Chapter 13- Perasaan II

Romance Series 5168

KASIH Arissa mengengam erat tangannya dengan mulut yang terketar-ketar menahan debaran.Risau betul nak keluar dari tandas ini,entah kenapa dia sanggup 'bermalam' di dalam tandas sehingga Arayan Wafiy tidak lagi menganggu hidupnya.

Sejak beberapa minggu ini, perwatakan Arayan Wafiy sangat berlainan selepas kejadian memalukannya itu.Silap hari bulan,pasti semua pekerja di syarikat ini akan tahu juga perwatakan Arayan Wafiy yang sudah berubah seratus peratus itu.

Mana taknya,Arayan Wafiy selalu ingin 'berkepit' dengannya seperti sedang bercinta pula.Dia jadi tak selesa dengan perubahan Arayan Wafiy yang sebegitu drastik itu.Entah-entah itu memang perangai dia yang sebenar?Tapi kenapa dia asyik kacau aku je?Kenapa bukan orang lain?sempat Kasih Arissa membebel dalam hati.

"Eh...kau dengar cerita tak?" tiba-tiba kedengaran suara lembut di depan pintu tandas yang sedang didudukinya.Mesti menghadap cermin semata-mata untuk kemaskan makeup dekat muka.Entah bila mereka masuk pun tak tahu.Jauh betul dia mengelamun dalam tandas ni.

"Dengar apa?"kedengaran suara yang lain pula menjawab."Pasal pengurus baru dekat syarikat ni"Kasih Arissa mendiamkan diri sambil terus memasang telinga untuk tahu apa yang dibualkan oleh gadis-gadis itu.Berpura-pura dia tidak wujud di situ.

"Ha...kenapa dengan dia?"kedengaran gadis itu seperti berminat sahaja mahu berbual pasal Arayan Wafiy itu.Gedik.Sempat Kasih Arissa mencebir bibir.

"Aku pernah nampak dia.Handsome betullah pengurus tu"puji gadis 'A' pula.Kasih Arissa yang mendengar kata-kata gadis 'A' tadi mencebir sambil membuat muka loya.Handsome ke?Buta ke perempuan tu?

Hai...Arissa.Dah lupa ke dulu kau pernah puji mamat tu? bisik hati kecilnya pula.Kasih Arissa hanya menggigit bibir kerana dia pernah memuji bertapa kacaknya Arayan Wafiy,lagi-lagi bila lelaki itu tersenyum.Fuh...tergugat iman woo!!

"Haah.Tan Sri pulak tu.Untunglah siapa jadi girlfriend dia,kan?"balas gadis 'B' pula.Kasih Arissa mencebir bibir lagi.Tak habis lagi ke sesi puji-memuji lelaki tu? Sia-sia je dia 'pasang telinga' tadi.Ceh...

Selepas suara gadis-gadis itu menghilang,Kasih Arissa terus membuka sedikit pintu tandas.Kepalanya di keluarkan sedikit,manalah tahu Arayan Wafiy tu buat perangai gila dia tu tunggu dekat depan tandas perempuan.Naya dia nanti!

Selepas melihat keadaan kembali normal,Kasih Arissa cepat-cepat keluar dari tandas.Dia perlu sampai ke mejanya dan mengambil barangnya sebelum dia 'cabut' lari dari Arayan Wafiy itu.Harap sempatlah! Aamiin.Sempat Kasih Arissa berdoa dalam hati.

****

ARAYAN Wafiy tercari-cari kelibat yang sudah lama dia nantikan tetapi batang hidungnya langsung tidak kelihatan.Mana pergi pulak Kasih Arissa ni?

"Tuan"panggil Zul Helmi dari belakang.

Arayan Wafiy terus berpaling ke belakang, kelihatan Zul Helmi berdiri tegak di hadapannya."Tuan cari siapa?"soal Zul Helmi selepas melihat kepala Arayan Wafiy masih lagi berpaling ke tempat lain, seperti mencari seseorang.

"Aku cari Arissa"jawab Arayan Wafiy dengan matanya khusyuk mencari kelibat gadis itu.Wajah Zul Helmi langsung tidak menarik perhatiannya untuk dipandang."Kenapa?Cik Cassia ada masalah ke?"soal Zul Helmi.Dia sudah bersiap sedia jika Arayan Wafiy ingin mengarahnya mencari Kasih Arissa.

Kepala Arayan Wafiy pantas mengeleng."Tak.Aku cuma nak jumpa dia"balas Arayan Wafiy dengan selamba.Pada mulanya,dahi Zul Helmi berkerut menahan tanda tanya kemudian kerutan di dahinya hilang serta merta.Biarlah dia tanya Arayan Wafiy nanti.Dia rasa,Arayan Wafiy tak ada masa nak menjawab soalannya ketika ini.

"Tuan nak saya carikan Cik Cassia ke?"

Sekali lagi kepala Arayan Wafiy mengeleng."Tak.Tak payah.Biar aku cari sendiri.Kalau orang cari aku,cakaplah yang aku ni ada hal"arah Arayan Wafiy sebelum dia menghilang daripada pandangan mata Zul Helmi.

Zul Helmi hanya memerhati sebelum dia menuju ke bilik pejabat Arayan Wafiy semula.Dia perlu selesai perkara yang diamanahkan oleh Arayan Wafiy kepadanya tadi sebelum pulang ke rumah.Hari pun dah makin lewat ni...

****

PUNAT kereta segera dipicit sebelum dia memasuki ke dalam perut kereta miliknya.Waktu bekerja telah lama tamat,jadi dia pasti waktu-waktu macam ni Arayan Wafiy mungkin masih berada di dalam bilik pejabatnya.Workaholic katakan...

Anak mata kunci terus disumbatkan ke dalam lubang kunci,kemudian dipulas kunci itu tetapi enjin keretanya langsung tidak dapat dihidupkan.Kasih Arissa terpanar,anak tekaknya menelan air liur menahan debaran.Dia cuba memulas kunci keretanya lagi tetapi enjin keretanya masih tidak hidup.Kasih Arissa mula rasa cuak.Haih...time-time macam nilah kau nak buat hal, ye kereta.Sempat Kasih Arissa merungut.

Nak minta tolong Aliya, sahabatnya itu sudah lama pulang ke rumah.Takkan dia nak suruh Aliya datang ke sini semula semata-mata untuk menyambutnya pulang ke rumah.Tak tambah lagi dengan keadaan jalan raya yang semakin sesak pada waktu macam ni.

Tangan Kasih Arissa terus menekan butang membuka bonet dihadapan kereta.Dia nak tahu apa yang telah rosak sehingga keretanya tidak dapat dihidupkan.Pintu bonet segera dibuka dan banyak asap yang keluar dari bonet itu.Terbatuk-batuk Kasih Arissa dibuatnya.

"Aishh,berasap pulak.Time-time macam nilah kau nak buat hal.Kau tahu tak yang aku ni nak kena cepat"Bebel Kasih Arissa seorang diri.Dalam dia sedang melayan perasaannya,sebuah kereta BMW hitam berhenti dihadapan keretanya.Lebih tepat lagi, berdekatan dengan tempat yang dia berdiri ketika ini.

Kasih Arissa hanya memerhati dengan perasaan bengang.Bengang dengan kereta pun tak habis lagi ni,risau kalau-kalau dia pergi hamun pemilik kereta mewah itu pula.Mendengar pintu kereta dibuka membuatkan Kasih Arissa berhenti daripada terus melayan perasaannya.Dadanya berombak kencang melihat wajah dihadapannya ini.Encik Kamal!Kenapa mamat ni tak balik lagi?

"Arissa,do you have a problem?"soal Kamal sambil kakinya perlahan mendekati dirinya.Kepala Kasih Arissa pantas mengeleng. "Tak.Tak ada apa-apa,Encik Kamal"jawab Kasih Arissa laju.Kakinya perlahan mengundur ke belakang, menjauhi jarak daripada Kamal.

Mata Kamal terus tertancap pada bonet kereta Kasih Arissa yang sudah berasap tebal itu.Disitu dia sudah tahu mengapa gadis itu masih berada di sini lagi."Come on, I'll send you home"langkahnya diayunkan ke arah kereta kesayangannya itu.Pintu di bahagian penumpang segera dibuka.Kepalanya berpaling memandang Kasih Arissa yang masih tidak berganjak dari tadi.

"Tak apalah,Encik Kamal.Saya dah call mekanik untuk repair kereta.Kejap lagi sampailah"tipu Kasih Arissa.Sedangkan nombor telefon mekanik pun dia tak ada tetapi dia terpaksa berbohong demi menjauhi Kamal.Dia tak teringin langsung mahu menumpang kereta Kamal tambahan lagi terpaksa duduk berdua di dalam kereta yang sama selepas apa yang terjadi di antara mereka dahulu.Huh...

"Are you sure? Hari dah lewat ni.Esok jelah awak repair kereta awak,tak elok kalau seorang gadis cantik macam awak ni masih ada dekat sini sorang-sorang"pujuk Kamal,pintu keretanya masih terbuka luas menunggu Kasih Arissa masuk ke dalam.Kejadian yang menimpa dirinya dan gadis itu seolah-olah seperti tidak pernah terjadi.Wajahnya masih selamba tanpa perasaan serba salah.

Kasih Arissa hanya mendiamkan diri.Matanya tertancap pada susuk tubuh Arayan Wafiy yang baru keluar dari bangunan besar, bangunan apa lagi kalau bukan tempat kerjanya.Kelihatan gerak-geri lelaki itu seperti sedang tercari-cari sesuatu.Tanpa sedar, tangannya mengaru kepala yang tidak gatal."Awak ada kutu ke?"soal Kamal tiba-tiba.

"Hah?"mulut Kasih Arissa sedikit melopong.

Kamal menahan tawa melihat wajah blur milik Kasih Arissa."Saya tengok awak dari tadi asyik garu kepala aje sebab tulah saya tanya sama ada awak ni ada kutu ke tak?"gurau Kamal dengan tawa kecilnya.

"Mana adalah!"marah Kasih Arissa.Terpaksa juga marah dekat bos sendiri.Geram pun ada.Boleh pula si Kamal ni fikir sampai ke situ.Cehh!!

"So?Are you willing?"soal Kamal kembali serius.Tangannya sudah diajukan ke arah pintu keretanya yang masih terbuka.Kasih Arissa menelan air liur sebelum dia membuat keputusan...

"Tan Sri Arayan!"jerit Kasih Arissa, tiba-tiba.Matanya beralih memandang kelibat Arayan Wafiy yang sedang membelek telefonnya,mungkin mahu membuat panggilan telefon.Sempat Kasih Arissa membuat andian sendiri.Mendengar suara yang sedari tadi dia tercari-cari segera berpaling ke arah suara yang dia dengar tadi.Kelihatan Kasih Arissa sedang melambai-lambai ke arahnya dan...Kamal,anak Dato Hassan tu.Huh!Buat apa mamat ni dekat sini?

Perlahan-lahan,kaki Arayan Wafiy tetap juga melangkah mendekati mereka berdua.Matanya tajam menikam anak mata Kamal.Lelaki itu seperti sengaja mahu mendekati Kasih Arissa walaupun dia hampir berlaku kasar terhadap gadis itu.

"Tan Sri Arayan tak balik lagi ke"soal Kasih Arissa, berpura-pura bertanya membuatkan lamunan Arayan Wafiy terhenti.Kepalanya pantas menoleh memandang wajah Kasih Arissa disebelahnya.Arayan Wafiy masih diam membisu.

Kasih Arissa memberi isyarat mata ke arah keretanya yang masih berasap tebal itu.Berharap lelaki itu faham maksud pandangannya itu.Melihatkan lirikan mata gadis itu,mata Arayan Wafiy tertancap pada kereta comel milik Kasih Arissa yang sedang 'tidur' lena itu.Barulah dia faham bahawa Kasih Arissa memerlukan bantuannya tambahan pula Kamal sedang berdiri tegak sambil membuka pintu kereta yang masih terbuka luas itu.

"Oh..saya memang nak balik pun.Awak kenapa ni?Ada masalah?"soal Arayan Wafiy, berpura-pura bertanya.Pada hal dia dah nampak apa yang terjadi sekarang ni.Dalam diam,Kasih Arissa mengeluh lega.Nasib baiklah,Arayan Wafiy faham maksudnya tadi.Selamat...

"Kereta saya rosak,Tan Sri.Jadi saya kena tunggu mekanik sampai untuk repair kereta saya"jelas Kasih Arissa dan diselitkan sedikit dengan pembohongan.Kamal hanya memerhati dengan perasaan bengang di dada.

"Tak apalah.Awak boleh balik dengan saya.About your car, I will take care of it"cadang Arayan Wafiy dengan serius.Belum sempat Kasih Arissa ingin menjawab, kedengaran pintu kereta dihempas dengan kuat.Segera Arayan Wafiy dan Kasih Arissa berpaling dengan serentak.

"Tan Sri,saya rasa biarlah Arissa ni balik dengan saya.Lagipun,dia dah lama bekerjasama dengan saya.Saya rasa,Cik Arissa pun tak kenal lagi macam mana perwatakan Tan Sri,betul tak Arissa?"sampuk Kamal.Nada geram masih kedengaran di halwa telinga Arayan Wafiy.

Kasih Arissa hanya mendiamkan diri.Serba salah mahu menjawab,dia lebih rela menumpang kereta Arayan Wafiy daripada Kamal ini.

"What do you mean?"soal Arayan Wafiy cuba menahan geram.Berani betul anak Dato Hassan ini memerlinya."Why?Salah ke saya cakap,Tan Sri?"perli Kamal, berpura-pura tak faham.Sengaja menguji kesabaran Tan Sri muda itu.

Arayan Wafiy hanya tersenyum sinis."Yeah,betullah tu.But, I think it's better if I send Miss Arissa home with me because now I am the boss here"tegas Arayan Wafiy berkata."Or...we can ask Miss Arissa to decide.So, Miss Arissa...what's your decision?"sambung Arayan Wafiy setelah Kamal hanya bersikap membisu.

"Err"ahh,jadi kusut pula apabila dua orang lelaki berdebat kata hanya kerana ingin menghantarnya pulang.Aishh...

"Encik Kamal,saya rasa...saya balik dengan Tan Sri Arayan jelah.Lagipun,saya ada perkara penting nak berbincang dengan Tan Sri"kata Kasih Arissa,serba salah.Tipu lagi! "Discuss about what?"dahi Kamal sedikit berkerut.Tiba-tiba sahaja,dia rasa ada sifat ingin tahu.

"About office matters. If there is nothing, we will go first"sampuk Arayan Wafiy sebelum dia perlahan-lahan meninggalkan Kamal di situ.Dalam masa yang sama,dia juga turut menipu demi mengelakkan lelaki itu terus-menerus mendesak Kasih Arissa."Tan Sri,sekejap"jerit Kasih Arissa sambil tangannya laju sahaja mencapai beg tangan dan menutup bonet kereta.Punat kereta ditekan sebelum dia meminta diri kepada Kamal untuk beredar.

Kamal hanya merengus kasar melihat Arayan Wafiy seperti semakin rapat dengan Kasih Arissa."Cehh...jaga kau Arayan.Kau ingat kau ada pangkat tinggi,kau boleh jatuhkan aku?Boleh blahlah!"marah Kamal sambil memerhati kelibat kereta mewah Arayan Wafiy sudah meluncur laju membelah jalan raya.

Kamal terus masuk ke dalam perut kereta dan kereta BMW hitamnya segera dipandu dengan laju meninggalkan pekarangan pejabat milik ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience