Chapter 17-Orang Ketiga

Romance Series 5168

ARAYAN Wafiy menumbuk kuat di atas permukaan mejanya sehingga barang yang berada di atas meja habis berterabur.Zul Helmi yang baru masuk hanya memandang dengan perasaan yang sudah bersedia.Bersedia mendengar amarah Arayan Wafiy.Macam tak kenal pula perangai baran Arayan Wafiy ni...

"Tak guna betul orang tua tu! Dalam diam dia ada rancangan nak rampas syarikat aku!"marah Arayan Wafiy sambil mencengkam rambutnya hingga menjadi kusut.

"Rancangan? Rancangan apa,Tuan?"soal Zul Helmi yang masih tidak faham dengan kata-kata majikannya dan lagi satu... syarikat mana yang Arayan Wafiy maksudkan?Maklumlah, majikannya merupakan seorang jutawan muda yang mempunyai banyak cawangan dan syarikat di seluruh negara.

"Dia cuba gunakan orang lain untuk rampas syarikat aku"jawab Arayan Wafiy sambil cuba menenangkan hatinya sendiri.

"Orang lain? Siapa maksud, Tuan?"Zul Helmi mula tertarik dengan cerita Arayan Wafiy.

"Anak Dato Mustahpha"jawab Arayan Wafiy dengan nada dingin.Malas mahu menyebut nama yang sudah tersimpan di dalam mindanya sebagai musuh ketatnya sejak dari zaman universiti lagi.

"Maksud Tuan,Daniel Aris?"soal Zul Helmi inginkan kepastian.Manalah tahu anak Dato Mustahpha yang lain.Tak semestinya ada seorang je yang ada nama Dato Mustahpha.

Arayan Wafiy hanya mengangguk malas.Masih terbayang kisah di antara dia dan Daniel Aris semasa mereka bersama-sama belajar di luar negara.Daniel Aris memang dari dulu lagi berdendam dengannya kerana cemburu dengan kekayaan dan kelebihan dirinya.

"Bukan ke Daniel masih tinggal di luar negara?Macam mana..."belum sempat Zul Helmi ingin menghabiskan kata-katanya,Arayan Wafiy pantas memotong.

"Dia akan balik Malaysia tak lama lagi"jawab Arayan Wafiy terus.Kali ini,dia mesti bertahan dengan setiap rancangan yang direka oleh Dato Fakri dan Daniel Aris.Mereka berdua tu memang tak boleh dipercayai sama sekali.Talam dua muka!

"Macam mana Tuan dapat semua maklumat pasal Daniel ni?"soal Zul Helmi,hairan.

"Hairi call aku tadi masa aku dah sampai dekat sini"Arayan Wafiy mula membuka cerita.Zul Helmi hanya mendengar sambil memandang setiap raut wajah kacak milik Arayan Wafiy.

****

KERETA mewah milik Arayan Wafiy terus diberhentikan di hadapan pintu utama bangunan FreeTree.Kunci kereta diserahkan kepada pengawal keselamatan untuk membantu memarkirkan keretanya.Dia kelam-kabut menuju ke tingkat atas selepas mendengar panggilan dari Zul Helmi tadi.

Belum sempat jarinya ingin menyentuh butang lif, tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi.Hairi.Nama itu muncul di skrin telefonnya.Tanpa membuang masa, butang hijau segera ditekan.

"Assmualaikum,tuan"ucap Hairi terlebih dahulu dari hujung talian.

"Waalaikumussalam"balas Arayan Wafiy perlahan.Pelik juga apabila Hairi menelefonnya.Biasanya,Hairi akan menghubunginya jika ada apa-apa berita penting untuk disampaikan kepadanya.

"Tuan,saya ada maklumat penting dari tuan"Hairi mula ingin membuka cerita.

"Maklumat apa?"

"Dato Fakri,dia dah rancang nak rampas syarikat BlueSky dari Tuan"cerita Hairi.

"Apa? Maksud kau?"nada suara Arayan Wafiy sedikit tertinggi sehingga pekerja lain sesekali mengerling ke arahnya.

"Dia dah rancang nak rampas BlueSky dari Tuan dengan seorang partner dia.Tak silap saya,nama dia Daniel Aris Dato Mustahpha"jelas Hairi.Dia yang mendengar dari mulut anak-anak buahnya juga turut terkejut apabila mendengar cerita itu.Dato Fakri sangat berani mahu membelot semua harta yang dimiliki oleh anak muda ini.

"Daniel Aris?"mendengar nama yang baru dia dengar,terasa membahang seluruh tubuhnya kini.Lelaki itu langsung tidak berputus asa mahu menjatuhkan maruahnya.

"Bukan ke dia dekat overseas.Macam mana Dato Fakri..."belum sempat Arayan Wafiy ingin menghabiskan katanya,Hairi pantas memotong.

"Ya, memang Daniel masih ada dekat overseas sejak 5 tahun yang lalu tapi dia berkenalan dengan Dato Fakri semasa mereka bekerjasama dalam satu projek milik syarikat ayah Daniel sendiri.Pendek kata,Dato Fakri adalah rakan kongsi Dato Mustahpha juga"jelas Hairi panjang lebar.

Arayan Wafiy mengeluh kasar mendengar penjelasan daripada Hairi.Macam mana dia boleh terlepas pandang tentang perkara ini?Sedangkan dia tahu,Dato Fakri dan Dato Mustahpha sudah lama berkawan sejak zaman persekolahan lagi.

"Tuan?Tuan?"panggil Hairi setelah tiada tanda-tanda Arayan Wafiy mahu bersuara.

"Hah?Apa kau cakap tadi?"soal Arayan Wafiy.Disebabkan dia sedang menahan marah,dia langsung terlupa bahawa dia masih berhubung dengan Hairi di talian.

"Saya tak cakap apa-apa pun, Tuan.Tuan okey ke tak?"balas Hairi, prihatin.

Jari-jemari Arayan Wafiy menari-nari di atas dahinya,pening memikirkan satu-persatu masalah yang timbul.Macam mana kalau ayahnya tahu tentang masalah yang dia hadapi sekarang ini?Adakah ayahnya akan risau?

"Okey,macam ni.Kau arahkan budak-budak kau untuk teruskan kerja diaorang macam biasa,kalau ada apa-apa maklumat yang penting lagi,bagitahu aku"arah Arayan Wafiy selepas itu.

"Baik,tuan!"sahut Hairi dihujung talian.

Selepas menamatkan panggilan,Arayan Wafiy terus menumbuk kuat di dinding berdekatan lif.Melepaskan marah yang sedari tadi ditahan-tahan semasa mendengar kata-kata Hairi tadi.Perbuatannya itu membuatkan ramai memerhati ke arahnya.Terkejut dengan perbuatan yang tak disangka-sangka itu.

"Tak guna kau, Daniel!"

****

ZUL Helmi terdiam setelah mendengar cerita dari Arayan Wafiy.Dalam diam,dia juga turut terkejut semasa mendengar setiap cerita dari Arayan Wafiy.

"Habis tu?Tuan nak saya buat apa?Kes ni dah jadi berat.Lagi-lagi,Dato Fakri dah berani datang ke syarikat ni"ujar Zul Helmi,risau.

"Buat masa ni,kita kena berpura-pura tak tahu pasal rancangan Dato Fakri.Aku tak nak benda ni jadi makin serius"jelas Arayan Wafiy setelah agak lama dia berfikir.

"Jadi,macam mana dengan Daniel?"soal Zul Helmi selepas teringatkan yang Daniel Aris akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

"Yang tu,kita biarkan dia balik ke sini.Kita tengok sejauh mana rancangan diaorang nak jatuhkan aku"ujar Arayan Wafiy selepas itu.

Zul Helmi hanya mengangguk sambil berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi majikannya ini.

****

"ARISSA!"jerit Aliya sambil berlari anak menuju ke arah Kasih Arissa yang sibuk menekan butang mesin photostap.Banyak benda yang kena dia photostap sebelum waktu petang nanti.

"Apa benda kau ni? Terjerit-jerit"keluh Kasih Arissa sambil mengerling sedikit ke arah Aliya.

Aliya kemudiannya memanjangkan kepala sambil memelilau mencari kelibat seseorang.Kasih Arissa yang perasan perbuatan sahabatnya itu terus memandang pelik.

"Kau cari siapa sampai dah nak panjang leher kau tu?"soal Kasih Arissa.

"Mana Tuan Ian kesayangan kau tu?"soal Aliya separuh berbisik.

Mendengar kata-kata Aliya membuatkan dahi Kasih Arissa berkerut.Kesayangan?Tuan Arayan?Hmm...minta maaflah,tak hingin aku!

"Sejak bila Tuan Arayan jadi kesayangan aku ni?Kau jangan buat lawak yang tak berapa nak kelakar tu,boleh tak?"marah Kasih Arissa sambil menekan kasar mesin photostap.

"Alaa...leklah.Aku gurau je.Itu pun mau marahkah?"ujar Aliya dengan gaya percakapan seperti pak cik India di kedai mamak itu.

"Ada apa kau cari dia?" soal Kasih Arissa dengan malas.Kakinya perlahan-lahan mendekati mejanya semula.

"Tak adalah.Aku bukan nak cari dia tapi...aku nak cerita pasal dia"Aliya mula ingin membuka cerita.

"Cerita apa?Kau jangan nak ajak aku buat dosa kering, eh?Aku hempuk kau dengan fail ni,kang"ugut Kasih Arissa sambil menunjukkan fail yang agak tebal itu.Aliya hanya mengangguk laju sambil matanya asyik memerhati fail yang dipegang Kasih Arissa.Fuh...kalau kena ni,mahu benjol dahinya,nanti.

"Tadi,Tuan Ian ada tak maki-hamun dekat kau?"soal Aliya kembali serius.Kasih Arissa hanya mengeleng.Dah kenapa soalan itu yang ditanyanya?

"Dia tak ada marah sesiapa?"soal Aliya lagi.Kasih Arissa hanya mengeleng.

"Langsung?"soal Aliya lagi.

"Ishh...apa yang kau nak cerita ni?Bagi jelah tahu"marah Kasih Arissa.Banyak pula soalannya.

"Tadi,aku nampak Tuan Ian marah lepas jawab call.Pasal apa pun aku tak tahulah tapi siap tumbuk dinding pulak tu.Ni first time,aku nampak Tuan Ian marah sampai macam tu sekali"cerita Aliya.

"Marah?"soal Kasih Arissa ingin tahu.Aliya hanya mengangguk laju."Betul ke dia tak marah sesiapa?"soal Aliya semula.

"Tak.Dia tak marah sesiapa pun.Cuma tadi..."Kasih Arissa menggatungkan ayatnya membuatkan Aliya menunggu dengan sabar.

"Cuma tadi apa?"

"Tak ada apalah.Tadi ada Dato Fakri datang dekat sini.Kau tak nampak ke dia masa balik tadi?"soal Kasih Arissa.

"Aish...aku mana sempat nak jumpa Dato Fakri.Lepas,aku nampak Tuan Ian marah tadi terus aku pergi cafe dengan Aina"cerita Aliya.

"Masa dia datang tu,kau tak nampak dia?"soal Kasih Arissa.

"Tak.Aku tak perasan pun"jawab Aliya, selamba.

"Macam mana kau tak boleh perasan?Diakan datang dengan bodyguard dia sekali,ramai pulak tu.Takut aku tengok"cerita Kasih Arissa.

"Yeke? Bodyguard dia handsome tak?"soal Aliya dengan sengihan nakalnya.

Kasih Arissa hanya memandang jengkel sebelum dia kembali menyambung kerjanya.Malaslah nak layan perangai Aliya ni.Makin lama melayan,makin pelik pula perangai dia ni.

"Dahlah.Pergi buat kerja kau tu.Jangan kacau aku"halau Kasih Arissa.Aliya hanya mencebir sebelum dia beredar meninggalkan meja Kasih Arissa.

Maaf lama update. Semoga terhibur dengan chapter kali ni :) Selamat Membaca! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience