Chapter 2-Janji

Romance Series 5168

20 TAHUN KEMUDIAN...

"TUAN Arayan,Ini dokumen yang tuan minta hari tu"kata Zul Helmi sambil menyerahkan dokumen kepada Arayan Wafiy.

Arayan Wafiy menyambut huluran itu."Terima kasih" ucap Arayan Wafiy dengan nada serius.Zul Helmi hanya menundukkan kepala tanda membalas.

"Tuan..."panggil Zul Helmi.

Arayan Wafiy hanya memandang sekilas wajah pembantunya lalu terus beralih ke dokumen yang baru diberikan oleh Zul Helmi tadi.

"Ada apa?"soal Arayan Wafiy,lambat-lambat.

"Macam mana dengan rancangan tuan?"soal Zul Helmi.Mengingatkan tentang perancangan yang direka oleh tuannya.

Arayan Wafiy hanya mengeluh lemah.Dia tak pasti bila,dia akan mulakan rancangannya itu.Segala maklumat yang diperlukan sudah ada padanya,kini.Tetapi,dia tak tahu mahu mula dari mana dahulu.

"Aku tak tahu lagi bila rancangan tu akan mula.Aku...rasa..."Arayan Wafiy tidak sampai hati ingin menghabiskan ayatnya.Berat untuk dia katakan tapi itulah apa yang dia rasakan ketika ini.

"Tuan rasa berat hati?"tebak Zul Helmi yang seperti faham maksud disebalik kata-kata dari Arayan Wafiy itu.Arayan Wafiy hanya mendiamkan diri.Mengangguk tidak, mengeleng pun tidak.

"Tuan..."panggil Zul Helmi lagi,setelah agak lama Arayan Wafiy mendiamkan diri.

"Pada pendapat saya,tuan perlu tunaikan janji tuan.Tuan tak cuba lagi,macam mana tuan nak tahu sama ada rancangan tuan tu berjaya ataupun tidak?"ujar Zul Helmi,ingin menyakinkan tuannya.

"Bagi aku,'janji' tu dah tak boleh digunakan lagi selepas apa yang jadi.Masa tu aku masih kecil,tak faham apa-apa.Tapi,selepas papa aku minta permintaan yang sama...ia membuatkan aku rasa...rasa serba salah"kata Arayan Wafiy.

Zul Helmi hanya mendiamkan diri.Dia masih berdiri menghadap tuannya yang penuh dengan kekusutan.

"Apa kata,tuan cuba dulu.Tuankan kacak,kaya,bijak dan berkebolehan.Mesti tuan dapat atasi masalah ni"cadang Zul Helmi.

Memang betul tuannya sangat kacak,kaya,bijak dan berkebolehan.Kalau tidak,tak adalah gelaran 'Tan Sri' dihadapan nama tuannya pada usia muda ini.

Arayan Wafiy hanya mengeluh lemah.Itu semua belum tentu mampu membuatkan rancangannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesalahan pun.

"Nantilah aku fikir.Aku tak nak janji apa-apa"ujar Arayan Wafiy dengan malas.

Zul Helmi hanya mengangguk sebelum dia beredar meninggalkan tuannya seorang diri di bilik pejabatnya.

Arayan Wafiy termenung seketika,hilang semua ideanya tadi.Otaknya asyik memikirkan tentang 'janji'nya pada 20 tahun yang lepas.

Tangan Arayan Wafiy pantas mencapai sampul surat bersaiz A4 didalam laci mejanya.Kemudian, dia mengeluarkan segala kandungan yang ada di dalam sampul itu.

Kelihatan ada beberapa surat penting dan terdapat juga gambar yang diambil oleh pekerja persendiriannya.

Pada gambar itu,Arayan Wafiy ralit memerhati dengan perasaan yang bercampur-baur.Di dalam gambar itu, kelihatan seorang gadis tersenyum riang bersama-sama dengan kawan-kawannya di hadapan bangunan tinggi, mungkin itu tempat dia bekerja.

"Kasih Arissa..." dengan perlahan,Arayan Wafiy menyebut nama gadis itu.Tangannya masih memegang gambar itu.Perlukah dia memulakan rancangannya demi 'janji' yang telah dia bina?

Janji?Adakah Arayan Wafiy berjaya menunaikan janji yang telah dia bina?Janji apa yang telah Arayan Wafiy bina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience