Chapter 9-Musuh lama

Romance Series 5168

ARAYAN Wafiy hanya tersenyum kecil pada hari ini.Baru semalam dia berfikir tentang ini tetapi tak disangka pula dia 'dihadiahkan' dengan kehadiran seseorang yang sangat dia nantikan.

"Betul ke tuan nak pergi seorang diri?"soal Zul Helmi ketika mereka dalam perjalanan untuk ke bilik mesyuarat milik syarikat Arayan Wafiy sendiri.

"Tak apa.Kau boleh tunggu dekat luar je"jawab Arayan Wafiy.Dia tak mahu Zul Helmi terlibat sama dalam hal ni.Biarlah dia berurusan berdua dengan Dato Fakri itu.Zul Helmi hanya mengangguk tanda faham.

Zul Helmi membuka pintu untuk Arayan Wafiy setelah mereka berdua telah sampai dihadapan bilik mesyuarat itu.

Arayan Wafiy masuk ke dalam dan meninggalkan Zul Helmi diluar bersama dengan pengawal peribadi Dato Fakri itu.

"Dato.Tan Sri Ian dah sampai"kata Airis setelah ternampak kelibat Arayan Wafiy.

Dato Fakri menoleh ke belakang dan ternampak Arayan Wafiy dihadapannya.Dia tersenyum manis seolah-olah tidak ada perkara yang berlaku.

"Assmualaikum Ian.Opss,Tan Sri Ian"ucap Dato Fakri dengan nada mesra.

Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil.Terasa menyampah dengan nada suara Dato Fakri itu.

"Waalaikumussalam,Dato.Dah lama tunggu?"soal Arayan Wafiy berpura-pura mesra.Walau dalam hati,mahu sahaja dia menumbuk muka tua milik Dato Fakri itu.

"Tak adalah lama mana.Bilik meeting ni besar jugak,ye?Selesa kalau nak berbincang"ujar Dato Fakri penuh dengan maksud tersirat.

"Oh...bilik ni biasa-biasa je.Saja nak bagi pekerja saya selesa bila meeting nanti"kata Arayan Wafiy seperti berpura-pura tidak faham dengan kata-kata orang tua itu.

Bukan dia tak faham maksud kata-kata Dato Fakri tadi.Dia pasti, orang tua ini mahu merampas syarikatnya pula.Dulu,Dato Fakri sudah berjaya merampas syarikat BlackHouse tetapi tidak baginya.Jangan harap dia boleh dapat syarikatnya ini.

Dato Fakri hanya mengangguk tanda setuju."Kamu ni memang sesuai jadi CEO syarikat BlueSky ni.Patutlah,muda-muda lagi dah dapat pangkat Tan Sri" puji Dato Fakri.

Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil.Dia langsung tidak terusik dengan pujian orang tua itu.Entah ikhlas atau tidak.

"Duduklah.Mesti Dato penat tunggu saya tadi"jemput Arayan Wafiy tanpa mempedulikan pujian Dato Fakri.

Dato Fakri hanya mengikut.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Arayan Wafiy.Manakala Arayan Wafiy mengambil duduk dikerusi yang biasa dia gunakan.Kerusi utama.

"Ada apa Dato nak jumpa saya?"soal Arayan Wafiy secara terang-terangan.

Dato Fakri hanya ketawa sambil mengelengkan kepalanya.

"Kamu ni memang seorang yang berterus terang.Saya suka sikap kamu ni.Patutlah,papa kamu bangga dengan pencapaian kamu"

Arayan Wafiy hanya tersenyum senget."Mungkin sikap saya ikut dari papa saya"

Dato Fakri hanya mengangguk."Betul.Dulu,macam nilah sikap papa kamu.Tegas,adil dan kuat pendirian"

"Jadi, ada apa Dato datang sini?"soal Arayan Wafiy.Malas mahu mendengar pujian yang tak ikhlas dari orang tua ini.

Mendengar seperti Arayan Wafiy tidak mahu menyentuh soal keluarganya,Dato Fakri terpaksa berterus terang.

"Pasal artikel tu"jawab Dato Fakri.

Dalam diam,Arayan Wafiy tersenyum dalam hati.Bingo! Itulah yang dia fikir ketika dia mendapat panggilan dari pembantu peribadi Dato Fakri yang katanya mahu berjumpa dengannya.

"Artikel?Ada apa dengan artikel,Dato?"soal Arayan Wafiy berpura-pura tidak tahu.

"Disebabkan artikel tu,ramai orang salah anggap pasal hubungan kita.Saya ni kalau boleh langsung tak nak bermusuh dengan sesiapa apatah lagi dengan anak kawan saya sendiri"jawab Dato Fakri.

Arayan Wafiy hanya ketawa kecil.Terasa lucu pula mendengar kata-kata Dato Fakri? 'Kawan kau cakap?Kawan apa sampai sanggup bunuh kawan sendiri.Dasar orang tua tak sedar diri' kutuk Arayan Wafiy dalam hati.

"Bermusuh?Kita mana ada bermusuh,Dato.Biasalah khabar angin,kan?Kita mana boleh tutup mulut manusia ni.Betul tak,Cik Airis?"soal Arayan Wafiy kepada pembantu peribadi Dato Fakri,Airis.

Airis serba salah mahu menjawab.Terasa juga mendengar kata-kata Arayan Wafiy tadi.Memang itulah kerjanya selama ini.Menutup mulut orang jika melibatkan maruah Dato Fakri.

"Betul tu,Tan Sri Ian"jawab Airis dengan perlahan.

Arayan Wafiy hanya tersenyum senget sebelum dia kembali memandang wajah Dato Fakri.

"Betullah tu apa yang kamu kata.Saya harap tak ada lagi khabar angin tentang hubungan kita ni.Kamu ni...saya dah anggap macam anak saya sendiri dah"kata Dato Fakri ingin berdamai.

Arayan Wafiy hanya mengangguk."Baguslah kalau macam tu,Dato"

"Kalau tak ada apa lagi.Saya pergi dulu"pamit Dato Fakri, ingin beredar dari situ.

Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil sebelum membenarkan Dato Fakri beredar dari situ.

Buk!

"Tak guna punya orang tua!Kau belum kenal lagi siapa aku!"marah Arayan Wafiy setelah Dato Fakri hilang dihadapan mata.Zul Helmi hanya memerhati gelagat tuannya yang sedang marah itu.

"Aku akan pastikan kau akan menyesal,Dato Fakri"kata Arayan Wafiy lagi sebelum dia dan Zul Helmi keluar dari bilik mesyuarat itu.

Hatinya mula membara ingin membalas perbuatan jahat Dato Fakri.Kali ini,dia akan pastikan Dato Fakri jatuh melutut dihadapannya.

'Jaga kau,Dato Fakri.Rancangan aku akan bermula dari sekarang'bisik hati kecil Arayan Wafiy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience