Chapter 3-Kisah silam

Romance Series 5168

20 TAHUN SEBELUM...

RUMAH TENGKU ANAS...

"DAH check semua CCTV?"soal Tan Sri Amzah kepada pekerja-pekerjanya.

"Sudah,Tan Sri.Setakat ni,tak ada apa-apa yang mencurigakan"jawab salah seorang pekerja Tan Sri Amzah.

Tan Sri Amzah hanya mengangguk.Setelah dia memberikan segala arahannya,dia melangkah menuju ke arah Tengku Anas yang berada di ruang tamu.

"Kau okey,Anas?"soal Tan Sri Amzah, prihatin.Disaat ini,dia perlu memberikan semangat kepada sahabatnya ini.

Tengku Anas hanya tersenyum pahit.Disaat ini,dia hanya memikirkan keselamatan ahli keluarganya.Itulah yang membuatkan dia sangat risau.

"Macam mana aku nak okey kalau keselamatan ahli keluarga aku dalam bahaya,Am"jawab Tengku Anas dengan nada perlahan.

Tan Sri Amzah hanya mendiamkan diri.Tidak tahu cara mahu memujuk hati Tengku Anas yang sedang melawan perasaannya.

"Kau jangan risau,aku akan pastikan kau dan keluarga kau selamat.Kita sama-sama doakan semoga Allah lindungi kita semua"pujuk Tan Sri Amzah.

Tengku Anas hanya tersenyum pahit.Ya,dia juga berdoa semoga Allah lindungi dia dan semua ahli keluarganya.Tetapi, perasaan bimbang itu masih membelenggu di hatinya.

"Am...aku nak minta tolong dengan kau buat kali terakhir, boleh?"pinta Tengku Anas dengan penuh berharap.Berharap supaya Tan Sri Amzah sudi membantunya untuk kali yang terakhir.Walaupun,terlalu banyak jasa yang telah diberikan oleh sahabatnya ini.

Tan Sri Amzah mengangguk."Demi kau,aku sanggup tolong kau,Anas"

"Aku nak minta tolong kau lindungi anak dengan isteri aku kalau aku dalam bahaya"pinta Tengku Anas.

"Anas...jan..."belum sempat Tan Sri Amzah ingin menghabiskan kata-katanya,Tengku Anas pantas memotong.

"Aku tahu...tapi,aku harap kau dapat tunaikan permintaan aku ni"

Tan Sri Amzah mengeluh lemah.Dia tak sanggup,jika sahabatnya berada dalam bahaya.Baginya,Tengku Anas sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

"Ya.Aku janji.Aku janji,Anas"janji Tan Sri Amzah.

Tengku Anas pantas memeluk tubuh Tan Sri Amzah.Dia terharu mempunyai seorang sahabat yang tidak jemu menolongnya.Malah,sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

"Terima kasih,Am"ucap Tengku Anas dengan nada yang sangat sayu.Air mata lelakinya jatuh juga dari tubir mata.

Tan Sri Amzah turut membalas pelukkan Tengku Anas.Sayu mendengar ucapan dan nada suara sahabatnya itu.

Akhirnya,di ruang tamu itu menjadi saksi diantara mereka berdua.Saksi ikatan persahabatan yang sangat kuat dan untuh.

"MANA kau,ANAS?!"jerit Dato Fakri.Langsung tidak pedulikan cecair merah yang melekat di tubuhnya.

Dato Fakri berjalan di sekitar ruang tamu sambil mata tercari-cari kelibat Tengku Anas dan ahli keluarganya.Bau darah yang kuat di ruang tamu itu,langsung tiada kesan pada diri Dato Fakri.

Terdapat banyak jasad yang telah dibunuh oleh tangannya sendiri dan juga orang suruhannya.Perasaan perikemanusiaan langsung tidak ada didalam hatinya.

Apa yang dia mahukan adalah dia perlu hapuskan Tengku Anas dan seluruh ahli keluarganya.

"Keluarlah,Anas!Kali ni kau takkan terlepas!"jerkah Dato Fakri.

"Apa kau nak,Fakri?"soal Tengku Anas,tiba-tiba.Sedari tadi,dia hanya menyembunyikan diri di dalam bilik.Apabila mendengar kata-kata Dato Fakri,kesabaran untuk menunggu tidak dapat dikawal lagi.

"Aku nak kau mati!"jawab Dato Fakri secara terang-terangan.

Dalam diam,Tengku Anas mengucap setelah mendengar kata-kata dari mulut yang sudah dianggap sahabatnya itu.Sampai kesitu sekali Dato Fakri fikirkan.Dia betul-betul kecewa dengan Dato Fakri.

"Apa salah aku pada kau,Fakri?"soal Tengku Anas.Kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga.

Dato Fakri hanya tersenyum sinis.Dia betul-betul benci melihat wajah tenang milik Tengku Anas.Baginya,Tengku Anas ini layak mati ditangannya.

"Itu bukan masalah kau lah,Anas!Bagi aku,lepas aku bunuh kau,'kerja' aku dah selesai.Senang,kan?"ujar Dato Fakri sambil tersenyum sinis.

"Kau memang tak takut dosa ke,Fakri?Cuba bawa mengucap" Tengku Anas cuba ingin menenangkan Dato Fakri yang kelihatan separuh sedar itu.

"Dosa?Aku rasa,kau yang tak takut dosa.Dari dulu lagi,aku memang benci kau.Impian aku,aku nak bunuh kau dengan tangan aku sendiri!Jadi,kau jangan cakap soal dosa!"

"Fakri...bawa mengucap.Ingat Allah.Aku dah anggap kau macam keluarga aku.Jangan buat kerja yang merepek" Tengku Anas cuba ingin memujuk hati Dato Fakri.Walaupun peluang untuk memulihkan hati Dato Fakri agak tipis.

"Jangan cuba halang akulah!" jerkah Dato Fakri sambil menghala pistol api tepat ke arah Tengku Anas.

Tengku Anas terkejut apabila melihat Dato Fakri mempunyai senjata api.Dia juga tidak sangka bahawa Dato Fakri sanggup ingin membunuhnya.

"Abang!"jerit Tengku Asiana dari tingkat atas.Dia tak sanggup melihat suaminya ditembak oleh Dato Fakri itu.

"Sayang!Jangan datang sini!"kata Tengku Anas ingin menghalang isterinya dari mendekati Dato Fakri.

Dato Fakri tersenyum sinis.Kemudian, matanya melirik ke arah orang surahannya,memberi arahan.Seperti faham maksud tersirat disebalik lirikkan mata Dato Fakri,dua orang lelaki berbadan sasa menuju ke arah Tengku Anas manakala dua orang lagi menuju ke arah Tengku Asiana.

Tengku Anas mula cemas apabila melihat dua orang lelaki berbadan sasa sedang menuju ke arah isterinya.Dengan pantas,dia cuba berlari ke arah isterinya.

"Sayang!"

Belum sempat dia ingin bergerak, Dato Fakri pantas melepaskan picu pistol ke arah kaki Tengku Anas.

"Arghhhh..." jerit Tengku Anas dalam kesakitan.Dia terduduk menahan kakinya yang sudah mengeluarkan cecair merah.

"Abang!"jerit Tengku Asiana dalam tangisan.Dia meronta-ronta dari gengaman dua orang berbadan sasa yang cuba menariknya turun ke bawah.

"Ana..."panggil Tengku Anas dalam kesakitan.Dia tak sanggup melihat isterinya diheret dengan begitu kasar sekali.Sungguh kejam!

"Fakri!Kau jangan apa-apakan isteri aku!"marah Tengku Anas.Kesabarannya sudah hilang entah ke mana.

Dato Fakri tergelak jahat.Langsung tidak berasa kesian ataupun serba salah.

"Maaflah,Anas.Aku 'terpaksa' "kata Dato Fakri lalu menembak picu pistol ke arah Tengku Asiana.Tengku Asiana jatuh ke lantai dan mengerang kesakitan di perutnya.Cecair merah ditubuh Tengku Asiana mula mengalir keluar dengan banyak.

"A...aa.. abang"panggil Tengku Asiana.Nadanya mula rasa perlahan.

Air mata Tengku Anas mula mengalir melihat isterinya sudah terbaring tidak bernyawa.

"Ana!!!"jerit Tengku Anas sambil cuba mencapai tangan isterinya dari jauh.Jika boleh,mahu saja dia memeluk isterinya dan membawanya ke hospital dengan kadar segera.Tetapi,dia tidak ada daya untuk berbuat begitu.

"Lepas tu...apa kita nak buat,bos?"soal salah seorang orang surahan Dato Fakri.

"Cari anak perempuan diaorang!Mungkin diaorang ada sorokkan dekat dalam rumah ni"jawab Dato Fakri.

Orang suruhan Dato Fakri hanya mengangguk lalu mengarah kawan-kawannya untuk turut sama mencari anak perempuan Tengku Anas.

"Kau jangan berani sentuh anak aku!"jerkah Tengku Anas.

Dato Fakri hanya tersenyum sinis."Maaf,Anas.Kalau aku dah bunuh kau,anak kau pun aku kena bunuh jugak"

Tengku Anas mengetam gigi menahan marah."Jahanam kau,Fakri!"jerkah Tengku Anas dalam kesakitan yang tidak dapat ditahannya lagi.

Dato Fakri hanya tersenyum sinis sementara menunggu orang suruhannya berjaya menemui anak perempuan Tengku Anas.

Apa yang akan terjadi selepas itu?Adalah anak perempuan Tengku Anas berjaya diselamatkan?Dimana Tan Sri Amzah? Adakah Tan Sri Amzah berjaya membalas dendam untuk sahabatnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience