Chapter 14-Takdir

Romance Series 5168

KASIH Arissa hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.Takut mahu memandang wajah Arayan Wafiy di sebelahnya ini.Wajah Arayan Wafiy kelihatan tegang dan dingin sahaja.Dia tengah marahkah?

"Kenapa awak mengelak dari saya?"soal Arayan Wafiy tiba-tiba.Nadanya jelas kedengaran tegas dan membuatkan tubuh Kasih Arissa menggigil perlahan."Hah?"kepalanya laju menoleh memandang Arayan Wafiy disebelah.

"Saya ada buat salah ke dengan awak?"soalan lain pula yang dilontarkan dari mulutnya.Matanya masih fokus memandang jalan raya dihadapan.

Gulp!Terasa tercekik air liurnya mendengar soalan lelaki itu.Nampak sangat ke dia tengah mengelak diri dari lelaki itu."So...betullah awak cuba mengelak dari saya?"sambung Arayan Wafiy lagi setelah agak lama gadis itu mendiamkan diri.

"Mana ada.Buat apa saya nak mengelak dari Tan Sri.Lagipun,kitakan kerja dekat satu bangunan yang sama.Mestilah kita akan selalu terserempak"hujung katanya kedengaran perlahan sekali tetapi telinga Arayan Wafiy masih dapat menangkap semua bait kata dari gadis itu.

"And then,kenapa awak selalu larikan diri dari saya?"soal Arayan Wafiy lagi.

Mendengarkan soalan dari lelaki itu,sekali lagi kepala Kasih Arissa laju berpaling di sebelah.Mulutnya sedikit bergerak-gerak seperti ingin berkata sesuatu sambil memandang wajah lelaki itu.Tak tahu nak cakap apa lagi.

"Ingat saya tak nampak ke awak lari macam nampak hantu bila nampak saya"anak matanya sudah memandang anak mata Kasih Arissa dalam-dalam.Dia nampak setiap pergerakkan gadis itu apabila mereka bertembung.Gadis itu pasti akan cuba mengelakkan diri darinya.Sebabnya?Dia sendiri pun tak pasti.

"Sa..saya..cuma.."tergagap-gagap Kasih Arissa nak menjawab.Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Akhirnya kantoi juga niatnya itu.Aishh...

"Saya cuma apa?Awak ni ada penyakit gagap ke?"dalam kata sempat Arayan Wafiy mengutuk gadis itu.Kasih Arissa mendengarnya cuba menahan sabar.Sabar Arissa,dia tu bos kau.Kalau kau marah dia,tak pasal-pasal kau kena pecat.Di dalam hati,Kasih Arissa cuba memujuk hatinya.

"Malaslah saya nak cakap"kedua-dua tangannya memeluk tubuhnya.Matanya tajam memandang jalan raya dihadapan.Bos ke tak bos,dia pun ada perasaan marah jugak.Huh!

Dahi Arayan Wafiy berkerut melihat mood Kasih Arissa yang seperti sedang menahan rasa sahaja.Marah ke orang cakap dia ada penyakit gagap?Perli Arayan Wafiy dalam hati.

"Saya lagi malas nak cakap sebenarnya.Tapi,tulah...saya cuma nak tahu sebab dan alasan kenapa awak cuba elakkan diri dari saya?"suara Arayan Wafiy seperti angin meniup telinga sahaja.Langsung tidak memberi sebarang respon.

"Ke... sebab saya ajak awak makan hari tu?"sambung Arayan Wafiy lagi.

Dalam diam,Kasih Arissa tersentak mendengar kata-kata lelaki itu.Aish,mamat ni...tak payahlah ungkit lagi.Aku malu kot.Sempat Kasih Arissa membebel.

"So, betullah?Pasal hari tu?"sengaja Arayan Wafiy mengenakan gadis itu setelah Kasih Arissa langsung tidak membuka mulut."Mana ada!Dahlah,Tan Sri berhenti je dekat sini.Lagipun rumah saya dah nak dekat tu"sengaja Kasih Arissa menukar topik.Dia tengah malu ni boleh pulak lelaki itu kenakannya.

"Tak payah.Kan saya dah janji,saya akan hantar awak sampai depan rumah.That is also one of my responsibilities as a leader"tolak Arayan Wafiy,nada suaranya lembut sahaja berkata.Membuatkan hati wanitanya,terusik dengan suara lembut lelaki itu.

"Has arrived.Pasal kereta tu,nanti saya arahkan pekerja saya untuk hantarkan dekat bengkel.So...awak okey,kan?"jelas Arayan Wafiy sebelum dia kembali memandang wajah gadis itu.

Tanpa mereka sedar, pandangan mereka saling bertembung antara satu sama lain.Mereka terasa dunia ini seperti berhenti berpusing dari pusat bumi.Bunyi penghawa dingin kereta yang kuat seperti sudah tidak kedengaran lagi.Mereka betul-betul terasa seperti hanya mereka sahaja berada di muka bumi ini.Seolah-olah dunia ini hanya milik mereka berdua sahaja.

Jantung Kasih Arissa berdegup kencang menahan rasa.Arayan Wafiy lagilah.Laju seperti berlari maraton sahaja.Masing-masing hanya membisu sambil tidak lepas memandang wajah sesama mereka.

Bunyi telefon bimbitnya membuatkan mereka tersedar dari terus menerus memandang wajah masing-masing.Arayan Wafiy hanya berdehem bagi menghilang perasaan yang mula melekat di celah hatinya.

Tangan Kasih Arissa laju mencapai telefonnya di dalam beg, kemudian dilekapkan di telinga."Ya,nek.Arissa dah balik ni.Pukul berapa nenek balik?Oh...okey.Kalau ada apa-apa call Arissa,ye.Okey...Assmualaikum,nek"talian segera ditamatkan.Maknanya,hanya dirinya sahaja berada di dalam rumah memandangkan neneknya pergi ke rumah kawannya seketika.Kasih Arissa berdehem seketika sebelum dia kembali memandang wajah Arayan Wafiy seperti cemas semacam aje.

"Terima kasih sebab hantar saya balik dan terima kasih jugak sebab tolong hantarkan kereta saya dekat bengkel.Pasal kos repair tu,Tan Sri bagitahu je dekat saya.Nanti saya cuba bayar balik"ujar Kasih Arissa tanpa menyentuh soal mereka berpandangan tadi.

"It's okay.Awakkan pekerja saya, mestilah saya kena tolong,kan?Pasal kos tu awak tak payah bayar, anggaplah tu gaji awak dari saya"balas Arayan Wafiy,tenang.Berpura-pura tidak ada apa yang berlaku.

Bibir Kasih Arissa mengukirkan senyuman."Terima kasih,Tan Sri.Saya keluar dulu.Assmualaikum"ucap Kasih Arissa sebelum dia keluar dari perut kereta.

"Waalaikumussalam"gumam Arayan Wafiy perlahan.Kemudian,keretanya terus meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah Kasih Arissa setelah gadis itu sudah masuk ke dalam rumah dengan selamat.

****

ARAYAN Wafiy mengetuk perlahan permukaan meja dengan jari-jari tangannya.Otaknya masih berfikir tentang perbualan Kasih Arissa di dalam keretanya tadi.Nenek?

Siapa nenek Kasih Arissa?Selama ni,Kasih Arissa dijaga oleh seseorang yang digelar nenek.Macam mana dia boleh terlepas pandang dalam hal ini?

"Tuan"panggil Zul Helmi setelah agak lama dia berdiri tegak seperti patung pakaian sahaja.Perlahan-lahan,anak mata Arayan Wafiy memandang wajah Zul Helmi.Masih membisu seperti tadi.

"Saya dah hantarkan kereta Cik Cassia dekat bengkel.Esok petang,dah boleh ambik semula kereta tu"jelas Zul Helmi dengan lancarnya.Arayan Wafiy hanya mengangguk perlahan.

Dahi Zul Helmi berkerut melihat reaksi wajah majikannya itu.Dari tadi hanya mendiamkan diri dan termenung seorang diri.Sakitkah bosnya ini?

"Tuan.Tuan okey ke?"soal Zul Helmi,prihatin."Zul, aku nak mintak tolong kau ni"laju sahaja Arayan Wafiy berkata.Soalan dari Zul Helmi hanya dibiarkan sepi.

"Tolong apa,tuan?Saya akan cuba sedaya mungkin untuk tolong tuan"balas Zul Helmi,bersemangat.Demi Arayan Wafiy,dia sanggup lakukan apa sahaja.Dia sudah menganggap Arayan Wafiy seperti ahli keluarganya sendiri.Begitu juga Arayan Wafiy.

"Tolong aku siasat siapa penjaga Arissa.Kalau boleh siasat dari 20 tahun yang lepas"ujar Arayan Wafiy,penuh berharap.

Zul Helmi hanya mengangguk."Baik,tuan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience