BAB 12

Romance Completed 9100

Selepas keluar dari bilik meeting, laju Hairy mengorak langkah ke bilik pejabatnya. Masuk saja ke bilik, Hairy dah bercekak pinggang. Degil betul. Ke manalah pula Minah ni pergi? Hairy terus keluar dari biliknya dan pantri dituju. Hanya ada seorang pekerja di situ.

''Encik Harris cari perempuan yang datang dengan encik Harris tadi ke?'' Hairy ditegur oleh pekerjanya. Hairy mengangguk.

''Rasanya tadi dia pergi toilet, lepas tu dia tolong mak cik cleaner cuci toilet sekali.'' pekerjanya memberitahu sambil tergelak kecil. Hairy terus berubah wajah. Kesabarannya diuji lagi. Nak tunjuk sangat kau rajin Minah? Tunggulah..balik rumah nanti aku bagi kau kerja. Hairy berdialog dalam hati. Geram sangat!

Hairy yang berada di depan toilet perempuan tak berani menjengah masuk. Tak pasal-pasal nanti dicop lelaki miang yang nak ambil kesempatan. Lima minit dia tunggu depan tu kelibat Minah tak muncul-muncul juga. Hairy buat keputusan untuk meminta tolong pekerjanya mencari Minah.

''Ida..awak tolong saya cari, err..tu...'' Hairy kehilangan kata. Nak cakap apa ya?

''Cari Minah ka encik Harris?''

''Mana awak tahu nama dia?'' Hairy menyoal Ida. Entah apa Minah ni dah cerita.

''Tadi dah berkenalan.'' Ida serba salah melihat wajah Hairy yang dah cemberut. Berkerut sakan. Entah apa yang dia sedang fikir.

''Dahlah, suruh dia masuk bilik saya. Cepat sikit!'' Hairy mengesa. Dalam bilik mesyuarat tadi dia langsung tak dapat menumpukan perhatian. Asyik ingat Minah saja. Minah buat apa? Paling dia takut, kalau Minah selongkar meja dia dan jumpa gambar dia bersama Kathy. Kalut, tentu Minah akan fikir yang bukan-bukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience