20 TAHUN SEBELUM...
TENGKU Anas ralit memerhati suasana di taman kecil miliknya.Hatinya sangat runsing memikirkan keselamatan anak perempuan kesayangannya.Dalam diam,dia mengeluh lemah.
"Apa yang kau mengeluh tu?"soal Tan Sri Amzah yang baru tiba di taman mini itu.
"Aku cuma terfikirkan keselamatan anak perempuan aku,Arissa"jawab Tengku Anas,jujur.Dia sangat mengenali sahabatnya,Tan Sri Amzah tidak pernah mengkhianatinya apatah lagi menghancurkan masa depannya.Malah Tan Sri Amzahlah yang memberikan semangat kepadanya untuk terus berjuang demi keluarganya dan atas jasa baik Tan Sri Amzah,dia sudah berjaya berjuang demi keluarganya sehingga kini.
"Keselamatan anak kau?Kenapa?Arissa pernah kena ugut ke?"soal Tan Sri Amzah.Maklumlah,mereka berdua merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya diseluruh negara.Sudah pasti,ramai yang tahu bahawa mereka merupakan orang yang kaya-raya.
"Tak.Tapi,aku takut kalau aku dah tak ada nanti...siapa nak jaga keselamatan anak aku,nanti?"jawab Tengku Anas dengan nada perlahan.
"Anas!Apa kau merepek ni?Arissa tu masih kecil lagi.Jangalah kau fikir yang bukan-bukan"marah Tan Sri Amzah.Dia tak suka apa yang diperkatakan oleh Tengku Anas tadi.
Tengku Anas hanya tersenyum.Ya,dia tahu.Tapi,ajal atau maut kita tak tahu bila ia akan berlaku.
"Tapi,Am.Ajal,jodoh..."belum sempat Tengku Anas ingin menghabiskan kata-katanya,Tan Sri Amzah pantas memotong.
"Ya,aku tahu.Ajal,jodoh,rezeki semua dari ketentuan Allah.Tapi,kau kena ingat, tak baik cakap benda yang kita tak tahu dan tak pasti bila ia akan berlaku"pantas Tan Sri Amzah menyambung.
Tengku Anas hanya tersenyum kecil.Benar juga kata Tan Sri Amzah tadi.Sedikit sebanyak, perasaannya mula bertukar sayu.
Tan Sri Amzah yang menyedari perasaan Tengku Anas bertukar sayu itu,dengan pantas dia menempuk bahu sahabatnya untuk mengalirkan semangat kepada diri Tengku Anas.
"Janganlah kau risau.Aku janji, kita akan sama-sama jaga keluarga kita.Kau pun aku dah anggap macam adik sendiri.Janganlah kau risau sangat"pujuk Tan Sri Amzah.
Tengku Anas hanya tersenyum kecil sambil mengangguk.Dia sanggup lakukan apa sahaja demi keluarganya.
"Papa,uncle!Mama dengan auntie panggil makan!"kata Arayan Wafiy yang baru berusia 5 tahun sambil tersengih menampakkan giginya yang putih bersih itu.
Tan Sri Amzah tersenyum melihat anak lelakinya yang comel dan bijak itu."Ya,sayang.Nanti,papa dengan uncle ke sana"kata Tan Sri Amzah sambil mengusap lembut rambut anaknya.
Tengku Anas tersenyum melihat anak sahabatnya.Dia mula menghampiri anak lelaki itu.
"Arayan... boleh tolong uncle?"soal Tengku Anas,tiba-tiba.
Tan Sri Amzah hanya mendiamkan diri.Ingin memberi ruang kepada Tengku Anas berbual dengan anaknya.
"Tolong apa,uncle?"soal Arayan Wafiy yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa itu.
"Ian boleh jaga Arissa untuk uncle tak?"soal Tengku Anas,penuh berharap.
"Anas!Kenapa kau cakap macam tu?"Tan Sri Amzah mula menyampuk.Bukan dia tak suka permintaan itu dibuat untuk anaknya tapi dia tak suka dengan kata-kata Tengku Anas seperti sudah berputus asa untuk hidup lagi.
Tetapi,Tengku Anas tidak peduli dengan kata-kata Tan Sri Amzah tadi.Matanya masih memandang anak mata Arayan Wafiy.Seolah-olah mengharapkan sesuatu terhadap anak kecil itu.
Arayan Wafiy hanya mengangguk perlahan.Tiada senyuman yang terukir dibibirnya.Mungkin kurang faham apa yang dikatakan oleh Tengku Anas tadi.
"Janji,ya?Jaga Arissa seperti Ian jaga keluarga Ian,ya nak?"pinta Tengku Anas lagi.
"Kenapa uncle cakap macam ni? Uncle nak pergi mana?"soal Arayan Wafiy dengan matanya yang terkebil-kebil menunggu jawapan.
Tengku Anas tersenyum sambil mengusap lembut rambut Arayan Wafiy yang bijak itu.
"Uncle tak pergi ke mana-mana,sayang.Uncle cuma minta tolong Ian untuk jaga Arissa.Bolehkan,Ian? Jaga Arissa seperti Ian jaga keluarga Ian sendiri"pinta Tengku Anas dengan penuh berharap.
"Okey,uncle! Ian janji!" senyuman Arayan Wafiy mula kelihatan.Mungkin dia sudah faham apa yang dikatakan oleh Tengku Anas tadi.Apatah lagi melibatkan keluarganya.
Tengku Anas hanya mengangguk sambil tersenyum.Dia mengerling memandang wajah sahabatnya yang berdiri di sebelah dengan pandangan yang penuh kekeliruan dan tanda tanya...
Share this novel