SUASANA di Lapangan Terbang,Kuala Lumpur agak lenggang dengan manusia-manusia disitu.Walaupun, bunyi keriuhan yang cukup membingitkan telinga tetapi tidak mampu menghapuskan rasa rindunya terhadap negara sendiri.
Perlahan-lahan,kakinya melangkah menuju ke pintu utama KLIA itu.Dari jauh,dia sudah nampak ibu dan ayahnya sudah menunggu diluar dengan segaris senyuman gembira.Datin Sofea berjalan perlahan sambil mendepakan tangannya,ingin memeluk tubuh sasa Daniel.
Daniel laju sahaja memeluk tubuh tua,mamanya.Rasa rindunya makin menggebu selepas melihat wajah berseri-seri milik Datin Sofea.
"Mama sihat?"soal Daniel sambil tersenyum.Datin Sofea mengangguk sambil mengucup lembut wajah kacak anaknya.
"Sudahlah tu,Fea.Bagilah saya pula yang peluk anak kita"sampuk Dato Mustahpha dengan nada bergurau.Daniel hanya tersenyum lucu mendengar kata-kata papanya tadi.
Datin Sofea hanya menjeling manja ke arah suaminya."Sekejaplah,bang.Saya tak puas nak tengok anak saya ni.Rasa macam mimpi pulak"
Daniel hanya tersenyum mendengar kata-kata mamanya.Dia faham apa yang mama katakan.Sudah 5 tahun dia berada di luar negara atas urusan kerja.
"Mama.Mama tak mimpi.Ini betul-betul.Daniel dah balik"ujar Daniel sambil mencium lembut pipi mamanya.Datin Sofea hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Mama rindukan Daniel.Kenapa lama sangat balik?Ingatkan kamu nak tukar warganegara dekat sana tu"perli Datin Sofea sambil menampar lembut bahu anaknya.
"Mana adalah,ma.Daniel tak terniat pun nak buat macam tu.Daniel sayang negara Daniel sebab dekat sini ada buah hati Daniel"kata Daniel sambil tersenyum.
"Amboi!Siapa buah hati Daniel tu?Mama pun nak kenal juga"kata Datin Sofea, ceria.
"No. That's not what Daniel meant,ma"ujar Daniel."Habis tu?Apa maksud Daniel?"soal Datin Sofea.
"Buah hati Daniel adalah mama Daniel,Datin Sofea binti Ismail"jawab Daniel sambil tersenyum.
Dato Mustahpha dan Datin Sofea hanya tersenyum mendengar kata-kata anak lelaki mereka.
"Amboi sejak bila pandai bermulut manis ni?"soal Datin Sofea.Daniel mengerling ke arah papanya dengan senyuman nakal.
"Papa yang ajar,ma"jawab Daniel sambil tersenyum lucu."Eh...papa pulak.Papa tak tahu apa-apa"nafi Dato Mustahpha.
"Abang jangan nak mengatal,ye?Saya cekik abang kalau abang bermulut manis dengan perempuan lain"gurau Datin Sofea berpura-pura marah.
"Ishh...tak adalah.Saya ni hanya sayang seorang je,Sofea oiii.Tak ada orang lain selain awak"
"Yelah tu"
Daniel hanya tersenyum mendengar marah-marah manja papa dan mamanya.Masih adakah kebahagiaannya seperti ini?Entahlah,dia sendiri pun tak tahu.Hatinya sudah tertutup dengan mana-mana perempuan selepas Wanie Afika lebih memilih Arayan Wafiy daripada dirinya.
"Jomlah kita balik.Kesian si Daniel.Mesti penat lepas naik flight tadi"kata Dato Mustahpha.
Datin Sofea hanya mengangguk sambil menarik tangan Daniel masuk ke dalam kereta.Bagasi milik Daniel diletakkan di dalam bonet kereta oleh
pemandu peribadi papanya.
****
"KAMU dah fikir masak-masak,Daniel?"soal Dato Mustahpha kepada anaknya.
"Dah,pa.Daniel dah fikir masak-masak.Daniel akan bekerjasama dengan syarikat Dato Fakri"jawab Daniel, serius.
Selepas habis makan tengahari bersama-sama,Dato Mustahpha dan Daniel mengambil keputusan untuk berbincang di dalam bilik bacaan milik Dato Mustahpha.
"Tapi,papa pelik kenapa kamu tiba-tiba je nak bekerjasama dengan Dato Fakri?Kamu ada sorok apa-apa rahsia daripada papa ke?"soal Dato Mustahpha seperti sudah dapat menangkap rancangan anaknya itu.
Daniel hanya tersenyum kecil bagi menutup rahsianya."Tak adalah,pa.Daniel cuma nak cari pengalaman dengan orang yang berbakat macam Dato Fakri tu"jawab Daniel,tenang.
Mendengar kata-kata Daniel,Dato Mustahpha hanya mengangguk faham.
"Yelah.Kamu rehatlah dulu.Lepas kamu dah bersedia,papa akan bagitau Dato Fakri untuk jumpa kamu"cadang Dato Mustahpha.
"Tak,pa.Daniel nak jumpa Dato Fakri esok"pinta Daniel,penuh berharap.
Dato Mustahpha sedikit terkejut mendengar permintaan anaknya itu, kemudian dia hanya mengangguk dengan perasaan yang penuh dengan tanda tanya.
****
DANIEL dan Dato Mustahpha sedang duduk di dalam bilik mesyuarat milik syarikat Dato Fakri.Daniel hanya diam dengan pandangan yang serius.
Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar.Kelihatan Dato Fakri dan pembantu peribadinya,Airis sedang menuju ke arah mereka dengan senyuman.
"Maaf lambat.Dah lama tunggu?"soal Dato Fakri, berbasi-basi.
"Tak adalah lama mana.Kau sibuk ke,Fakri?"ujar Dato Mustahpha dengan senyuman.
"Sibuk sikit aje"jawab Dato Fakri dengan senyuman.Kemudian,dia melabuhkan punggungnya bersama-sama dengan Daniel dan Dato Mustahpha.
"Fakri, ni aku kenalkan Daniel,anak aku.Daniel,ni Dato Fakri,kawan papa"Dato Mustahpha cuba memperkenalkan mereka berdua.
Daniel hanya mengangguk sambil tersenyum kecil."Selamat pagi,Dato Fakri"ucap Daniel, berpura-pura mesra.
Dato Fakri hanya mengangguk sambil tersenyum lebar."Selamat pagi,Daniel.Wah,tak sangka kau ada anak yang handsome macam Daniel ni,ye?"puji Dato Fakri,mesra.
Dato Mustahpha hanya ketawa kecil."Tengoklah siapa papanya"ucap Dato Mustahpha dengan nada bergurau.
Belum sempat,Dato Fakri ingin membuka mulut.Tiba-tiba,kedengaran bunyi telefon berbunyi.
"Maaf.Ada orang call"kata Dato Mustahpha dengan senyuman.Daniel hanya mendiamkan diri manakala Dato Fakri hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Hello, assmualaikum.Ada apa?"soal Dato Mustahpha,serius.
"Oh, ya! Okey,baiklah.Suruh Tan Sri tunggu sekejap,ye.Sekejap lagi,saya sampai"kata Dato Mustahpha.
"Okey,baiklah.Terima kasih.Assmualaikum"Kemudian,Dato Mustahpha terus menamatkan panggilan.
"Maaflah.Aku kena ke pejabat semula.Ada klien penting nak jumpa.Lain kalilah,kita berborak,ye"pamit Dato Mustahpha.
"Eh,tak apa.Aku boleh berborak dengan Daniel ni.Ada benda yang kami nak berbincang pasal kerjasama tu"kata Dato Fakri.
Dato Mustahpha hanya mengangguk sambil tersenyum."Kalau macam tu,aku pergi dulu.Daniel, berbincanglah apa-apa dengan Dato Fakri.Papa ada hal sekejap"ujar Dato Mustahpha.
Daniel hanya mengangguk."Okey,pa.Hati-hati"ucap Daniel, prihatin.
Dato Mustahpha hanya mengangguk sebelum dia beredar meninggalkan Daniel dan Dato Fakri di dalam bilik mesyuarat itu.
"Jadi,apa rancangan kau?"soal Daniel, serius selepas papanya hilang di sebalik pintu bilik itu.
"Kau dah bersedia nak hancurkan Tan Sri Ian? Sahabat kau sendiri?"soal Dato Fakri, berpura-pura prihatin.
Daniel hanya tersenyum sinis memandang wajah Dato Fakri."Dia tak pernah jadi sahabat aku.Jadi,aku tak kisah kalau dia hancur macam debu sekali pun"dengan tegas Daniel berkata.
Dato Fakri hanya mengangguk dengan senyuman lebar dibibir."Kita akan mulakan rancangan kita secara perlahan-lahan.Kita tak boleh gelojoh.Kau tahukan,Ian tu bijak macam kancil"ujar Dato Fakri dengan nada sinisnya terhadap Arayan Wafiy.
Daniel tersenyum sinis mendengar ayat hujung Dato Fakri."Kalau dia kancil yang bijak, aku akan jadi harimau yang ganas"sinis Daniel berkata.
Dato Fakri yang mendengarnya hanya mengangguk sambil ketawa jahat.Kini,dia sudah ada rakan subahat yang penuh dengan dendam.Dia pasti, rancangannya akan berjaya dengan adanya Daniel.Jaga kau,Tan Sri Arayan!desisnya dalam hati.
Maaf lama tak update ."( Semoga awak semua berhibur ketika membaca novel ni :) Selamat membaca! •‿•
Share this novel