"SEMUA dah selesai,tuan"kata Zul Helmi setelah dia habis berbual dihujung talian tadi.
Arayan Wafiy hanya mengangguk.Hari ini merupakan hari pertama untuk dia memulakan rancangannya semula.Dia berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.
"Pukul berapa dia suruh aku datang?"soal Arayan Wafiy sambil sibuk menilik jam tangan mahalnya.
"Datuk Hassan cakap, dia akan tunggu tuan pada bila-bila masa saja"jawab Zul Helmi.
Arayan Wafiy hanya mengangguk tanda faham."Kalau macam tu...lepas habis meeting, kita ke sana"kata Arayan Wafiy,memutuskan kata sepakat.
Zul Helmi hanya mengangguk tanda faham."Baik,tuan!"
....
BUK!
Tersentak Kasih Arissa dengan bunyi yang sangat kuat itu.Dia memerhati wajah cemburut sahabatnya,Aliya.
"Kau dah kenapa ni,Liya?Macam baru lepas bergaduh dengan boyfriend je"kata Kasih Arissa sambil menghirup air milonya.
"Haah.Tapi,lagi teruk daripada bergaduh dengan boyfriend"balas Aliya sambil menghenyak punggungnya di kerusi kafeteria syarikat itu.
"Apasal?"teringin juga nak tahu siapa yang membuatkan sahabatnya ini marah sangat.
"Encik Kamal tulah!Geram aku.Gatal!Miang!Eee...menyampah betul aku!"ujar Aliya sambil mengengam tangannya menahan marah.
Kasih Arissa hanya mengeluh.Macam tak kenal pulak siapa Encik Kamal tu.Lelaki buaya dan selalu ambil kesempatan terhadap wanita.
"Apa dia dah buat kali ni?"soal Kasih Arissa ingin tahu.
"Tadi lepas waktu lunch,Encik Kamal tu nak jumpa aku dengan Aina.Bila kitaorang dah sampai dekat bilik dia,kami berbincanglah macam biasa pasal projek baru tu.Tapi bila lama-lama je,dia mula main gesel-gesel kaki dekat aku.Ee...geram aku.Dasar buaya!Dia ingat aku tak tahu ke yang dia tu kaki perempuan.Perempuan keliling pinggang"cerita Aliya dengan perasaan marahnya.
"Encik Kamal dah melampau!Aku rasa Datuk kena tahu pasal perangai anak dia ni"kata Kasih Arissa.
"Aku pun ada terfikir pasal tu jugak.Tapi,batang hidung bos kita pun tak nampak.Aku ni dah lama pendam pasal perangai tak senonoh anak dia tu"
"Datuk pergi mana?"soal Kasih Arissa.
"Entah.Tak tahu pulak aku"jawab Aliya sambil menghirup air yang baru dipesannya tadi.
"Arissa"panggil Emilia dengan wajah pucatnya.
"Ada apa,Emy?"sahut Kasih Arissa.Kesian melihat wajah pucat milik Emilia itu.
"En... Encik Kamal nak jumpa kau"kata Emilia selaku Personal Assistant Encik Kamal.
Kasih Arissa dan Aliya terkedu mendengar kata-kata dari mulut Emilia tadi.
"Kenapa dia nak jumpa aku?"soal Kasih Arissa.Setahunya,dia tak ada apa-apa urusan dengan Encik Kamal pun.
Emilia hanya menganggkat kedua-dua belah bahunya,tanda tidak tahu.
"Tak tahulah.Aku tak pasti"
Kasih Arissa mengeluh lemah.Dia malas mahu berjumpa dengan lelaki yang dikatakan buaya itu.
"Arissa,aku rasa...lebih baik kau jangan pergi.Aku risau dia nak buat benda tak baik pulak dekat kau nanti"kata Aliya yang mula risau.
"Habis tu?Kalau aku tak pergi,nanti dia marah aku pulak"
"Kalau kau nak pergi,biar aku teman kau"cadang Aliya.Walaupun sememangnya,dia malas mahu berhadapan dengan Encik Kamal itu lagi.
"Tak payahlah.Emy ada.Lagipun dekat ofis,mesti dia tak berani nak buat benda yang tak elok dekat aku"kata Kasih Arissa.
"Betul ni?"soal Aliya lagi.
"Ya,betul.Aku pergi dulu"pamit Kasih Arissa sebelum dia berlalu pergi bersama Emilia disisi.
Aliya hanya memandang kelibat sahabatnya dengan pandangan mata.Dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja.
....
KASIH Arissa menarik nafas perlahan-lahan dan hembus dengan perlahan-lahan.Dia perlu bersiap sedia untuk menghadapi bos muda ini.
Tuk!Tuk!Tuk!
Kasih Arissa mengetuk pintu dengan perlahan.Beberapa saat kemudian, kedengaran suara Encik Kamal dari dalam,menyuruhnya masuk.
"Encik nak jumpa saya?"soal Kasih Arissa setelah kakinya sudah berdiri tegak dihadapan meja Encik Kamal.
Encik Kamal tersenyum lebar setelah melihat wajah manis milik Kasih Arissa.Sejujurnya,dia sangat menginginkan gadis seperti Kasih Arissa.
"Ya.Duduklah.Boleh kita berbual sekejap"kata Encik Kamal dengan senyuman gatalnya itu.
"Tak apalah,Encik.Saya berdiri je"Kasih Arissa mula rasa tidak selesa.Dengan mata Encik Kamal yang masih tidak berhenti memandang wajahnya sedari tadi.
"Jangan macam tu.Nanti kaki awak sakit"kata Encik Kamal dengan nada prihatinnya.
"Tak apa Encik Kamal,saya dah terbiasa.Terima kasih"balas Kasih Arissa.
Belum sempat Encik Kamal ingin membalas, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.
"Yes,pa?"sahut Encik Kamal terlebih dahulu.
Kasih Arissa hanya mendiamkan diri sambil memerhati gerak geri Encik Kamal.
"Okey,pa.No problem"kata Encik Kamal setelah mendengar kata-kata ayahnya di hujung talian.
"Jom,ikut saya"sambung Encik Kamal lalu berjalan laju ke pintu biliknya.Kasih Arissa hanya mengikuti dengan penuh tanda tanya.
Apa yang terjadi terhadap Kasih Arissa?Apakah rancangan Arayan Wafiy yang sebenarnya? Berjayakah Arayan Wafiy untuk menunaikan permintaan Tengku Anas?
Share this novel