BAB 15

Romance Completed 9101

''Minah, hang kena balik kampung. Ayah hang...'' selepas Hairy bertolak pergi kerja pagi tu, Minah menerima paggilan dari Pak Longnya di kampung.

''Awat dengan ayah, Pak Long? Ayah sakit ka?'' Minah bertanya cemas. Jantungnya sudah berlari laju. Mindanya pula sudah memikirkan yang bukan-bukan.

''Ayah hang hilang di laut Minah. Petang kemarin dia keluaq ke laut. Sampai la tak balik-balik lagi. Kami pakat keluaq pi cari. Merata Pulau kami dah jengok, kot-kot bot dia rosak, dia singgah dok berehat di Pulau.Tapi tak jumpa jugak.'' panjang lebar Pak Long Piee bercerita. Minah sudah lembut lutut. Wajah ayahnya dah terbayang di mata. Air mata dah mengalir laju.

''Pak Long habaq kat abang Is dak lagi?'' dalam sebak ,sempat lagi Minah bertanya.

''Pak Long habaq dah. Dia kata nak ajak hang balik sekali. Hang try telepon dia tengok.'' Minah mengangguk, tanpa sedar pak long dia tak nampak anggukkan dia tu. Selepas berbalas salam, talian pun diputuskan. Minah telefon pula Hairy, tapi berkali-kali dia telefon panggilannya tak berjawab. Minah buat keputusan untuk hantar mesej saja.

Minah : Abang, minah balik kampung. Pak long call ayah hilang di laut.

Belum sempat send mesej, ada panggilan masuk dari Ismadi. Minah terus tekan button hijau.

''Minah, abang dah ada depan rumah Minah ni. Dah siap ka belum?'' sebaik telefon ditekapkan ke telinga, suara Ismadi sudah kedengaran. Minah kalut.

''Sat abang Is, Pak Long baru call Minah. Tunggu sat na..'' Minah terus berlari ke bilik selepas meletakkan telefonnya di atas meja. Lima belas minit kemudian, Minah sudah siap dan mengunci semua pintu rumah. Kereta Ismadi yang sedang menunggunya di luar pagar di tuju.

''Abang Is, kita pi pejabat abang Hairy dulu na? Minah call dia tak dapat.'' masuk saja dalam kereta Ismadi, Minah terus membuat permintaan tu. Risau juga Minah kalau tak minta izin Hairy terlebih dulu. Ismadi hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Dalam kereta, masing-masing hanya membisu. Minah pula tak henti-henti mengelap air mata.

Sampai di depan bangunan pejabat Hairy, Minah terus meluru keluar dari kereta. Laju kaki Minah melangkah dan menuju ke arah lift. Bila pintu lift terbuka, cepat-cepat Minah masuk dan menekan butang untuk ke tingkat lima. Sampai ke tingkat lima, pejabat Hairy di tuju. Kakinya terus melangkah ke bilik pejabat Hairy. Pandangan pelik pekerja-pekerja tidak dihiraukan. Sebaik Minah sampai di depan pintu bilik pejabat Hairy, langkahnya ditahan oleh Kamilia.

''Maaf cik, encik Harris sedang melayan client. Tak boleh diganggu.'' Minah terkaku di situ. Dia perlu jumpa Hairy. Kalau Hairy tak mau ikut balik sekali pun, dia tak kisah. Janji Hairy beri dia keizinan saja.

''Tolong cik, sat saja. Minah ada hal penting sangat ni.'' Minah terpaksa merayu. Bila Kamilia buat tak layan. Minah melangkah laju ke meja Ida Nazreen.

''Kak Ida..tolong Minah. Minah nak jumpa encik Hairy.'' air mata Minah sudah kembali mengalir laju. Ida Nazreen bangun dan berdiri di sisi Minah. Bahu Minah diusap perlahan. Simpatinya pada Minah membuak-buak. Seterusnya langkahnya di atur ke meja Kamilia. Interkom ditekan.

''Encik Harris, Minah nak jumpa. Dia macam ada masalah saja.'' Kamilia hanya memandang perlakuan Ida Nazreen. Minah pula dijeling tajam. Sebentar kemudian pintu bilik Hairy terkuak. Minah menyeka sisa-sisa air matanya dengan telapak tangan.

''Kenapa ni sayang?'' mendengar saja suara Hairy, perasaan sebak Minah kembali menyerang. Minah sangkakan Hairy akan marah dia, kerana menganggu Hairy berbincang dengan client.

Air mata Minah bercucuran lagi. Tergaman Hairy melihat Minah yang menangis sakan tu. Terus Minah dirangkul dalam pelukannya, tanpa menghiraukan berapa banyak mata yang sedang memandang. Sedetik cuma, Hairy melepaskan rangkulannya dan air mata Minah di seka.

''Kenapa ni? Beria-ia menangis?'' Hairy bertanya gusar. Mesti ada apa-apa yang merungsingkan fikiran Minah. Itu yang Hairy fikirkan. Minah berjeda lama. Pertanyaan Hairy tak segera dijawab. Hairy memimpin Minah duduk di sudut menunggu dan cuba menenangkan Minah. Tangan Minah dielus perlahan untuk memberi kekuatan pada Minah untuk bersuara. Minah menarik nafas sebelum mula menyusun ayat.

''Minah nak minta izin dengan abang. Minah nak balik kampung dengan abang Is. Ayah hilang di laut sejak kemarin. Pak Long baru call Minah pagi ni..'' tersentak Hairy. Patutlah beria-ia Minah menangis. Teringat kembali ketika bot papanya karam dulu. Bagaimana mama dan kak Aina menangis siang dan malam mengenangkan nasib papanya.

''Habis, sayang datang dengan siapa ni?'' Hairy pamerkan wajah risau. Hari ini jadualnya padat. Nak menemani Minah balik kampung, mustahil sangat.

''Abang Is tunggu Minah di bawah.'' sehabis Minah berkata begitu Hairy terus bangun sambil tangan Minah dipegang erat.

''Jom..abang hantar Minah.'' mereka jalan bergandingan. Sesekali wajah Minah Hairy pandang. Berat hati nak melepaskan Minah pulang ke kampung. Mereka baru saja berbaik semalam, dan melayari kehidupan berumah tangga dalam erti kata yang sebenar.

''Sayang take care ya. Bila kerja abang selesai nanti, abang akan pergi sana. Apa-apa hal, call abang tau.'' Minah mengangguk. Minah pun berat hati nak tinggalkan Hairy, tapi Minah tiada pilihan.

''Abang..Minah tertinggal telefon Minah atas meja dapur. Nanti abang tolong bawak sekali tau.'' bila Hairy cakap suruh telefon dia, baru Minah teringatkan telefon dia yang tertinggal.

''Laa..macam mana boleh tertinggal pulak ni? Nanti malam-malam abang rindu, macam mana abang nak call Minah?'' Hairy cuba menceriakan Minah. Tak senang hati Hairy nak melepaskan Minah pulang ke kampung dengan wajah yang sayu macam tu.

''Malam saja rindu? Siang tak rindu?'' Minah menyoal sambil wajah Hairy dipandang. Bukan senang nak tinggalkan seseorang yang sudah mula bertapak di dalam hati. Walaupun hanya untuk sesaat.

''Rindu jugak, tapi malam lagi rindu. Berganda-ganda rindunya. Lebih-lebih lagi kenangan yang macam semalam tu.'' Hairy tertawa. Minah dah tertunduk malu bila mengingati apa yang berlaku semalam.

Bila sampai di tingkat bawah mereka masih berbual-bual kosong. Tangan Minah masih kemas dalam genggaman Hairy. Dalam tak sedar, mereka sudah menghampiri kereta Ismadi. Semakin kejap tangan Minah Hairy genggam. Minah mendongak dan memandang wajah Hairy lama. Tersedar diri diperhati, Hairy menoleh. Langkah kedua-duanya terhenti. Ismadi membunyikan hon kereta. Cepat-cepat Minah menyalami Hairy dan mencium tangan Hairy.

Masuk ke dalam kereta, Minah lambaikan tangan pada Hairy. Sebelum kereta meluncur laju, sempat Hairy membalas lambaian Minah, sambil tersenyum manis. Aku cinta kau Minah. Hairy berdialog di dalam hati.

Minah pula diam tak diam air matanya mengalir lagi. Di sebelah sini suami, di sebelah sana ayah. Dua-dua pun dia sayang. Walaupun, sayangnya pada suami baru saja disemai. Minah melepaskan keluhan berat, sambil menyandar lemah di kusyen kereta. Ismadi di sebelah hanya memandang tanpa kata. Hanya pandangan simpati yang mampu diberikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience