah..sejak bila hang pakai benda alah tu?'' sekali Hairy ber'hang' la pula. Geram punya pasal. Hilang sabar betoi dengan 'minah' sorang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience