Chapter 7-Siapa lelaki itu?

Romance Series 5168

KASIH Arissa termenung seketika sambil memikirkan kejadian tadi.Sedikit sebanyak,wajah lelaki itu mula muncul dalam fikirannya.Masih teringat lagi bertapa manisnya senyuman lelaki yang bernama Tan Sri Ian itu.Hanya kerana senyuman itu,hatinya terasa dekat dengan lelaki itu.

"Kenapa senyuman dia macam aku pernah tengok?"soal Kasih Arissa seorang diri.Kasih Arissa terus mengeleng kepalanya dengan laju setelah tersedar yang sudah terlalu jauh dia berfikir tentang lelaki itu.

"Arissa!"jerit Aliya sambil berlari anak.Nadanya jelas kelihatan cemas.

Kasih Arissa tersedar dari lamunan jauh setelah mendengar suara kuat milik sahabatnya.

Dari jauh dia sudah nampak kelibat Aliya sedang menuju ke arahnya.

"Kau tak apa-apa ke?"soal Aliya terus.Nadanya jelas kedengaran risau.

"Aku okey je.Kau ni,macam tak okey je"jawab Kasih Arissa pula.

"Aku okey je,cuma aku risau dekat kaulah"kata Aliya sambil melabuhkan punggungnya.

Kasih Arissa mengerut dahi tanda tidak faham."Risaukan aku?Kenapa pulak?"

"Aku dengar kau bergaduh dengan Encik Kamal tu"jawab Aliya.

"Oh...tak ada apalah.Aku okey"kata Kasih Arissa,dia sudah tidak mahu berfikir lagi tentang kejadian tadi.Tetapi,wajah lelaki itu sentiasa menerjah difikirannya.

"Okey kau cakap?Hei,aku dengar kau tu hampir-hampir je nak kena tampar dengan si buaya tu"marah Aliya.Hampir-hampir nak kena tampar,okey ke kalau macam tu?

Kasih Arissa mengeluh."Ya,aku okey.Malaslah nak cakap pasal hal ni lagi"kata Kasih Arissa untuk menutup tajuk perbualan ini.

Aliya hanya mendiamkan diri.Tak mahu berkata apa-apa lagi.Mungkin Kasih Arissa sudah tidak mahu ingat tentang kejadian tadi.

"Kau janji,eh.Jangan bagitahu nenek aku"pinta Kasih Arissa,dia tak nak neneknya tahu tentang kejadian tadi.

Aliya hanya mengeluh."Yelah.Aku janji"janji Aliya.

"Terima kasih, sahabatku"ucap Kasih Arissa, kembali ceria.

"Sama-sama, sahabat ku"balas Aliya.Mereka berbual kosong selepas itu disertakan dengan gelak tawa mereka yang kelihatan sangat bahagia itu.

Tanpa sedar,ada seseorang memerhatikan mereka dari jauh dengan pandangan yang turut rasa bahagia.Arayan Wafiy tersenyum melihat Kasih Arissa ketawa seperti itu.Sudah lama dia menantikan saat ini.Pasti ayahnya gembira setelah mendengar berita ini darinya.

"Awak nampak bahagia,Arissa.Saya harap kebahagiaan awak tak akan hilang walaupun awak tahu siapa diri awak sebenarnya"kata Arayan Wafiy seorang diri.

"Tuan.Kita kena masuk sekarang.Sekejap lagi,Dato Hassan akan ke sana"maklum Zul Helmi.Tadi dia juga rasa pelik apabila Arayan Wafiy tiba-tiba sahaja meminta diri dari Encik Kamal dengan alasan ingin ke tandas.

Dia juga mengikuti langkah Arayan Wafiy dengan perasaan pelik sehingga dia ternampak Arayan Wafiy asyik memandang Kasih Arissa dari jauh.Selepas itu,dia langsung tidak jadi bertanya apa-apa.Barulah dia faham,Arayan Wafiy memberi alasan untuk ke tandas hanya kerana mahu melihat Kasih Arissa walaupun hanya dari jarak yang jauh.

Arayan Wafiy hanya mengangguk perlahan."Jom,kita pergi"kata Arayan Wafiy lambat-lambat.

Zul Helmi hanya mengangguk sebelum dia mengikuti langkah Arayan Wafiy dari belakang.

Apakah perasaan Arayan Wafiy terhadap Kasih Arissa?Adakah rancangan Arayan Wafiy akan berjaya?Dan bagaimana pula dengan perasaan Kasih Arissa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience