"KENAPA ni,Encik Kamal?"soal Kasih Arissa.Setelah melihat mereka sedang menuju ke tingkat bawah.
"Nanti awak akan tahu.Jom"jawab Encik Kamal sambil menarik lembut tangan Kasih Arissa.
Kasih Arissa terkejut lalu menarik tangannya dengan kasar.Encik Kamal terhenti daripada melangkah, terkejut apabila menyedari Kasih Arissa menarik tangannya dengan kasar.
"Apa ni,Encik Kamal?"soal Kasih Arissa,mula hilang sabar.
"Kenapa apa?"soalan dijawab dengan soalan oleh Encik Kamal.
"Encik sedar tak apa encik dah buat tadi?"
"Apa masalah awak ni,Arissa?Saya ni bos awak tahu?Awak kena hormat saya sebagai bos dekat syarikat ni"
"Tak kisahlah siapa pun encik.Tapi,apa yang encik dah buat ni membuatkan saya hilang sabar!"marah Kasih Arissa dengan nada kuatnya.
Ramai yang sedang memandangnya dengan pandangan terkejut.Terkejut kerana Kasih Arissa berani memarahi bos mereka itu.
Encik Kamal terasa hina apabila dimarahi dengan gadis yang lebih bawah pangkat daripadanya.Egonya sangat tinggi berbanding ketinggian syarikatnya.
"Apa masalah kau,hah?Tak reti nak hormat aku sebagai bakal CEO dekat sini ke?Aku ni bila-bila masa je boleh pecat kau dari syarikat ni!"marah Encik Kamal.
"Encik nak pecat saya, pecatlah!Ingat saya kisah ke?Lagipun ni bukan syarikat dari hasil titik peluh encik tapi syarikat ni dari hasil titik peluh ayah encik!"marah Kasih Arissa pula.Dia semakin berani untuk melawan kata dengan Encik Kamal.
Kemarahannya semakin membuak setelah dia teringat kembali perangai tak senonoh bosnya ini.
Encik Kamal terasa tercabar dengan kata-kata Kasih Arissa tadi.Tanpa sedar,dia menganggkat tangannya tinggi-tinggi ingin menampar pipi mulus milik Kasih Arissa.
Kasih Arissa hanya menunggu tangan Encik Kamal sampai ke pipinya.Kali ini,dia bertekad,dia akan pastikan Encik Kamal tidak dapat mewarisi syarikat ini.Dia tak kisah siapa yang akan menggantikan Encik Kamal asalkan seseorang itu mestilah hormat dengan pekerja-pekerjanya.
Belum sempat tangan Encik Kamal sampai ke wajah Kasih Arissa, kelihatan ada seseorang menghalang tangannya.
"Tak perlu kot nak berkasar dengan perempuan,lagi-lagi dengan pekerja sendiri"kata lelaki itu.
Kasih Arissa berasa terkejut tetapi terasa selamat apabila lelaki itu datang menyelamatkannya.Seolah-olah,mereka sudah saling kenal-mengenali.
"Siapa kau,hah?Datang masuk campur hal aku"marah Encik Kamal sambil menarik tangannya.
Arayan Wafiy hanya tersenyum sinis."Hal kau?Kau suami dia ke nak berkasar sampai macam tu sekali?"soal Arayan Wafiy dengan tenang.
"Kau siapa nak tahu hal aku?Ni antara aku dengan dia!"jawab Encik Kamal sambil menunding jari ke arah Kasih Arissa.
Kasih Arissa hanya mendiamkan diri sambil menjeling tajam ke arah bosnya sendiri.
Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil melihat wajah cemburut Kasih Arissa.'Macam dulu' bisik Arayan Wafiy dalam hati.
"Mungkin kau tak kenal aku tapi aku kenal kau siapa"kata Arayan Wafiy. Senyumanya tadi hilang setelah memandang wajah Encik Kamal.
"Apa kau merepek,hah?Semua yang kenal aku,semua aku tahu"
Arayan Wafiy hanya tersenyum sinis sambil meletakkan tangan kirinya ke dalam poket seluar.Sangat bergaya...
Kasih Arissa memandang wajah lelaki di sebelahnya dengan mata terkebil-kebil.'Siapa lelaki ni sebenarnya?Mafia?Ishhh.. merepek aje.' bisiknya dalam hati.
Arayan Wafiy tersenyum sinis."Kau pasti?"soal Arayan Wafiy.
Gaya dan suarannya sangat menarik perhatian di satu pejabat itu.Ramai memerhatikannya dengan perasaan teruja.Teruja dengan gaya, suara dan wajahnya yang kacak seperti lelaki ala-ala Korea itu.
"Apa maksud kau?"
Tiba-tiba,telefon bimbit Encik Kamal berbunyi.Menandakan ada panggilan masuk.
"Hello, pa?Dah sampai? Kejap,Kamal pergi tengok"kata Encik Kamal.
Kasih Arissa hanya memerhati gelagat Encik Kamal.Manakala,Arayan Wafiy hanya memerhati gelagat Encik Kamal dengan wajah tenangnya.
"Emilia,pergi check sama ada tetamu VVIP kita dah sampai ke belum?"arah Encik Kamal.
"Baik,Encik"sahut Emilia lalu beredar dari situ.
"Kau...kau belum selesai lagi dengan aku, Arissa"kata Encik Kamal,memberi amaran.
Kasih Arissa hanya mendiamkan diri.Langsung tidak bersuara sedari tadi.Mungkin sudah sedar bahawa dia berada dalam perasaan marah yang melampau.
"Kamal!"panggil Dato Hassan."Pa...papa"sahut Encik Kamal setelah melihat ayahnya sedang berjalan menuju ke arahnnya bersama dengan Emilia.Arayan Wafiy dan Kasih Arissa memandang ke arah yang sama.
Dato Hassan terus berhenti daripada melangkah setelah melihat wajah selain wajah anaknya itu.Terbutang matanya kerana terkejut.
"Tuan Ian"kata Dato Hassan sambil membengkokkan sedikit badannya,tanda hormat.
Semua yang berada disitu terus terkejut mendengar nama yang baru disebut oleh Dato Hassan tadi termasuk Kasih Arissa dan Encik Kamal.
Arayan Wafiy hanya tersenyum kecil memandang wajah Dato Hassan.
"Assmualaikum,Dato"sapa Arayan Wafiy sambil tersenyum kecil.
Semua terkejut termasuk Encik Kamal apabila mendengar kata-kata dari mulut Arayan Wafiy tadi.Wajah Encik Kamal mula berubah.
"Waalaikumussalam,Tan Sri"balas Dato Hassan dengan senyuman.Gelaran untuk Arayan Wafiy turut ditukar.
"Kamal, kenapa tak suruh Tan Sri Ian masuk dekat dalam bilik ofis?"soal Dato Hassan kepada anaknya pula.
Terus berubah pucat Encik Kamal dibuatnya.Kasih Arissa sudah terkedu dan hanya mampu mendiamkan.'Tan Sri?Jadi lelaki ni ke tetamu VVIP Dato Hassan?' soal Kasih Arissa dalam hati.
"Dato...Kan saya dah cakap,panggil saya Ian je"kata Arayan Wafiy sambil tersenyum manis.
Dato Hassan hanya ketawa.Tahu tentang keterlajuran katanya tadi.
"Maaflah,saya dah terbiasa"tawa Dato Hassan kembali menerjah ditelinga.
Arayan Wafiy turut ketawa kecil.Kemudian dia memandang wajah anak Dato Hassan itu.Kelihatan jelas bertapa pucatnya wajah Encik Kamal,kini.
"Ni ke anak Dato?"soal Arayan Wafiy berpura-pura tidak tahu.
"Ya,Ian.Kenapa?"soal Dato Hassan yang masih tidak tahu apa yang telah terjadi tadi.
Encik Kamal hanya mendiamkan diri.Matanya hanya memandang lantai sahaja,tidak berani mahu memandang wajah ayahnya mahupun Arayan Wafiy.
"Tak ada apa,Dato.Cuma...kalau boleh janganlah berkasar dengan orang,ye?Lagi-lagi dengan perempuan"kata Arayan Wafiy secara terang-terangan.
Kasih Arissa terasa terharu mendengar kata-kata Arayan Wafiy.Seolah-olah dia dapat merasakan keprihatinannya.
Encik Kamal pula hanya menundukkan kepala.Langsung tidak menganggkat wajahnya.
Dato Hassan mengerut dahi.Masih tidak faham dengan kata-kata Arayan Wafiy tadi.
"Maksud Ian?"
"Tak ada apa.Jomlah,kita mulakan dengan rancangan kita tadi"nafi Arayan Wafiy,menukarkan tajuk cerita.
"Ouh,ya.Jom,Ian.Kita pergi ke bilik saya.Kamal, kamu hantar Tan Sri Ian ke bilik papa.Nanti papa datang"ujar Dato Hassan kepada anaknya pula.
Encik Kamal mula cemas mendengar kata-kata ayahnya tadi,dia tak mampu menolak kerana adanya Arayan Wafiy dihadapannya ini.
"Ba...baik,pa"sahut Encik Kamal.
"Dato nak ke mana?"soal Arayan Wafiy tanpa mempedulikan reaksi cemas Encik Kamal.
"Saya nak ambil dokumen dekat staff saya"jawab Dato Hassan,jujur.
Arayan Wafiy hanya mengangguk."Baiklah,saya pergi dulu"pamit Arayan Wafiy sebelum beredar mengikuti Encik Kamal dari belakang.Tidak dilupakan juga, pembantu peribadi a.k.a pengawal peribadinya,Zul Helmi.
Kasih Arissa hanya memerhati langkah Arayan Wafiy sebelum dia meminta diri kepada Dato Hassan.
'Akhirnya,aku jumpa kau juga,Arissa'bisik hati kecil Arayan Wafiy.
Mengapa Arayan Wafiy datang ke tempat kerja Kasih Arissa?Apakah rancangan Arayan Wafiy yang sebenarnya?
Share this novel