KASIH Arissa termenung sendirian di pantri di dalam pejabatnya.Fikirannya melayang memikirkan wajah lelaki yang sering kali muncul di dalam kotak memorinya.Sehingga dalam mimpi pun wajah lelaki itu muncul.
"Tan Sri Ian"tanpa sedar Kasih Arissa menyebut nama lelaki yang sering muncul di mana sahaja.Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal yang dibaluti tudung itu.Entah kenapalah hanya wajah lelaki itu sahaja yang selalu menganggu fikirannya.Dia sudah jatuh cintakah?
Kasih Arissa mengeleng kepala dengan laju.Tak!Tak mungkin dia akan jatuh cinta dengan lelaki tu dalam sekelip mata sahaja.Dia bukan gadis yang seperti itu.Tak!Dia tak jatuh cinta!
Kasih Arissa yang tenggelam dalam fikirannya,tersentak apabila bahunya ditepuk secara tiba-tiba.Hampir luruh jantungnya kerana terkejut.Perlahan-lahan dia mengusap dadanya dengan lembut.Matanya mengerling memandang wajah Aliya yang sudah melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Kasih Arissa.Aliya hanya menayangkan sengihan kepada Kasih Arissa.
"Kau ni,tak reti nak bagi salam ke?Nasib tak luruh jantung aku"jelingan tajam dihadiahkan buat sahabatnya yang sedari tadi hanya menayangkan sengihan seperti kerang busuk itu.
"Hello,Cik Kasih Arissa.Aku Nur Aliya dah bagi salam,tahu?Kau je yang tak menyahut.Asyik angguk,geleng sorang-sorang dah kenapa?"sudah agak lama juga dia berdiri seperti tugu negara di belakang Kasih Arissa setelah salamnya langsung tidak dibalas oleh sahabatnya itu.Dilihatnya,Kasih Arissa asyik mengeleng kepala seorang diri tanpa sebab.Sakit kepala ke si Arissa ni?
Mendengar kata-kata dari Aliya itu membuatkan Kasih Arissa termalu sendiri.Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau kenapa?Ada masalah ke?"soal Aliya setelah agak lama Kasih Arissa mendiamkan diri sambil tersengih dari tadi.
"Tak ada apa.Aku cuma rasa lega sikit"milo panas yang baru dibancuh dicapai lalu menghirup perlahan-lahan.
"Lega pasal apa pulak?"kening Aliya mula berkerut.
"Kes pasal aku dah selesai"bibir Kasih Arissa kembali mengukirkan senyuman.Dia pasti, Aliya akan faham maksud katanya tadi.
Aliya melopong kerana terkejut.Tangannya menarik kerusi mendekati Kasih Arissa."Apa jadi?Cuba cerita"mata Aliya mula bersinar-sinar ingin tahu.Seketika Kasih Arissa hanya memandang pelik melihat gelagat Aliya seperti kanak-kanak mahukan permainan baru.Kemudian,bibirnya terus mengutum senyuman.
"Encik Kamal ada minta maaf pada aku"Kasih Arissa mula ingin membuka cerita.
"Lepastu?"keningnya diangkat sedikit menunggu Kasih Arissa menghabiskan kata-katanya.
"Lepastu,aku maafkanlah dia.Lagipun,aku tak nak benda ni jadi kes lain pulak"sambung Kasih Arissa sambil menghirup lagi air milonya.
Aliya hanya mencebir mendengar cerita Kasih Arissa.Itu je?Mudah betul Kasih Arissa ni maafkan orang.Kalau aku jadi Kasih Arissa ni,dah lama penumbuk aku singgah dekat muka mamat yang perasaan handsome sangat tu.Sempat Aliya membebel.
"Kau ni baik sangat.Kalau aku jadi kau,dah lama aku tumbuk muka mamat tu.Dasar lelaki buaya"tangan Aliya membuat aksi ingin menumbuk seseorang dengan menekan tangan kiri yang digengam itu ke tapak tangannya kemudian dipusing-pusingnya seolah-olah sedang menumbuk cili untuk dibuat sambal belacan.
"Ekleh...Kau berani ke nak tumbuk muka Encik Kamal tu?"perli Kasih Arissa.Dia tahu, sahabatnya pasti tak berani untuk berbuat seperti itu.Mustahil sungguh!
