Chapter 8-Rancangan

Romance Series 5168

ARAYAN Wafiy keluar dari syarikat FREETREE SDN.BHD. dengan penuh bergaya.Cermin mata hitam gelapnya segera dipakai.Zul Helmi pula sudah bersedia untuk melindungi tuannya daripada didekati oleh sesiapa.

"Tan Sri Ian.Adakah benar Tan Sri ingin bekerjasama dengan syarikat FREETREE SDN.BHD.?"soal salah seorang daripada wartawan muda itu.Ramai wartawan-wartawan dan pihak media menyerbu ke arah Arayan Wafiy.

Arayan Wafiy hanya tersenyum sebelum membuka kata."Ya,betul"jawab Arayan Wafiy,jujur.

"Kenapa Tan Sri nak bekerjasama dengan syarikat FREETREE SDN.BHD.?"soal wartawan yang lain pula.

"Saya bekerjasama dengan syarikat ini untuk memberi peluang kepada syarikat yang belum dinaik tarafkan.Jadi,saya sebagai manusia juga kenalah berlaku adil dan memberikan peluang kepada syarikat yang layak dan boleh memberi kerjasama yang baik"jawab Arayan Wafiy dengan yakin.

"Jadi,adakah Tan Sri ingin mengalahkan Dato Fakri?"soal wartawan yang lain pula.

Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil setelah mendengar soalan dari wartawan itu."Nak kalahkan Dato Fakri?Tak adalah.Saya memang ikhlas nak berikan peluang untuk syarikat lain.Bukan semata-mata untuk menunjuk"jawab Arayan Wafiy dalam masa yang sama dia memerli Dato Fakri.Dia pasti,Dato Fakri pasti sedang menonton berita ini.

"Maksud Tan Sri?Adakah Dato Fakri melakukan semua ni hanya semata-mata untuk menunjuk?Boleh Tan Sri jelaskan?"soal wartawan dari majalah TV pula.

Arayan Wafiy tersenyum senget sebelum menjawab soalan itu.Ini kali pertama,dia menerima untuk ditemubual.Selalunya,dia pasti akan menolak dan menyuruh Zul Helmi menghalang wartawan-wartawan daripada menyoalnya dengan berbagai soalan.

"Saya tak bermaksud macam tu.Kita tak boleh nak tuduh orang tanpa bukti,kan?Jadi,saya harap kepada semua orang.Jangan main tipu walau apa-apa keadaan sekalipun"ujar Arayan Wafiy sebelum dia masuk ke dalam perut kereta tanpa meminta diri.

Wartawan-wartawan itu terus mengejar langkah Arayan Wafiy,mereka masih tidak puas mahu menyoal Arayan Wafiy.Masih banyak soalan yang belum ada jawapannya.

"Tan Sri! Satu soalan lagi.Apa hubungan Tan Sri dengan Dato Fakri?Tan Sri!"soal kesemua wartawan-wartawan itu.Mereka masih berusaha walaupun Arayan Wafiy selamat masuk ke dalam perut kereta.

Arayan Wafiy langsung tidak menghiraukan soalan itu.Sebaliknya,dia mengarahkan Zul Helmi memandu kereta itu,ingin meninggalkan tempat itu sebelum ramai lagi wartawan yang akan datang ke sini.

Kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan tempat itu.Arayan Wafiy hanya memandang jauh di luar.Fikirannya menjadi kosong ketika ini.Wajah ayahnya dan wajah Kasih Arissa saling bersilih ganti didalam fikirannya.

Zul Helmi hanya memerhati Arayan Wafiy dengan menggunakan cermin pandang belakang.Dia perasan Arayan Wafiy hanya termenung jauh sambil memandang jauh di luar.Dia tak pasti apa yang difikirkan olehnya.Harap-harap,tak adalah perkara yang serius sehingga boleh menyebabkan kesihatan tuannya tidak dijaga.

BUK!

Berdetum meja itu sehingga bergegar cawan yang berisi kopi itu.Airis selaku pembantu peribadi Dato Fakri hanya beriak biasa.Dia sudah terbiasa dengan baran Dato Fakri itu.

"Berani dia perli aku!Dia ingat,dia tu siapa!Hah?!!"marah Dato Fakri.Baru tadi dia menonton berita,niatnya mahu tahu perkembangan Arayan Wafiy tetapi tidak disangka pula namanya turut disebut oleh musuhnya sendiri.

Airis hanya mendiamkan diri sambil memerhati gelagat Dato Fakri yang sedang dalam keadaan marah itu.

"Dato"panggil Johan Naim yang baru tiba disitu.

Dato Fakri hanya mengerling memandang wajah Johan Naim.Dia cuba ingin mengawal amarahnya terhadap musuh mudanya itu.

"Dato kena tengok ni"kata Johan Naim sambil menghulurkan iPad bersaiz lebih besar daripada tapak tangannya itu.Airis hanya memerhati wajah Johan Naim dengan penuh tanda tanya.Dia juga ingin tahu apa yang ditunjukkan oleh Johan Naim itu.

Dato Fakri hanya menyambut huluran itu.Dia ralit membaca isi kandungan berita dari sumber majalah di media sosial.Dia mengetam gigi lalu menghentak iPad itu di atas meja dengan kuat.Nasib baik iPad mahal itu tidak hancur dikerjakan olehnya.

Airis pantas mengambil iPad tersebut setelah melihat marah Dato Fakri kembali menerjah.Dia juga turut membaca artikel yang membuatkan Dato Fakri kembali marah.

Airis hanya terlopong sambil memandang wajah Johan Naim dengan penuh tanda tanya.Johan Naim hanya mengangguk seolah-olah faham dengan pandangan Airis.

Airis terus memerhati gelagat Dato Fakri semula.Dia tak tahu cara mahu memujuk hati orang tua itu."Dato"panggil Airis.

Dato Fakri hanya mengerling memandang wajah pembantu peribadinya itu."Dato nak saya padamkan artikel ni ke?"soal Airis.Dia sudah lali dengan tugasnya yang satu itu.

"Tak.Tak payah.Artikel tu dah tersebar.Kita tak boleh buat apa-apa dengan artikel tu"jawab Dato Fakri.

"Jadi,Dato nak saya buat apa?"soal Airis.

Dato Fakri hanya mendiamkan diri sambil tersenyum penuh makna.Matanya asyik memandang jauh di taman kecil berdekatan dengan biliknya itu.Nampak jelas taman itu walaupun dilindungi dengan dinding kaca.

"Kita tunggu dan lihat, siapa yang lebih berkuasa"jawab Dato Fakri dengan penuh maksud tersirat.Hilang terus marahnya.

Airis dan Johan Naim hanya berpandangan sesama sendiri.Tertanya apa yang sedang dirancang oleh tuan mereka ini.

Dalam suasana hening itu,Dato Fakri hanya ketawa dengan kuat.Seolah-olah,ada perkara yang lucu sedang mengeletek hatinya.

ARAYAN Wafiy hanya memerhati wajah ayahnya.Dia tertanya mengapa ayahnya nak sangat berjumpanya sekarang.Sedangkan tengah hari nanti,mereka berdua akan meluangkan masa sekejap lagi.

"Apa yang Ian dah buat ni?"soal Tan Sri Amzah sambil memerhati wajah kacak anaknya itu.Wajah anaknya jelas mengikut wajahnya.Ketika dia masih muda beginilah rupanya, seolah-olah dia sedang memandang wajahnya sendiri pada ketika ini.

"Apa maksud papa?"soal Arayan Wafiy.Dia langsung tidak faham maksud disebalik kata-kata ayahnya itu.

"Papa rasa,Ian faham maksud papa"jawab Tan Sri Amzah.Dia pasti Arayan Wafiy faham maksudnya,Arayan Wafiy bukan tak bijak tetapi anaknya lebih daripada itu.Jadi,sudah tentu Arayan Wafiy faham dengan kata-katanya.

"Maksud papa...pasal artikel tu?"soal Arayan Wafiy.

Bingo!

Tan Sri Amzah sudah tahu bahawa Arayan Wafiy faham akan maksudnya tadi.Cuma Arayan Wafiy berpura-pura tidak faham.

"Apa semua ni,Ian?Kamu sedar tak,kamu bercakap pasal siapa sekarang ni?"soal Tan Sri Amzah.

"Ian sedar dan Ian masih waras masa temubual tadi,papa"jawab Arayan Wafiy dengan tegas.

"Habis tu,kamu tahu tak siapa sebenarnya Dato Fakri tu?"soal Tan Sri Amzah lagi.

"Ian tahu,pa dan itu memang kehendak Ian sendiri"jawab Arayan Wafiy.

"Maksud kamu?"

Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil dengan penuh makna.

Tan Sri Amzah berasa risau melihat senyuman anaknya itu.Dia hanya memerhati wajah Arayan Wafiy sehingga anaknya itu membuka mulut untuk menjawab persoalannya.

"Hutang lama perlu dibayar,papa"jawab Arayan Wafiy dengan tegas.

Tan Sri Amzah melopong mendengar kata-kata anaknya.Hutang lama?Adakah anaknya sudah tahu kejadian 20 tahun yang lalu?

"Jangan cakap yang kamu..."kata-kata Tan Sri Amzah tidak dapat dihabiskan apabila wajah Arayan Wafiy mula berubah marah.

"Ian.Jangan buat kerja bodoh ni"larang Tan Sri Amzah.Dia tak mahu anaknya turut terlibat dalam kejadian 20 tahun yang lepas.Memang ketika itu,Arayan Wafiy ada semasa kejadian 20 tahun yang lepas tetapi dia tidak sangka pula bahawa Arayan Wafiy nampak bagaimana Tengku Anas meninggal dunia.

Sebelum dia masuk ke dalam rumah itu,dia mengarahkan isteri dan anaknya untuk menunggunya di luar bersama-sama dengan pengawal keselamatannya.Tetapi,bagaimana pula Arayan Wafiy boleh menyaksikan semua itu ketika dia baru berusia 5 tahun?

"Tak papa!Apa yang Ian dah mulakan takkan berpatah balik lagi.'Hutang' lama tu,dia kena bayar jugak!"kata Arayan Wafiy dengan tegas.

"Ian, kamu masih ingat tak apa yang jadi pada Uncle Anas, pada mama kamu!"balas Tan Sri Amzah mengingatkan tentang isterinya juga.

Arayan Wafiy hanya menekup telinganya dengan kuat.Dia menjadi lemah apabila mengingatkan tentang mamanya itu.

"Sebab itulah,Ian nak dia terima balasan yang secukupnya! Dia perlu terima akibat selepas apa yang dia dah buat pada keluarga kita,pada keluarga Uncle Anas!"marah Arayan Wafiy,nada suaranya semakin tinggi sehingga Zul Helmi boleh mendengar dari luar bilik itu.

"Ya,papa tahu.Tapi,kamu kena tahu yang Dato Fakri tu sangat bijak dalam menipu orang.Dia boleh je tutup 'mata' orang tentang perkara jahat yang dia dah buat tu"

"Papa.Percayalah pada Ian.Ian janji,Ian akan buat Dato Fakri melutut dekat depan mata kita"janji Arayan Wafiy sambil memegang kedua-dua bahu ayahnya.

Tan Sri Amzah hanya mengeluh lemah.Sememangnya itulah yang dia mahukan selama 20 tahun ini.Tetapi,dia juga risaukan keselamatan anak lelakinya ini.Dato Fakri itu sangat dikenali ramai sehingga ramai yang menghormatinya seperti orang yang sangat tinggi pangkatnya.

"Kamu janji pada papa,jangan terburu-buru kalau nak jatuhkan Dato Fakri tu"pesan Tan Sri Amzah.

Arayan Wafiy hanya mengangguk tanda faham."Ian janji,pa"janji Arayan Wafiy.

Tan Sri Amzah hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah Arayan Wafiy yang sudah meningkat dewasa itu.Dia doakan semoga Allah S.W.T melindungi anaknya walau dimana anaknya berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience