BAB 14

Romance Completed 9183

Hujan lebat disertakan dengan ribut petir membuatkan Minah rindukan ayahnya di kampung. Risau hatinya kalau ayahnya turun ke laut dan bot ayahnya dipukul ribut. Macam-macam yang Minah bayangkan. Sedang Minah ralit melamun mengingatkan ayahnya, pintu biliknya dibuka orang dari luar. Minah yang sedang berkelubung di bawah selimut terus melompat bangun.

''Ada apa encik Hairy?'' Minah bertanya kalut. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kata-kata Hairy siang tadi.

''Jom, pindah bilik abang. Esok Pak Mod dengan Mak Mah balik kerja balik. Takkan Minah nak tidur sebilik dengan mereka?'' Hairy melabuhkan punggungnya dibirai katil. Minah terdiam tak berkutik. Mindanya sedang berfungsi untuk menghadam kata-kata Hairy.

''Sapa Pak Mod dengan Mak Mah tu?'' tercetus soalan dari bibir Minah. Ini kali pertama Minah dengar nama-nama tu sejak datang ke rumah besar ini.

''Orang gaji sebenar. Dah, jangan banyak soal. Bawa semua barang Minah masuk bilik abang. Guruh kilat menyambar kat luar tu, tak takut ka tidur sorang-sorang?'' Hairy senyum nakal. Matanya merenung tepat ke wajah Minah.

''Guruh kilat di luar. Bukannya dalam bilik ni.'' macam berani sangat Minah ni, walhal dari tadi lagi dah berkelubung dalam selimut sebab terkejut guruh.

Hairy tersenyum mendengar Minah bercakap begitu. Dalam mindanya sudah terencana satu idea nakal. Bukan dia tak tahu, Minah selalu menyusup masuk ke bilik dia setiap malam. Kadang-kadang dia pura-pura tidur awal. Kononnya letih sangat.

''Minah tahu tak, Pak Mod selalu cerita kat abang, dalam bilik ni, setiap malam selepas pukul dua belas tengah malam, mesti ada lembaga hitam berlegar-legar. Kadang-kadang, ada bunyi baby menangis. Minah tak pernah dengar ka?'' Hairy buat muka serius sambil pandang keliling bilik. Macam seram sangat cerita dia tu. Minah dah menghimpit Hairy. Lengan Hairy di pegang kejap. Hairy dah gelak dalam hati.

''Encik Hairy tak tipukan?'' Minah masih ingin bersoal jawab.

''Eh, buat apa nak tipu? Pak Mod yang cerita kat abang. Kalau tak betul maknanya Pak Modlah yang tipu, bukannya abang.'' Hairy jual buah terung (berbohong). Tak pasal-pasal Pak Mod pula yang dapat nama.

''Mana barang-barang Minah?'' Hairy bertanya sambil meninjau sekeliling bilik. Minah bangun dan turun dari katil. Baru melangkah setapak, guruh dah berdentum kuat di luar rumah. Spontan Minah memeluk Hairy yang turut berdiri di sisi Minah. Terkejut dengan tindakan spontan Minah membuatkan jantung Hairy berdetak laju. Bila Minah tersedar dari rasa terkejut, terus Minah rungkaikan pelukannya dan berlalu mendapatkan beg pakaiannya yang di letakkan di tepi almari baju. Memandangkan kedua-dua almari di dalam bilik ini berkunci, Minah tidak pernah mengemaskan baju-bajunya.

Minah mengikut Hairy naik ke biliknya di tingkat atas. Tindakan spontannya tadi dilupakan begitu saja. Hairy pun macam buat tak kisah saja. Masuk saja ke bilik, Minah pura-pura jakun. Macam baru pertama kali masuk ke bilik Hairy.

''Luasnya bilik encik Hairy.'' Hairy dah tergelak mendengar Minah cakap macam tu. Hairy tahu Minah sedang berlakon. Hairy pun perah otak cari idea untuk berlakon sama.

''Wajib luas, nanti senang kalau nak cukupkan kuota. Boleh letakkan katil banyak-banyak. Nanti senang isteri-isteri abang layan abang sorang dalam satu bilik. Tak payah nak beli rumah dua tiga buah. Membazir saja..'' Hairy sembunyi senyum. Wajah Minah direnung.

''Eleh..sorang pun belum tentu lepas di Akhirat esok. Inikan pula nak bagi cukup kuota. Jalan sengetlah nampaknya encik Nur Hairy Harris bin Hussaini ni.'' terkedu Hairy mendengar ayat - ayat Minah. Dua minggu mereka berkahwin memang banyak kesalahan dia pada Minah. Tak mampu menjadi Imam pada setiap solat-solat Minah. Mendera Minah mental dan fizikal, walaupun tak patah riuk. Perlahan Minah dihampiri. Hairy cuba bersifat gentleman. Beg di tangan Minah di ambil dan diletakkan di tepi almari, kemudian Hairy hampiri lagi Minah yang masih berdiri kaku di tengah bilik. Tangan Minah Hairy pegang, dan Minah Hairy pimpin hingga ke katil.

''Kita mula semula. Mulai malam ni kita jadi suami isteri yang sebenar. Minah panggil abang dengan paggilan abang. Abang pula panggil Minah sayang. Boleh?'' Minah berjeda lama mendengar permintaan Hairy. Mata Hairy direnung untuk mencari keikhlasannya disitu, walaupun Minah pernah baca dalam novel Suami Aku Ustaz, ikhlas itu macam semut hitam yang melata dalam gelap. Memang sukar nak dilihat dengan mata kasar.

''Boleh. Tapi abang kena jawab semua soalan Minah malam ni sejujur-jujurnya.'' Minah pula buat permintaan peribadi. Hehe..yalah, selama ni Hairy asyik berdolak dalih saja.

''Okey..permohonan Minah diterima. Isteri perlu sentiasa di sisi suami. Kita tidur awal sikit malam ni. Minah nak tahu apa. In Sya Allah abang akan jawab sejujur-jujurnya.'' Hairy merebahkan tubuhnya. Minah pun turut sama merebahkan tubuhnya di sisi Hairy dalam rasa debar yang semakin mengila. Dupdap, dupdap..heh!

''Cepatlah tanya, sebab abang pun ada soalan nak tanya Minah.''

''Siapa perempuan yang pegang tangan abang di KLCC tadi?''

''Kathy..''

''Siapa Kathy untuk abang?''

''Dulu kekasih abang, sekarang bukan sesiapa pun. Kami dah putus tiga bulan lepas.''

''Habis kenapa dia terlentok-lentok kat abang? Siap pegang-pegang tangan lagi.''

''Sayang cemburu?''

''Minah soal, abang jawab saja. Jangan soal Minah balik.''

''Dia nak berbaik semula. Dia ajak abang kahwin.'' Minah terkedu. Hilang debar timbul perasaan sebak. Minah berpusing membelakangkan Hairy.

''Minah nak abang jujur, abang dah jujur. Tapi jangan buat muka macam ni. Tak baik tau bagi belakang kat suami.'' Hairy rangkul Minah dari belakang. Tubuh Minah ditarik perlahan supaya berpusing mengadap dia semula. Minah akur, dan Hairy pantas mengucup dahi Minah.

''Abang nak berbaik semula dengan dia?''

''Minah nak bagi abang senget. Jangan kata di Akhirat. Entah-entah di dunia pun dah senget. Ingat senang nak layan dua sekaligus.''

''Tau takpa. Abang nak tanya apa kat Minah? Sementara kaunter pertanyaan masih di buka ni..'' Minah tanya serius. Tak sabar nak tahu soalan apa yang akan ditanya Hairy.

''Minah dah bersedia?'' Hairy tersenyum nakal.

''Dah...'' tanpa tahu apa maksud Hairy, Minah menjawab pantas.

''Betul?''

''Abang tanya saja la. Minah memang dah bersedia nak jawab..''

''Sayang, abang dah tanya pun tadi. Dan, sayang jawab dah. Jom la, kita mulakan sekarang.''

''Mulakan apa?'' Minah blurr. Hairy sudah ukirkan senyuman gatal.

''Tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Bagi cucu dekat mama dan papa...''

''Abangggg...''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience