KASIH Arissa mencampak begnya di atas meja.Punggungnya dihempas di kerusi dengan kasar.Kepalanya disebamkan ke atas meja.Kepalanya sengaja diketuk-ketuk di atas meja,kalau boleh dia mahu kejadian tadi hilang dari otaknya.Arhgg...memalukan!
"Tan Sri Arayan, kita nak makan dekat mana ni?"soal Kasih Arissa ingin memecahkan suasana sunyi diantara mereka."Awak ikut jelah saya"hanya itu yang dijawab oleh lelaki disebelahnya ini.Pandangan Arayan Wafiy masih menghadap di jalan raya.Langsung tidak menoleh memandang wajah Kasih Arissa disebelahnya.
Sesampai sahaja di restoran yang dipandu oleh Arayan Wafiy,dia dan Kasih Arissa pantas keluar dari perut kereta."Tan Sri Arayan"panggil Kasih Arissa serba-salah.Kepala Arayan Wafiy berpaling memandang Kasih Arissa di belakang.Dia menunggu kata-kata selanjutnya dari Kasih Arissa.
"Err... tempat ni saya tak biasa pergi"anak matanya berlari-lari memandang sekeliling.Tercekik air liurnya melihat suasana restoran yang kelihatan cantik dan mewah itu.Mesti harga makanan pun dah 'mewah' seperti suasana di restoran itu.Mendengar kata-kata Kasih Arissa,bibir Arayan Wafiy mengutum senyuman yang paling manis dan menawan.
Kasih Arissa yang memandang wajah Arayan Wafiy,terkaku melihat senyuman lelaki itu.Kacak! Itulah pertama kali, hati wanitanya memuji ciptaan Tuhan dihadapannya ini.Entah mengapa dia terus memandang wajah lelaki itu sehingga Arayan Wafiy terpaksa memetik jari dihadapan matanya.
"Awak okey?Dari tadi,awak asyik pandang saya aje"soal Arayan Wafiy setelah gadis itu kembali ke realiti semula.
Kepala Kasih Arissa menundukkan sedikit,menahan malu.Ya Allah! Kenapa kau pergi pandang dia?Kan dia dah tahu,kau pandang dia! sempat Kasih Arissa membebel.
"Err...ya!Saya okey je"tergagap-gagap,Kasih Arissa bersuara.
Arayan Wafiy tersenyum lucu melihat wajah merah milik Kasih Arissa."Ini restoran favourite saya.Saya selalu datang ke sini"cerita Arayan Wafiy.
Kelihatan Kasih Arissa mengangguk tanda faham.Matanya sengaja dipandang ke tempat lain.Takut Arayan Wafiy tahu dia sedang menahan malu sekarang ni.
"Jom, kita ke sana"ajak Arayan Wafiy sebelum dia berlalu menuju ke meja yang selalu dia gunakan ketika menjamu selera di restoran kegemarannya.Kasih Arissa hanya mengikut tanpa banyak soal.
"Awak nak makan apa?"soal Arayan Wafiy setelah mereka berjaya melabuhkan punggung di kerusi.Menu yang sememangnya disediakan di meja itu,dicapai.
"Apa-apa je.Saya tak kisah"jawab Kasih Arissa dengan debaran didada.Wahai jantung,boleh tak kau duduk diam?Macam mana aku nak menghadap Tan Sri Arayan kalau kau asyik berdegup kencang aje?bebel Kasih Arissa dalam hati.Jantungnya kian berdegup kencang seperti baru lepas maraton satu Taman Metropolitan.
Kening Arayan Wafiy sedikit terangkat."Betul ni?"
Kasih Arissa hanya mengangguk."Okey!Hmm...Saya nak order laksa Thai dua dan kerabu maggi dua jugak"kata Arayan Wafiy kepada pelayan yang baru tiba di meja mereka.
Kelihatan pelayan itu hanya mengangguk sambil menulis segala pesanan dari Arayan Wafiy."Air,Encik?"
"Awak nak air apa?"soal Arayan Wafiy kepada Kasih Arissa pula.
"Fresh orange"
Arayan Wafiy mengangguk sambil berpaling ke arah pelayan itu pula."Fresh orange satu dan saya nak air ice lemon tea"
Pelayan itu hanya mengangguk sambil tersenyum."Ada apa-apa lagi,encik?"
"Tak ada.Terima kasih"selepas mengambil pesanan pelayan itu terus ke belakang untuk menyediakan pesanan dari Arayan Wafiy tadi.
"Saya tak sangka restoran mewah ada menu macam tu"kata Kasih Arissa selepas agak lama mereka mendiamkan sementara menunggu pesanan mereka sampai.
Kening Arayan Wafiy berkedut sedikit."Menu macam tu? Maksud awak?"
"Saya ingat restoran mewah macam ni, hanya ada menu masakan barat.Tan Sri pun fahamkan maksud saya?"jawapan jujur dari Kasih Arissa menimbulkan rasa lucu Arayan Wafiy.Lelaki itu ketawa mendengar kata-kata Kasih Arissa.
"Ya,saya faham.Jadi,awak tak suka ke masakan barat?"soal Arayan Wafiy setelah tawanya reda.
"Saya tak berapa suka masakan barat"
Arayan Wafiy hanya mengangguk."Saya dah agak awak tak suka masakan barat.Sebab itulah,saya order laksa 'versi' Thailand.Kalau saya order spaghetti carbonara,mesti awak tak makan,kan?"kata-kata Arayan Wafiy tadi hanya di balas dengan anggukan daripada Kasih Arissa.
"Restoran ni sebenarnya ada sediakan bermacam-macam menu masakan.Semuanya berasal dari negara yang berbeza.Ada dari Thailand dan ada dari Sepanyol.Masakan dari Korea pun ada.Semuanya seratus peratus halal"jelas Arayan Wafiy.
Kasih Arissa hanya mengangguk tanda faham.Malu juga dia kerana tak tahu ada restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan dari pelbagai negara.
"Awak jangan risau.Saya tak akan bawa awak makan dekat tempat yang awak tak selesa"kata Arayan Wafiy sambil mengeyit sebelah matanya.
Kasih Arissa tersenyum malu memandang wajah Arayan Wafiy.Tiba-tiba sahaja hari ni dia berkelakuan seperti 'Perempuan Melayu Terakhir'.Arayan Wafiy macam tahu-tahu sahaja selera makan dia yang macam mana.
****
"ARISSA,saya tak masuk ofis hari ni.Dalam pukul 3:30 baru saya masuk.Awak masuklah dulu"kata Arayan Wafiy setelah mereka selamat sampai di hadapan pejabat.
Kasih Arissa mengangguk."Tan Sri nak pergi mana?"
"Kenapa?Awak risaukan saya ke?"soal Arayan Wafiy sambil tersenyum nakal.Sengaja mahu mengusik gadis itu.Kasih Arissa mengigit bawah bibirnya.Mulut ni pun,gatal sangat nak tanya dah kenapa?
"Tak adalah.Kalau orang pejabat tanya macam mana?"jawapan selamat berjaya diluahkan dari bibir Kasih Arissa.
"Jangan risau.Saya dah maklumkan pada Kak Aisyah"balas Arayan Wafiy sambil tersenyum manis.
"Okey.Kalau macam tu saya keluar dulu.Hati-hati memandu, Tan Sri Arayan"kata Kasih Arissa sebelum dia keluar dari perut kereta.Arayan Wafiy hanya mengangguk sambil mengeyit matanya.Kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan pekarangan pejabat itu.
****
"EEE...malunya!Macam mana aku nak hadap Tan Sri Arayan nanti"kata Kasih Arissa lagi.Kepalaya masih disebam di atas meja.
"Woi!Kau ni dah kenapa?Macam kena kahwin paksa aje kau ni"tegur Aliya sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu.Kerusi di mejanya segera ditarik mendekati Kasih Arissa. Punggungnya dilabuhkan di kerusi empungnya.
"Aliya..."panggil Kasih Arissa panjang.Bibirnya dimuncungkan ke depan.Dahi Aliya berkerut seribu memandang wajah sedih Kasih Arissa.
"Kau dah kenapa ni?Ada masalah ke?"
"Aliya.Macam mana aku nak hadap Tan Sri Arayan nanti?"soalan Kasih Arissa membuatkan dahi Aliya bertambah berkerut.
"Kenapa?Apa yang Tan Sri Ian buat dekat kau ni?"soal Aliya,cemas pula melihat wajah Kasih Arissa ni.
Kepala Kasih Arissa pantas mengeleng."Bukan Tan Sri Arayan tapi aku!Aku dah memalukan diri sendiri"balas Kasih Arissa sebelum dia kembali menyebam wajah di atas meja.
"Hah?"mulut Aliya sedikit ternganga.Tak faham hujung cerita si Kasih Arissa ni.
Kasih Arissa mula membuka cerita dari A sampai ke Z.Aliya hanya mendengar cerita Kasih Arissa dengan khusyuk sekali.Dalam diam,dia cuba menahan ketawa mendengar cerita Kasih Arissa ini.
"Se...seriuslah?"tawa Aliya mula meletus.Kasih Arissa hanya buat muka seposen.Dia dah agak mesti Aliya akan ketawa punya.Dasar kawan!
"Ishh...aku tak main-mainlah!Macam mana aku nak hadap Tan Sri Arayan kalau macam ni?"tangan Kasih Arissa laju sahaja menampar lembut lengan Aliya."Haih...kau buat-buat biasa sudahlah.Lagipun,Tan Sri Ian itu bukan tahu pun kau malu nak jumpa dia"ujar Aliya.Benda senang pun buat macam benda susah.Apalah Kasih Arissa ni...
"Kau cakap senanglah.Kalau kantoi depan dia,malulah aku"
"Kau suka Tan Sri Ian ke?"soalan cepumas daripada Aliya membuatkan Kasih Arissa tergamam.Dia mendiamkan diri sambil cuba mentafsirkan kata-kata Aliya tadi.Aku suka dia ke?
"Arissa!Kau okey ke tak ni?Diam je"tangan Aliya menepuk lembut bahu sahabatnya.Kasih Arissa hanya mengeleng kepala."Tak.Aku okey je"
"Habis tu? Kenapa kau diam?Jadi...betullah kau dah jatuh hati dekat Tan Sri Ian?"usik Aliya sambil tersenyum nakal.
"Merepek aje!Mana adalah.Dahlah pergi dekat tempat kau balik!Aku nak sambung buat kerja"halau Kasih Arissa sambil berpura-pura menghadap skrin komputer yang sudah menyala itu.
"Untunglah dapat keluar lunch dengan bos yang handsome gila tu"usik Aliya lagi sebelum dia berlalu ke mejanya semula.Kasih Arissa hanya buat-buat tak dengar.Malas mahu melayan usikkan sahabatnya itu.
****
ARAYAN Wafiy meletakkan failnya di atas meja.Tangan kirinya diseluk ke dalam poket seluar.Matanya menghadap wajah Zul Helmi dihadapannya.
"Macam mana dengan Cik Cassia,Tuan?"soal Zul Helmi ingin tahu."Okey je.Setakat ni tak ada apa-apa masalah"jawab Arayan Wafiy sambil memandang pemandangan menara KLCC di kaca biliknya.
"Cik Cassia tak syak apa-apa ke dekat Tuan?"
"Aku rasa dia tak syak apa-apa lagi pasal aku.Sementara aku bekerja dekat syarikat tu,kau tolong tengok-tengokkan pejabat ni"ujar Arayan Wafiy sambil berpaling memandang Zul Helmi.
Zul Helmi mengangguk."Baik,tuan!"
Arayan Wafiy hanya mengangguk.Dia tersenyum kecil apabila memikirkan semula bagaimana dia dan Kasih Arissa berkenalan.
****
"TAN Sri Ian,saya kenalkan ini pekerja saya yang akan menguruskan tentang projek baru kami"ujar Dato Hassan sambil memperkenalkan pekerjannya semasa mereka semua berada di dalam bilik ofis baru Arayan Wafiy.
Arayan Wafiy memandang satu persatu wajah dihadapannya.Kemudian,matanya terhenti memandang wajah Kasih Arissa yang sedari tadi hanya tersenyum manis.
"Ini,Kasih Arissa.Seorang pekerja yang berkaliber dan sangat cekap dalam setiap kerjanya"kata Dato Hassan dalam masa yang sama, sempat memuji hasil kerja Kasih Arissa.
Kasih Arissa hanya menundukkan sedikit kepalanya dengan senyuman."Selamat berkenalan,Tan Sri Arayan!"ucap Kasih Arissa,ceria.
Dato Hassan dan Arayan Wafiy berpandangan sambil tersenyum manis."Selamat berkenalan.Saya harap awak semua boleh beri kerjasama semasa kita bekerja nanti"kata Arayan Wafiy dengan tegas.
"Baik,Tan Sri"ucap Kasih Arissa dan semua pekerja yang lain.Setelah,Dato Hassan memperkenalkan pekerjannya yang lain,mereka beredar dari situ meninggalkan bilik ofis Arayan Wafiy.
Arayan Wafiy melabuhkan punggungnya di kerusi sambil tangan laju mencapai fail di atas meja.Dia perlu menyemak semula perkembangan di syarikat itu.
Kasih Arissa masih berdiri tegak menghadap Arayan Wafiy.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Ada perkara yang perlu dia luahkan.
Menyedari ada seseorang sedang memandangnya, kepala Arayan Wafiy mendongak.Kelihatan Kasih Arissa berdiri menghadapnya dengan senyuman manis.
"Ada apa?Kenapa awak tak keluar lagi?"soal Arayan Wafiy tanpa secalit senyuman.
"Err... sebenarnya...saya nak ucapkan terima kasih sebab hari tu Tan Sri ada selamatkan saya daripada Encik Kamal"ucap Kasih Arissa terus.Memang itulah hajatnya semasa dia ingin menemui lelaki itu.
"Oh...pasal tu ke?Saya tolong awak dengan ikhlas.Kalau bukan awak pun,saya memang akan buat perkara yang sama.Dalam prinsip hidup saya,saya tak suka ada pekerja yang berkasar dengan pekerja yang lain.Awak fahamkan maksud saya?"ujar Arayan Wafiy yang kembali mengingati kejadian yang menimpa gadis itu.Dia memang betul-betul marah pada Encik Kamal yang cuba ingin berkasar dengan pekerja apatah lagi Kasih Arissa itu adalah orang penting dalam hidupnya.
Kasih Arissa mengangguk tanda faham."Saya faham Tan Sri Arayan"balas Kasih Arissa dengan senyuman.
"Awak asyik panggil saya Arayan aje.Kenapa tak panggil saya Ian je?"soal Arayan Wafiy ingin tahu.Sejak,mereka berkenalan,hanya Kasih Arissa memanggilnya dengan nama Arayan.
Mendengar soalan dari mulut Arayan Wafiy, membuatkan Kasih Arissa tersenyum manis."Sebab saya suka nama Arayan"
Dahi Arayan Wafiy bertambah berkerut."Kenapa awak suka dengan nama tu?"soal Arayan Wafiy lagi.
"Saya pun tak tahu.Tapi, bila saya panggil Tan Sri dengan nama Arayan,saya rasa dekat dengan seseorang yang saya kenal walaupun saya tak pasti siapa orang tu"jawab Kasih Arissa jujur.Sememangnya, itulah yang dia rasakan selama ni.Entah mengapa perasaan selamat dan tenang setiap kali dia menyebut nama itu.
Arayan Wafiy terkedu.Kasih Arissa sudah kenal diakah?"Awak rasa seseorang yang awak cakap tu penting ke dalam hidup awak?"soal Arayan Wafiy cuba mengorek rahsia hati Kasih Arissa.
"Saya rasa dia penting dalam hidup saya.Tapi,saya tak pasti siapa dan kenapa saya rasa macam tu.Kenapa Tan Sri tanya?"
"Tak.Tak ada apa.Saya cuma nak tahu"senyuman manis cuba diukirkan di bibirnya.Tersentuh juga mendengar penjelasan gadis dihadapannya ini.Dia tertanya-tanya,apakah perasaan Kasih Arissa jika,gadis itu tahu bahawa 'seseorang' yang penting dalam hidup gadis itu adalah dirinya?Marahkah Kasih Arissa kerana dia berpura-pura tidak mengenalinya?
Kasih Arissa hanya mengangguk sambil tersenyum."Saya keluar dulu,Tan Sri Arayan.Terima kasih sekali lagi pasal hari tu"ucap Kasih Arissa lalu keluar dari bilik Arayan Wafiy.
Arayan Wafiy hanya memandang kelibat Kasih Arissa dengan senyuman manis dibibir.
"Tuan!"panggil Zul Helmi yang melihat Arayan Wafiy masih mendiamkan diri.
Mendengar suara kuat Zul Helmi berjaya menyedarkan Arayan Wafiy daripada lamunannya.Dia membetulkan sedikit kotak suaranya sebelum bersuara."Apa kau cakap tadi?"soal Arayan Wafiy,cuba beriak serius.
"Tak ada apa.Cuma dari tadi tuan asyik termenung aje lepastu senyum.Tuan okey ke?"soal Zul Helmi.Dari tadi,dia memerhati gelagat Arayan Wafiy yang asyik termenung kemudian tersenyum.Tuan Ian sudah jatuh cintakah?
"Tak.Aku okey je.Kau pergilah uruskan apa yang patut.Aku kena pergi balik syarikat FREETREE tu.Kalau ada apa-apa,call aku"kata Arayan Wafiy sambil mencapai baju kotnya di kepala kerusi itu.
Zul Helmi hanya mengangguk."Baik, Tuan!"
Share this novel