DATO Hassan berjalan laju menuju ke arah bilik pejabat anaknya.Ada perkara penting yang perlu dia selesaikan dengan anaknya yang seorang itu.
"Selamat pagi,Dato Hassan"ucap Kasih Arissa dan Aliya serentak.
"Selamat pagi.Arissa,mari ikut saya ke bilik pejabat Kamal"kata Dato Hassan.Alang-alang sudah bertemu dengan Kasih Arissa,lebih baik dia mengajak gadis itu sekali.
"Ke...kenapa Dato?"soal Kasih Arissa.Apatah lagi nama Encik Kamal turut disebut.Lagilah buat dia trauma.
"Ada perkara penting yang saya nak selesaikan"ujarnya.
"Ba... baik,Dato"sahut Kasih Arissa,mengalah.Dia memberi isyarat mata kepada Aliya bahawa dia ingin meminta diri.
Aliya hanya mengeluh sambil mengangguk perlahan.Risaunya kurang sedikit apabila Dato Hassan turut bersama Kasih Arissa nanti.
BUM!
Bergegar pintu bilik Encik Kamal itu.Dato Hassan berjalan laju ke arah anaknya itu.Kasih Arissa hanya mengikut dengan kepalanya sedikit menunduk.Kecut perut melihat amarah Dato Hassan.
"Papa,kenapa ni?"soal Encik Kamal,gerun dengan marah ayahnya itu.
Dato Hassan cuba menahan marah terhadap anaknya ini.Malu benar dia dengan perangai tak senonoh anaknya ini.
"What have you done,Kamal?"soal Dato Hassan pula dengan nada marah.
"What have I done? I don't understand, papa"jawab Encik Kamal.
Kasih Arissa hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah lantai.
"Papa nak kamu minta maaf pada Arissa!"arah Dato Hassan.
Kasih Arissa terus memandang wajah Dato Hassan.Masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.
"What.Sorry? On this girl?Are you crazy?What I did wrong?"soal Encik Kamal dengan angkuhnya.
Kasih Arissa cuba menahan marah.Kalau Dato Hassan tak ada di sini, pasti wajah kacak milik Encik Kamal akan dikerjakan olehnya.
"Kamu dah lupa ke apa yang kamu buat semalam?Kamu marah pada Arissa,kamu marah pada Tan Sri Ian!Kamu tahu apa akibatnya kalau kamu kurang ajar dengan Tan Sri Ian?!"marah Dato Hassan.
Kasih Arissa dan Encik Kamal melopong mendengar kata-kata Dato Hassan.Bagaimana Dato Hassan boleh tahu tentang kejadian semalam?
"Ma...macam mana papa tahu? Perempuan ni ke yang mengadu dekat papa?"soal Encik Kamal sambil menunding jari ke arah Kasih Arissa yang berdiri di belakang Dato Hassan.
"Kamal Hafizi! Jangan salahkan Arissa! Dia tak mengadu pun pada papa,tapi Tan Sri Ian sendiri yang bagitahu pada papa.Papa tak sangka kamu kurang ajar dengan pekerja kamu sendiri.Macam mana kalau Tan Sri Ian tu tarik balik kerjasama syarikat ni?Papa tak nak Tan Sri Ian menganggap syarikat papa ni ada pekerja yang kurang ajar macam kamu!"marah Dato Hassan.
'Tan Sri Ian?Dia mengadu pada Dato Hassan?'bisik hati kecil Kasih Arissa.
"Kamal minta maaf,pa.Kamal tak tahu pun lelaki tu,Tan Sri Ian.Selalunya,orang yang berpangkat Tan Sri akan dikelilingi dengan pengawal peribadi diaorang"ujar Encik Kamal.
"Tan Sri Ian bukan orang yang macam tu.Dia tak suka menunjuk macam kamu ni!Walau apa pun berlaku,papa nak kamu minta maaf pada Tan Sri Ian,pada Arissa jugak!"arah Dato Hassan.
"What?No,pa!Kamal tak nak maruah Kamal dipijak oleh orang lain.Especially, perempuan ni!"sekali lagi jari Encik Kamal dituding ke arah Kasih Arissa.Kasih Arissa terkedu menahan marah.Kalau boleh mahu sahaja dia menampar mulut yang agak kurang ajar bahasanya.Ego Encik Kamal betul-betul tinggi sehingga tidak mampu menghapus tembok itu.
"Kamal!Sekali lagi kamu panggil Arissa dengan gelaran tu,papa tak teragak-agak untuk pecat kamu dari syarikat ni!"kemarahan Dato Hassan sudah meninggi.Malu benar dia dengan perangai anaknya itu.
Mulut Encik Kamal terus terkunci.Dadanya berombak kencang mendengar kata-kata papanya tadi.Sanggup papanya mahu memecatnya hanya kerana mahu membela gadis bawahan itu.Huh!
"Papa bagi kamu dua pilihan,sama ada kamu nak minta maaf pada Arissa dan juga Tan Sri Ian ataupun kamu nak papa pecat kamu dari syarikat ni.Bila kamu dah buat keputusan,kamu bagitahu papa"suara Dato Hassan kembali mengendur tetapi nada tegasnya masih ada ketika dia mengungkapkan katanya tadi.
Kasih Arissa masih mendiamkan diri.Nampaknya kes ini semakin besar pula gara-gara dia bergaduh mulut dengan orang atasannya sendiri.
"Arissa,saya harap,kamu dapat maafkan kesalahan anak saya ni.Saya tak tahulah apa yang merasuk anak saya ni sampai jadi macam ni.Maafkan saya dan saya akan pastikan Kamal akan menanggung kesalahanya sendiri"mata tua milik Dato Hassan memandang dalam ke arah anak mata cantik milik Kasih Arissa.
"Tak apalah,Dato.Perkara dah lepas,saya dah tak nak ingat apa lagi"mata Kasih Arissa membalas pandangan mata tua Dato Hassan.
"Ya,saya faham.Saya harap perkara macam ni takkan berlaku lagi"
Kepala Kasih Arissa mengangguk setuju."Kalau tak ada apa-apa,saya minta diri dulu"kaki Kasih Arissa terus melangkah setelah Dato Hassan mengangguk tanda membenarkan.
"Kamu,Kamal!Papa boleh habis lagi dengan kamu.Kamu ingat balik apa yang papa cakapkan tadi kalau kamu nak terus menjadi salah satu pekerja di syarikat ni"Dato Hassan memberi amaran buat anak lelakinya itu sebelum dia juga turut beredar meninggalkan ruang pejabat anaknya.
Encik Kamal hanya merengus kasar.Punggungnya dihempas dengan kasar dengan perasaan yang bercampur-baur.Arghh!!!
****
"TUAN"
Arayan Wafiy yang sedang khusyuk membaca bait tulisan di dalam fail kerjanya, mendongak memandang Zul Helmi dihadapannya dengan sekilas lalu.Kemudian,matanya kembali memandang fail itu semula.
"Ada apa?"tangannya laju menyelak helaian fail dihadapannya.
"Dato Hassan ada call tadi.Dia minta maaf bagi pihak anak dia.Katanya,dia akan pastikan anak dia akan berjumpa dan meminta maaf pada tuan secara peribadi"jelas Zul Helmi dengan lancarnya.
Tangan Arayan Wafiy serta-merta terhenti mendengar berita daripada pembantunya.Kepala didongakkan memandang wajah Zul Helmi."Kenapa perlu minta maaf pada aku? Sepatutnya,anak dia tu kena minta maaf pada Arissa bukan aku"nada suaranya kedengaran lembut tetapi masih ada nada tegas dalam setiap katanya.
"Saya dah cakap macam tu pada Dato Hassan dan dia juga dah minta anak dia untuk mengaku silap dia pada Arissa sendiri"wajah Zul Helmi masih tenang walaupun matanya tertancap pada wajah Arayan Wafiy yang sedang menahan marah.
Selepas mendengar penjelasan daripada Zul Helmi, kedengaran Arayan Wafiy mengeluh kasar."Hmm...kalau itu yang Dato Hassan cakap, aku okey.Tapi,aku harap perkara macam ni takkan berlaku lagi"nada suara Arayan Wafiy masih tegas dengan kata-katanya tadi.
Zul Helmi mengangguk."Baik,tuan"
Kepala Arayan Wafiy kembali memandang fail dihadapannya.Tangannya laju sahaja menari di atas kertas putih bersih itu.
"Tuan,kalau saya nak tanya sikit boleh?"soal Zul Helmi, tiba-tiba.Dia masih berdiri tegak menghadap Arayan Wafiy.Sekali lagi,kepala Arayan Wafiy didongakkan memandang Zul Helmi.Keningnya diangkat sedikit, menunggu ayat seterusnya dari Zul Helmi.
"Kenapa tuan bertegas sangat nak anak Dato Hassan tu minta maaf pada Arissa?Tuan bela Arissa sebab dia ada kena-mengena dengan kisah silam tuan ke?"akhirnya soalan yang selalu bermain di fikirannya terluah juga.Sudah lama dia mahu bertanyakan hal ini kepada majikannya ini semenjak majikannya ternampak Kasih Arissa dimarah teruk oleh anak Dato Hassan,Encik Kamal.
"Itu salah satu sebabnya.Tapi,kalau bukan Arissa sekali pun,aku tetap akan buat perkara yang sama.Kau tahukan,aku tak suka nak bekerjasama dengan pekerja yang kurang adab"jawapan Arayan Wafiy membuatkan kepala Zul Helmi mengangguk tanda setuju.Dia faham sifat Arayan Wafiy yang menitik beratkan tentang adab di pejabat.
"Kalau macam tu,saya keluar dulu.Kalau ada apa-apa,tuan boleh panggil saya"ujar Zul Helmi sebelum dia melangkah keluar meninggalkan ruang pejabat Arayan Wafiy.
Share this novel