BAB 23

Romance Completed 9183

Tiga tahun kemudian...

''Abang..Haikal mana? Jangan biar sangat dengan Haikal tu bang.'' Minah mengingatkan Hairy akan kenakalan anak sulung mereka, Haikal Loqman yang sudah berusia dua tahun. Sementara anak kedua mereka, Nur Irish Afrina yang berusia satu tahun, masih dalam dukungannya.

''Tu ha, Haikal ada dengan abang Is. Ada kawan ramai tu, mana mau lagi dengan ummi dan abi dia ni.'' Hairy menuding jarinya pada Haikal bersama anak-anak Ismadi yang seramai tiga orang tu. Kak Ema, Ismadi dan Nani adik bongsu Ismadi, ada bersama untuk memantau budak-budak berempat tu, yang sedang bermain air pasang di tepi pantai.

''Irish..mai kat abi sayang. Kesian kat ummi..'' Irish bertukar tangan. Terlonjak-lonjak Irish ingin lepas bersama Haikal di tepi pantai.

''Sayang okey? Morning sicknees pagi tadi abang tengok teruk sangat.'' Hairy pandang Minah yang nampak sedikit pucat tapi masih berseri. Berseri sebab membawa lagi, anak mereka yang nombor tiga.

''Tak okey pun demi abang jugak. Kan abang nak Minah buktikan cinta Minah kat abang. Ni la buktinya yang paling nyata. Kalau tak nampak jugak. Tak tau la..'' Minah pulang paku buah keras sambil tersenyum.

''Amboih sayang, sindir abang nampak?'' Minah tergelak. Sebentar kemudian Hairy berlalu membawa Irish menuju ke pantai. Minah melangkah ke arah pondok rehat yang dibina oleh ayahnya di tepi pantai itu. Dari jauh Minah nampak Nani sudah melangkah ke arahnya. Minah tersenyum lebar. Ada la tu berita terkini yang ingin disampaikan oleh sepupunya itu, merangkap sahabat baiknya sejak kecil.

''Adoi..letih betoi layan budak-budak ni. Hang tak letih ka Minah? Kerap sangat..'' Nani bertanya secara langsung. Minah senyum saja.

''Dah rezeki aku Nani. Terima saja la. Biar letih la ni. Bila tengok anak-anak membesar depan mata ni berbaloi jugak. Hang tu, dah habis belajarkan. Bila lagi? Tak jeles ka dok tengok aku dok bertambah setiap tahun ni?'' Minah tergelak dengan ayatnya sendiri. pun tumpang gelak sama.

''Tak teringin aku nak jeles kat hang. Wey, hang nak dengar gosip terkini dak? Aku ada berita baik punya..'' Nani terover ceria tiba-tiba. Minah geleng kepala.

''Tak payah nak bergosip sangatlah. Aku ni dok mengandung. Tak pasal-pasal payah pulak aku nak beranak sebab dok buat dosa mengutuk orang.'' Minah malas nak ambil tau hal-hal orang lain. Dia sedar, diri sendiri pun tak sempurna.

''Alaa..ni pasai Pidot la. Hang tau dak, Pidot dah kawen. Bini dia lagi gemuk dari hang dulu. Aku jumpa Pidot kat pasar malam minggu lepas dengan bini dia. Pidot pun dah boroi semacam saja. Macam perempuan mengandung dah aku tengok.'' Nani terus gelak. Minah geleng kepala lagi.

''Ishh..tak baik hang ni, dok mengata kat dia macam tu.'' Minah mengingatkan Nani. Nani sebaya dengan Minah, cuma Nani bernasib baik sebab dapat masuk Uiversiti Malaya. Baru habis belajar dan sedang mengintai kerja.

''Hang tak sakit hati ka? Dulu kan Pidot selalu kutuk hang kaw-kaw punya.'' Nani inginkan penjelasan walaupun dia tahu Minah tak suka berdendam.

''Bagi aku la kan, kalau orang kata kat kita, kita balas balik. Ibaratnya macam orang gila maki kita. Kita maki dia balik. Maknanya kita dengan orang gila tak ada bezanya. 2x5 saja. Sama-sama gila.'' Minah memberikan pendapatnya sambil tersenyum. Nani dah terkelu lidah. Sesaat kemudian dia angkat tabik kat Minah.

''Sudah la, aku nak jalan-jalan tepi pantai sat. Dah lama tak main ayaq laut.'' Minah bangun dan menuju ke pantai. Melihat Hairy dan anak-anaknya, memberi seribu kebahagiaan untuk Minah.

Hidup ini memang banyak cabarannya. Kita kena sentiasa melihat hidup ini dari sudut positif. Kita boleh bahagia kalau kita nak bahagia. Dengan syarat kita kena sentiasa berfikiran positif pada setiap apa yang kita lalui. Positif pada semua orang dan positif pada semua yang kita lihat.

''Aku Cinta Kau Minah.'' bisikan itu bergema lagi di telinga Minah.

''Terima kasih, kerana Minah sudi melahirkan anak-anak abang.'' Minah mengukirkan senyuman. Siapa kata perempuan yang bertubuh gempal seperti dia tak mampu mengecap bahagia?

''Minah pun cintakan abang. In Sya Allah hingga akhir nafas Minah. Terima kasih juga untuk abang kerana cintakan Minah, dan abang izinkan Minah bawa anak-anak abang dalam rahim Minah ni.'' selesai saja Minah meluahkan perasaannya Hairy terus tersenyum nakal.

''Auw don’t mention it, cause itu part of my responsibility what?’’ Seloroh Hairy membuatkan mata Minah bundar. Geram hatinya dengan lawak suaminya yang ada kala punya maksud tersirat itu.

Begitulah kisah antara uda dan dara ini yang dipertemukan dengan cara yang uni, perbezaan diketepikan kerana rasa cinta, rasa hormat serta menerima segala kekurangan pasangan mengatasi segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience