Chapter 16-Takdir III

Romance Series 5168

PEMADUAN Arayan Wafiy sedikit tergangu dengan perbualan ayahnya sebentar tadi.Terlalu berat permintaan ayahnya.Sudahlah Kasih Arissa seperti mahu melarikan diri daripadanya.Apa jadi kalau dia terus tunaikan permintaan ayahnya itu?

"Oh...lagi satu.Papa ada permintaan dekat kamu"ujar Tan Sri Amzah dengan nada berharap.

Mendengarkan suara berharap ayahnya membuatkan hatinya tak senang bila dengar nanti.

"Permintaan apa papa?"soalnya dengan hati yang berat.Harapnya bukan permintaan yang berat sudahlah.

"Papa nak jumpa Arissa"pinta Tan Sri Amzah dengan penuh berharap.

Arayan Wafiy mengeluh setelah memikirkan tentang kejadian itu tadi.Pemanduanya masih diteruskan walaupun fikirannya melayang entah ke mana.

Bunyi telefonnya, tumpuaan Arayan Wafiy hilang.Segera dia mengenakan handfree untuk menjawab panggilan telefon.

"Assmualaikum,tuan"ucap Zul Helmi terlebih dahulu.Nadanya jelas kedengaran cemas di halwa telinganya.

"Waalaikumussalam.Ada apa kau call aku ni?Kejap lagi aku sampailah"balas Arayan Wafiy serius.Tak sabar-sabar betullah si Zul ni!

"Tuan.Dato Fakri datang"jelas Zul Helmi tanpa pedulikan amarah majikannya itu.

Arayan Wafiy yang mendengarkan terus berhenti mengejut di bahu jalan.Ada apa Dato Fakri tu datang ke syarikatnya?

"Kenapa dia datang?"soal Arayan Wafiy.Takkan sudah tiba masanya?

"Dia nak ambil alih syarikat FreeTree"jawab Zul Helmi laju.Sesekali dia memerhati gerak-geri Dato Fakri yang sedang memerhatikan sekeliling ruang pejabat.

"Okey,aku datang sekarang.Kau tolong lengahkan dia"arah Arayan Wafiy sebelum mematikan panggilan.Enjin kereta segera dihidupkan dan segera meluncur laju membelah jalan raya.

****

KASIH Arissa berasa takut melihat tetamu tak dijemput itu.Ramai pula yang datang.Dia pun tak pasti apa tujuan Dato Fakri datang ke tempat kerjanya.Arayan Wafiy pula masih tidak nampak batang hidungnya.

"Ada apa kau datang dekat sini,Fakri?"soal Dato Hassan dengan tegas.Kalau dengan Dato Fakri usahkan cakap dengan hormat,nak tunduk hormat pun dia tak ingin.

Dato Fakri hanya tersenyum sinis penuh makna.Mungkin bagi orang lain itu adalah senyuman ikhlas tapi bukan dengan Dato Hassan.Dia kenal siapa Dato Fakri yang sebenarnya.Hikporit!

"Aku ada benda nak bincang dengan kau.Sebelum tu,bagi aku tengok-tengokkan pejabat kau ni"katanya dengan selamba.Kakinya tetap melangkah perlahan-lahan sambil memandang sekeliling.

"Kalau nak bincang,kita bincang dekat tempat lain tapi bukan dekat sini"balas Dato Hassan serius.Tak ada masa mahu melayan baik dengan orang seperti Dato Fakri itu.Nasib baiklah semua pekerjannya tak ada, memandang sekarang merupakan waktu makan tengahari.Jadi,sudah tentu semua pekerjannya sedang enak menjamu selera.Kecuali Kasih Arissa.

"Dato,saya rasa lebih baik Dato jangan buat kecoh dekat sini"sampuk Zul Helmi sebelum orang tua itu ingin membalas kata dengan Dato Hassan.Dato Hassan hanya mendiamkan diri.Dia kenal siapa Zul Helmi,jadi tak salah kalau lelaki muda itu mahu menolongnya untuk menghalang Dato Fakri.

"Buat kecoh?Bila masa saya nak buat kecoh?Tak nampak ke saya nak mengeratkan silaturahim"ujarnya dengan sinis.Kakinya perlahan mendekati Zul Helmi.Lelaki muda itu langsung tidak berganjak sedikit pun walaupun jarak diantara mereka sangatlah dekat.

"Saya cuma nak sesuatu dari bos kamu ni"matanya laju mengerling memandang wajah Dato Hassan disebelah Zul Helmi."Apa kau merepek ni,Fakri?Kau nak apa?"marah Dato Hassan mula hilang sabar.

"Aku nak... syarikat ni"pinta Dato Fakri tanpa rasa bersalah.Semua yang berada disitu terkejut mendengar kata-kata berani Dato Fakri.Kasih Arissa lagilah,dia makin bertambah takut dengan situasi ketika ini.

"Kau ingat senang-senang aku nak bagi macam tu je?Ni syarikat aku!"marah Dato Hassan, suaranya sudah meninggi menahan marah.

"Kau tak kenal aku lagi ke,Hassan?Aku ni Fakri,apa yang aku nak...pasti aku akan dapat"Dato Fakri langsung tidak rasa bersalah.Peduli apa dengan kata orang,asalkan dia akan bertambah kaya dan dapat membina cawangan di persada dunia.Itulah impiannya walaupun menggunakan cara yang salah.

"Aku dah sediakan dokumen untuk kau tanda tangan.Anggaplah aku beli syarikat ni dari kau.Senangkan?"sambung Dato Fakri lagi.Senyuman sinis tak lekang dari bibir tuanya.

"Syarikat ni saya pilih dulu"tiba-tiba kedengaran suara yang menyampuk.Semua yang berada disitu beralih memandang ke arah suara tadi.

Disebalik pintu kaca, kelihatan Arayan Wafiy sedang berjalan penuh gaya mendekati Dato Fakri.Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.Wajahnya jelas kelihatan tenang walaupun hatinya sedang menahan marah yang teramat.

"Wah,Tan Sri Ian pun ada dekat sini?"sapa Dato Fakri, berpura-pura mesra.

"Apa yang Dato buat dekat sini?"soal Arayan Wafiy tanpa mempedulikan sapaan orang tua itu tadi.Wajahnya kelihatan serius sahaja membuatkan Kasih Arissa menelan air liur dalam diam.Gerun betul tengok wajah Arayan Wafiy ketika ini.

Perlahan-lahan,Dato Fakri mendekati lelaki muda itu.Senyuman palsu dihadiahkan buat lelaki muda itu."Macam yang Tan Sri dengar.Saya nak ambil alih syarikat ni.Macam mana?Setuju tak?"soal Dato Fakri,mesra.Ketawa kecil diletuskan dari bibirnya tetapi tidak bagi Arayan Wafiy dan semua yang berada di situ.

"Tak cukup lagi ke syarikat yang Dato rampas selama ni?"soal Arayan Wafiy sinis.Geram betul melihat perangai orang tua ini.Terlalu tamak!

Soalan Arayan Wafiy hanya dibalas dengan senyuman tipis.Langsung tidak terasa dengan kata-kata lelaki itu.Apa dia kisah?Janji hidupnya dipenuhi dengan kemewahan.

"Tan Sri jangan salah faham.Itu bukan rampas tapi ambil alih syarikat"

"Jadi, syarikat ni pun kau nak 'ambil alih' jugak ke,Fakri?"sampuk Dato Hassan,geram.

Kelihatan Dato Fakri hanya mengangguk tanda benar dengan kata-kata Dato Hassan tadi.

"Maaf,Dato.Syarikat ni,saya dah pilih.Jadi,saya harap Dato berhenti dari terus datang ke syarikat ni kalau tak ada kena-mengena dengan hal kerja"ujar Arayan Wafiy serius.

Wajah orang tua itu sedikit berubah dengan kenyataan yang dia dengar tadi.Nampaknya,Arayan Wafiy lebih pantas darinya.

"Betul ke?Bukan ke Tan Sri cuma bekerjasama dengan syarikat Dato Hassan ni"nasib baiklah,dia dapat idea membalas kata dengan Arayan Wafiy.Dia tak boleh kalah dengan orang muda apatah lagi dengan Arayan Wafiy!

Arayan Wafiy tersenyum senget sambil bersuara."Memang betul tapi keadaan dah berubah,Dato Fakri"balas Arayan Wafiy membuatkan orang yang berada disitu memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Kasih Arissa lagilah dia rasa terkejut.Dia ingat lelaki itu hanya bekerjasama dan menggantikan jawatan pengurus hanya sementara tetapi lain pula yang dia dengar hari ini.

Suasana di situ tiba-tiba sahaja menjadi hening.Senyap dan sunyi.

"Baiklah.Kalau macam tu,lain kali kita jumpa lagi"kaki Dato Fakri terus meluru keluar meninggalkan semua orang yang berada disitu.Kalau nak kata dia sudah kalah,mereka silap sama sekali.Jangan ingat dia sudah mengalah.Tak!Dia takkan mengalah selagi apa yang dia impiankan masih belum tercapai.

Arayan Wafiy hanya membiarkan Dato Fakri berlalu begitu sahaja.Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan.

"Tuan!Tuan okey ke?"soal Zul Helmi melihatkan Arayan Wafiy seperti tidak bermaya sahaja.

Arayan Wafiy hanya mengangguk."Aku okey"

"Tan Sri sakit ke?"soal Dato Hassan pula.Risau pula melihat wajah lemah Arayan Wafiy.

Arayan Wafiy hanya mengeleng kepala."Tak,Dato.Saya okey.Saya masuk bilik dulu.Pasal Dato Fakri nanti saya jelaskan"

Dato Hassan mengangguk."Yelah.Tan Sri berehatlah dulu"

Arayan Wafiy hanya mengangguk sebelum dia berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik pejabatnya.

Kasih Arissa hanya memerhati belakang badan Arayan Wafiy yang sudah hilang disebalik pintu.Betul ke Arayan Wafiy okey?Nampak macam tak bermaya aje?

Perlahan-lahan dia mengelengkan kepala.Kenapa dia ambil berat sangat pasal lelaki tu?Bukan ada kena-mengena dalam hidup dia pun.Untuk mengelakkan dirinya dari terus berfikir,Kasih Arissa pun terus menyambung kembali kerjanya yang ditinggalkan separuh jalan itu.

Dato Hassan dan Zul Helmi pula telah lama menghilangkan diri mereka.Pergi mana pun dia tak tahu.Biarlah!Bukan masalah dia.

Maaf lambat update,semoga terhibur! Selamat membaca! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience