PINTU bilik pejabat Arayan Wafiy segera dibuka setelah mendengar arahan dari dalam.Kakinya laju melangkah menghampiri meja majikannya itu.Fail ditangan diletakkan di atas meja dengan cermat.
Tangan Arayan Wafiy yang laju menari di atas permukaan kertas putih itu terhenti melihat fail sudah terletak dihadapan matanya.Kepalanya didongakkan memandang Zul Helmi.
"Ni fail siasatan pasal penjaga Cik Cassia sejak 20 tahun yang lalu"terang Zul Helmi, melihatkan wajah Arayan Wafiy masih memerhati segenap wajahnya.
Mendengarkan penjelasan daripada Zul Helmi,fail di atas meja segera dicapai dan diselak satu persatu.Anak matanya laju membaca setiap patah perkataan dalam fail tersebut.
"Puan Saleha?"ujar Arayan Wafiy perlahan tetapi Zul Helmi masih dapat menangkap semua bait kata lelaki itu."Ya,Puan Saleha atau lebih dikenali dengan Nek Leha, berumur 67 tahun.20 tahun yang lalu,dia pernah bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman milik Tengku Anas.Saya rasa Tan Sri Amzah mesti tahu pasal Nek Leha"terang Zul Helmi dengan lebih terperinci.
Mata Arayan Wafiy masih memerhati setiap patah perkataan dalam fail tersebut.Dia tahu mesti ayahnya tahu tentang kewujudan Nek Leha di rumah agam milik Tengku Anas.Apa yang pasti,ayahnya itu sudah lama mencari keberadaan Kasih Arissa seperti yang diceritakan oleh arwahyallham Tengku Anas sebelum dia menghembus nafas yang terakhir.Pencarian Tan Sri Amzah tidak pernah berhenti selagi dia tak jumpa di mana Kasih Arissa berada sekarang.
Bukan senang nak cari Kasih Arissa ketika itu memandangkan terlalu ramai pembantu rumah yang bekerja di rumah Tengku Anas.Jadi,agak sukar kalau cari seorang demi seorang.Kalau jumpa pun ada yang sudah bertukar alamat dari alamat asal.
Arayan Wafiy terangguk-angguk mendengarkan penjelasan daripada lelaki itu."Okey.Good job!Aku rasa selebihnya mesti papa aku ada jawapannya"bibir Arayan Wafiy tersenyum senget.
****
SUASANA di rumah agam milik Tan Sri Amzah terasa begitu sunyi dan hening.Kelihatan Tan Sri Amzah sedang khusyuk membaca buku kegemarannya di ruang tamu luas itu.Arayan Wafiy yang baru tiba disitu hanya memerhati belakang badan ayahnya.Tak ada niat ingin menganggu.
"Bila kamu sampai?"soal Tan Sri Amzah tiba-tiba.Buku ditangan masih ditatap oleh matanya.Arayan Wafiy yang mendengar soalan dari ayahnya segera mendekati.Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya disisi ayahnya di sofa.Ayahnya macam tahu-tahu sahaja tentang kehadirannya disitu.
"Baru je sampai"balasnya dengan pandangan yang sukar untuk difahamkan.
"Awal kamu balik hari ni.Dah habis kerja ke?"soal Tan Sri Amzah,prihatin.
"Ian cuma singgah sekejap.Ada benda Ian nak bincang dengan papa"ujarnya dengan serius.
Mendengarkan kata-kata dari mulut anaknya membuatkan buku ditangannya segera ditutup.Matanya beralih memandang wajah kacak anaknya.
"Apa yang kamu nak berbincang dengan papa?"
"Papa kenal siapa Puan Saleha?"
Dahi tua Tan Sri Amzah sedikit berkerut ingin mengingati nama yang baru disebut oleh anaknya.Perlahan-lahan dia mengangguk selepas memorinya kembali menyapa di fikirannya.
"Kenal.Kenal sangat.Puan Saleha dulu pernah bekerja dekat rumah Tengku Anas"jawabnya dengan tenang.
"Kenapa papa tak cari dekat mana Puan Saleha tinggal sekarang?"
Soalan daripada anak lelakinya membuatkan Tan Sri Amzah mengeluh lemah.Bukan tak cari tapi dia masih tak jumpa dimana alamat baru yang dihuni oleh Puan Saleha tu.Bermacam cara juga dia gunakan tapi masih tidak ditemui.
"Papa dah cuba cari tapi papa masih tak jumpa alamat baru Puan Saleha.Papa dapat rasakan yang Arissa tinggal dengan dia"ujar Tan Sri Amzah dengan lirih.
Arayan Wafiy terdiam mendengar ayat hujung ayahnya.Setakat ni dia masih belum bagitahu tentang pertemuan dia terhadap gadis itu kerana kesibukan dirinya dengan kerja di pejabat.
"Ian dah jumpa Arissa"dengan perlahan Arayan Wafiy menuturkan katanya.
Kepala Tan Sri Amzah laju berpaling memandang wajah Arayan Wafiy disebelah.Dia memerhati segenap wajah kacak anaknya dengan penuh tanda tanya.
"Ian dah jumpa Arissa,papa.Ian dah lama jumpa dia tapi Ian tak sempat bagitahu dekat papa"jelas Arayan Wafiy setelah melihat wajah tanda tanya ayahnya.
"Macam mana Ian boleh jumpa Arissa?Arissa tinggal dekat mana?Dia kerja apa?Arissa sihat tak?"bertubi-tubi Tan Sri Amzah bertanya.Hati tuanya begitu gembira mendengar berita dari anaknya itu.Hilang sedikit rasa risaunya terhadap gadis muda itu.
"Ian dengan Zul yang siasat hal ni.Arissa sekarang ni dia tinggal dengan Puan Saleha.I mean,Nek Leha.Untuk pengetahuaan papa,Arissa bekerja dekat syarikat FreeTree and yes...she is in good health"jelas Arayan Wafiy satu persatu.
"Maksud Ian syarikat yang Ian bekerjasama tu?"soal Tan Sri Amzah dengan nada kurang percaya.Tempat kerja Kasih Arissa lebih menarik perhatiaannya.
Melihatkan anggukan daripada anaknya membuatkan Tan Sri Amzah mengeluh.Mengeluh lega dengan keberadaan Arissa ketika ini dan mengeluh lemah kerana risau dengan syarikat yang dijadikan tempat kerja gadis itu.Tak silap dia, syarikat tu mungkin akan dirampas oleh Dato Fakri tidak lama lagi.Selalunya begitulah perangai Dato Fakri yang sememangnya gila kuasa itu.Semuanya mahu dirampasnya.Mentang-mentanglah syarikatnya sudah mengeluarkan cawangan baru.
"Tapi bukan ke syarikat tu akan jadi milik Dato Fakri.Kamu dah lupa?"wajah tua Tan Sri Amzah jelas nampak risau.Macam mana Arayan Wafiy ingin menyelesaikan masalah ni sekiranya melibatkan Dato Fakri?
"Yang tu Ian akan selesaikan sendiri.Papa jangan risau,ye?"bahu tua ayahnya diusap dengan lembut.Dia tersenyum nipis memandang wajah risau ayahnya.
"Yelah.Kalau kamu perlukan pertolongan, bagitahu dekat papa.Papa sanggup tolong asalkan Arissa selamat"balasnya dengan tegas.
Arayan Wafiy hanya mengangguk sambil tersenyum kecil."Baik,papa.Jangan risau"
Terima kasih kerana sudi membaca! :) Jangan lupa bagi rate dan share dengan orang ramai,ye :) Terima kasih sekali lagi! :)
Share this novel