"BOS tak ada sesiapa dekat sini" kata orang suruhannya."Apa? Kau dah check semua tempat?"soal Dato Fakri.
"Dah,bos.Tapi,tak ada sesiapa"jawab lelaki itu lagi.
Dato Fakri menrengus dengan kasar.Dia pasti,anak perempuan Tengku Anas ada bersama mereka.
"Jangan apa-apakan anak aku"kata Tengku Anas dalam kesakitan.
Dato Fakri hanya tersenyum sinis.Hatinya rasa seronok melihat kesakitan yang dirasai oleh Tengku Anas.
"Mana kau sorok anak kau,hah?"soal Dato Fakri tanpa mempedulikan rayuan Tengku Anas.
"Jangan bunuh anak aku"kata Tengku Anas langsung tidak menyentuh soal dimana anaknya berada.
Dato Fakri menrengus dengan kasar.Geram soalannya tidak dijawab.
"Bos,kita kena pergi dari sini.Polis dalam perjalanan sekarang"maklum lelaki itu.
Dia baru saja mendapat panggilan dari kawannya bahawa kereta polis sedang menuju ke arah rumah Tengku Anas.
Dato Fakri menrengus kasar."Jom,kita pergi dari sini.Selamat tinggal,Anas.Bersemadilah kau dengan tenang.Lepas ni,kau akan jumpa anak kau tak lama lagi dekat 'sana' nanti"kata Dato Fakri tanpa rasa bersalah.
Dia beredar cepat-cepat bersama dengan orang suruhannya.Meninggalkan semua jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Tengku Anas hanya menahan kesakitan sambil memerhati kelibat Dato Fakri yang mula hilang dari pandangan matanya.
Matanya mula kelihatan kabur.Dia sudah tidak boleh bertahan lagi.Matanya mula sudah tidak mampu dibuka lagi.Dengan perlahan-lahan,Tengku Anas sudah tidak sedarkan diri.
TAN Sri Amzah tergamam melihat jasad-jasad yang sudah tidak bernyawa lagi di ruang tamu milik Tengku Anas itu.
Dia tercari-cari dimana kelibat Tengku Anas.Tetapi,hatinya hancur setelah melihat jasad Tengku Anas sudah terlantang diatas lantai.
Dengan langkah laju itu,dia menuju ke arah Tengku Anas.Air mata lelakinya jatuh jua.
Tan Sri Amzah memaku kepala Tengku Anas.Dia berharap Tengku Anas masih hidup lagi.
"Anas!Bangun Anas!Anas!"panggil Tan Sri Amzah sambil menampar lembut wajah Tengku Anas.
Perlahan-lahan,Tengku Anas membuka mata.Dia tersenyum kecil memandang wajah Tan Sri Amzah yang sudah dibanjiri air mata.
Tan Sri Amzah berasa sedikit lega melihat Tengku Anas sudah membuka mata.
"Anas apa dah jadi ni?Siapa yang berani buat macam ni?"soal Tan Sri Amzah.
"Am...aku rasa,aku tak mampu nak bertahan lagi"kata Tengku Anas dalam kesakitan dan tersekat-sekat menahan sakit.
"Apa maksud kau ni,Anas?"
"Tolong selamatkan anak aku.Tolong jaga dia untuk aku"pinta Tengku Anas.
"Arissa?Mana dia sekarang?"soal Tan Sri Amzah,hairan kerana dia langsung tidak nampak kelibat anak Tengku Anas.
"Aku dah serahkan pada orang gaji aku.Aku minta dia keluar dari rumah ni dengan anak aku.Tolong cari dan jaga dia,Am"pinta Tengku Anas.
Tan Sri Amzah hanya mengangguk perlahan."Aku janji.Aku janji,Anas.Aku akan cari dan jaga dia macam nyawa aku sendiri"balas Tan Sri Amzah.
Tengku Anas hanya tersenyum kecil lalu perlahan-lahan matanya mula kabur dan menjadi gelap.Pada hari itu,Tengku Anas sudah pergi meninggalkan Tan Sri Amzah buat selama-lamanya.
Tan Sri Amzah mula panik.Dia cuba mengoyangkan badan Tengku Anas supaya lelaki itu bangun semula.Tetapi,melihatkan Tengku Anas sudah tidak bangun lagi,jari telunjuk Tan Sri Amzah perlahan-lahan menuju ke lubang hidung Tengku Anas ingin memeriksa nafasnya.
Ketika itu,hati Tan Sri Amzah hancur seperti kaca.Tengku Anas sudah meninggalkannya dan juga anaknya Arissa.
"Anas!"jerit Tan Sri Amzah sehingga bergema di dalam rumah itu.
Pihak polis baru sahaja sampai dan terhenti apabila mata mereka tertancap pada jasad-jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Itulah kali terakhir Tan Sri Amzah dapat berjumpa dengan sahabatnya,Tengku Anas.Dia berasa kecewa kerana tidak dapat melindungi sahabatnya ini.
'Maafkan aku,Anas.Aku tak mampu melindungi kau tapi aku janji aku akan melindungi anak kau,Cassia Arissa.Aku janji,Anas' janji Tan Sri Amzah dalam diam sambil matanya melihat ambulans yang membawa jasad Tengku Anas ke hospital.
Dalam diam,Arayan Wafiy yang masih kecil itu sudah menyaksikan semuanya.Matanya jelas menahan tangis.Masih ingat lagi kejadian yang menimpa kawan ayahnya itu.
Dia juga turut berada ketika itu.Niatnya,dia mahu bermain dengan Cassia Arissa tetapi tidak sangka pula bahawa Cassia Arissa sudah hilang entah ke mana.
Dalam sedar,tangan kecil itu mengengam tangannya dengan erat.Seperti menahan marah.
"Ian janji akan tolong papa cari Cassia.Ian janji akan tunaikan permintaan uncle"kata Arayan Wafiy dengan perlahan.Dalam diam, tangan kecil itu juga menutup mulutnya menahan tangis.Tidak mahu ayahnya mendengar suara tangisannya.
'Uncle...Cassia...'bisik hati kecil Arayan Wafiy.
Apakah yang akan terjadi selepas ini?Adakah Tan Sri Amzah akan membalas dendam untuk sahabatnya?Atau adakah Arayan Wafiy akan tunaikan permintaan Tengku Anas?
Share this novel