"Aku kalau dah geram,tiang elektrik pun aku boleh lepaskan marah"
Kata-kata Aliya tadi membuatkan Kasih Arissa menghamburkan tawanya.Lucu mendengar loyar buruk sahabatnya.
"Kalau kau lepaskan marah kau dekat tiang elektrik,tak pasal-pasal ada orang hantar kau pergi hospital Tanjung Rambutan"tawa Kasih Arissa kembali bergema selepas dia menghabiskan kata-katanya.Aliya turut ketawa dengan lawaknya sendiri.
"Eh,tapi macam mana Encik Kamal tu terfikir nak minta maaf dengan kau?"suara Aliya kembali serius.
"Maksud kau?"kening Kasih Arissa terjongket sedikit.
"Yelah... setahu aku,Encik Kamal tu ego dia tinggi sikit walaupun dengan perempuan.Tak nak mengalah langsung walaupun dengan perempuan"jelas Aliya dengan wajah mencebir apabila menceritakan tentang lelaki itu.
"Aku pun tak tahu.Tapi,aku kena berterima kasih jugaklah dekat Tan Sri Ian"tanpa sedar,nama lelaki itu turut timbul dari bibirnya.
Dahi Aliya bertambah berkedut mendengar kata-kata Kasih Arissa."Tan Sri Ian?Kenapa kau nak berterima kasih dekat dia?Dia ada tolong kau ke?"soal Aliya, bertubi-tubi ingin tahu.Dia tak pernah tahu pun siapa Tan Sri Ian itu.
Mendengar soalan dari Aliya,Kasih Arissa hanya menggigit bibir sambil tersengih kecil.Panjang ceritanya jika ingin membuka kisah tentang lelaki muda yang dipanggil Tan Sri Ian itu.
"Err..lain kalilah aku cerita,eh?Aku nak kena siapkan kerja aku.Aku pergi dulu.Bye"kaki Kasih Arissa laju sahaja meninggalkan Aliya yang terpinga-pinga ingin mendengar cerita darinya.Jeritan Aliya memanggilnya langsung dia tidak peduli.Lain kalilah dia akan cerita tetapi bukan sekarang.Dia pun tak tahu apa motif Tan Sri Ian menolongnya sehingga begitu sekali.
****
KASIH Arissa yang sedang khusyuk menghadap skrin komputer,mendongak setelah mendengar bunyi yang agak kecoh itu.Dengan pantas,dia bangun dari kerusi pejabatnya termasuk semua pekerja di situ setelah melihat kelibat Dato Hassan berdiri tegak di hadapan pintu pejabat miliknya.Otaknya tertanya-tanya mengapa Dato Hassan tidak terus masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Selamat pagi,Dato"ucap kesemua pekerjannya. Dato Hassan mengukir senyuman buat kesemua pekerjannya."Selamat pagi,semua.Hari ni,saya ada pengumuman mengejut untuk kamu semua"ujar Dato Hassan membuka cerita.
Kasih Arissa mendiamkan diri, menunggu kata-kata selanjutnya dari Dato Hassan.Suasana di pejabat itu menjadi sunyi sepi sambil memandang penuh tanda tanya ke arah majikan mereka.
"Hari ni, pejabat kita akan ada seorang orang yang istimewa yang akan memantau untuk setiap kerja kamu"jelas Dato Hassan satu persatu."Maksudnya, seseorang yang istimewa ni akan menjadi pengarah di syarikat ini buat sementara waktu"sambung Dato Hassan apabila pekerjannya hanya mendiamkan diri.
"Jadi...ada apa-apa masalah kepada kamu semua?"soal Dato Hassan kepada kesemua pekerjannya.
"Tak ada,Dato" Semua sudah tahu tentang jawatan kosong sebagai pengurus itu tetapi tak tahu pula bahawa Dato Hassan sudah menjumpai orang yang sesuai dengan jawatan itu.
"Kalau tak ada apa-apa.Mari saya kenalkan,Pengarah baru di syarikat ini.Tan Sri Arayan Wafiy atau lebih dikenali Tan Sri Ian"kepala Dato Hassan berpaling ke arah Arayan Wafiy yang baru muncul di hadapan pintu pejabat.Semua mata tertancap pada wajah kacak milik Arayan Wafiy.
Kasih Arissa terbutang mata memandang wajah kacak milik Arayan Wafiy.Dia tak sangka lelaki itu akan menjadi pengarah sementara waktu di pejabat tempat dia bekerja!Alamak!
Lagi satu!Nama penuh lelaki itu adalah Arayan Wafiy! Mendengar nama itu entah mengapa jantung Kasih Arissa berdegup laju seperti berlari maraton sahaja.Terasa dekat dan damai.Pelik!
"Selamat pagi,semua.Saya Arayan Wafiy,awak semua boleh panggil saya Ian"mata Arayan Wafiy memandang satu persatu wajah dihadapannya.Tiada langsung senyuman dibibirnya."Selamat pagi,Tan Sri Ian"bergema di pejabat itu dengan suara dari pekerja disitu.
"Mari,Tan Sri.Saya tunjukkan biliknya"ajak Dato Hassan dengan senyuman di bibir tuanya.Kepala Arayan Wafiy mengangguk sebelum dia turut mengikuti langkah Dato Hassan.
Kasih Arissa memerhati dengan perasaan yang bercampur-baur.Gembira?Suka? Bahagia? Takut?Dia sendiri pun tak pasti.
****
ARAYAN Wafiy yang baru ingin makan tengahari, terhenti melangkah apabila ternampak kelibat Kasih Arissa masih menghadap skrin komputer.Tak keluar makan tengahari ke,Arissa ni? Sempat Arayan Wafiy bertanya dalam hati.
Perlahan-lahan,dia melangkah menuju di hadapan meja Kasih Arissa."Tan Sri Arayan"kaki Kasih Arissa terus berdiri tegak memandang wajah Arayan Wafiy dihadapan.Terkejut juga melihat Arayan Wafiy berdiri di hadapan mejanya.
"Awak tak keluar lunch ke?Dah pukul berapa ni?"soal Arayan Wafiy sambil mengerling memandang jam ditangannya.Mata Kasih Arissa turut memandang jam ditangannya, tangannya menggaru di belakang telinga sambil tersengih kecil.Dia tak perasan sekarang sudah pukul 2:30 tengahari.Patutlah perutnya asyik berbunyi minta diisi.
"Sekejap lagilah,saya lunch.Kerja saya banyak lagi nak kena siap"jawapan Kasih Arissa membuatkan Arayan Wafiy memandang wajah Kasih Arissa dengan tajam.Kasih Arissa hanya terkaku melihat wajah beku Arayan Wafiy.Eh,kenapa ni? bisiknya dalam hati.
"Jom ikut saya"ajak Arayan Wafiy selepas agak lama dia mendiamkan diri.Mendengar arahan dari Arayan Wafiy membuatkan dahi Kasih Arissa berkedut seribu.
"Pergi mana,Tan Sri Arayan?"kakinya masih tidak berganjak dari tempatnya.
"Keluar lunch.Saya belanja"ajak Arayan Wafiy.Sebelum kakinya melangkah menuju ke lif.
Kasih Arissa terkaku mendengar kata-kata Arayan Wafiy.Perlu ke dia ikut lelaki ini?Macam mana kalau orang lain salah anggap tentang dia dan Arayan Wafiy? Sempat lagi Kasih Arissa berfikir.
"Cepat! Sebelum saya gendong awak sampai bawah"lantang Arayan Wafiy bercakap.Sengaja membiarkan Kasih Arissa mendengar suaranya yang kuat itu.Terbutang mata Kasih Arissa mendengar kata-kata Arayan Wafiy tadi.Nak gendong aku? Gila!Biar betul 'Tan Sri Muda ni'!Mampus aku kalau orang lain tengok!bebel Kasih Arissa sebelum dia menutup komputer dan mencapai beg galasnya.Manalah tahu, tiba-tiba Arayan Wafiy betul-betul gendong dia sampai ke bawah.Tak ke haru jadinya?
Kakinya laju mengikuti langkah Arayan Wafiy yang sedang menunggunya di hadapan lif.Arayan Wafiy hanya memandang wajah Kasih Arissa dengan ekor matanya, kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.Dalam diam,dia tersenyum lucu melihat gelagat Kasih Arissa yang gelabah setelah mendengar amarannya tadi.Tahu takut!
Share this novel