Part 20.

Romance Completed 18219

Humaira segera di bawa ke hospital. Datin Suraya terkejut saat melihat Humaira terbaring kaku di dalam bilik.

Dia segera menelefon Datuk Razali. Marah macam mana pun dia dengan Humaira, Humaira tetap anak kandungnya. Dia tetap sayangkan gadis itu.

" Doktor macam mana keadaan anak saya? " Datin Suraya segera ke arah doktor yang baru keluar daripada bilik Humaira dirawat.

" Macam mana doktor? Dia tak apa-apa kan? " soal Datuk Razali pula.

" Sabar ya datuk, datin. Mari ikut saya ke bilik. Ada perkara yang saya nak bincangkan " .

Mereka berdua akur. Langkah diatur ke bilik doktor itu.

" Aina Humaira disahkan menghidap kanser otak " .

Bagaikan terhenti seketika dunia Datin Suraya dan Datuk Razali saat mendengar kata-kata doktor itu.

" Doktor, anak saya masih selamat kan? Doktor tolong buat apa sahaja asalkan dia selamat doktor. Saya akan bayar berapa pun. Tolong doktor " .

Datuk Razali mengusap-usap bahu isterinya itu.

" Maaf Datin. Kanser Aina Humaira sekarang sudah berada di tahap ketiga. Faedah rawatan hanya untuk melegakan gejala dan memanjangkan jangka hayat sahaja. Memandangkan kemungkinan kecil bagi pesakit untuk pulih sepenuhnya. Terutamanya ketumbuhan atau kanser yang telah merebak ke bahagian badan yang lain " jelas doktor Afiq.

Terhinjut-hinjut bahu Datin Suraya menangis. Dia tidak mahu kehilangan Humaira.

" Tak...Maira tak boleh mati.... " .

" Mama.. " panggil Humaira.

Perlahan-lahan dia membuka matanya.

" Ya sayang? " Datin Suraya tersenyum kelat.

" Ma, Maira nak balik. Maira tak nak duduk hospital ni. Maira bosan " .

Datin Suraya menahan sebak melihat wajah pucat anak bongsunya itu.

" Sayang, mana boleh macam tu. Maira tengah sakit. Maira kuatkan diri. Nanti Maira boleh balik bila Maira dah sihat. Ya sayang? " pujuk Datin Suraya.

Humaira mengangguk lemah. Dia melelapkan kembali matanya. Datin Suraya mengusap perlahan rambut Humaira.

" Maira menghidap kanser otak " beritahu Datin Suraya.

Terkejut Fatin saat mendengarnya. Air matanya mengalir perlahan.

" Tolong Fatin. Buat apa sahaja untuk bahagiakan Maira sebelum dia tutup mata untuk selamanya. Aunty sayangkan dia. Doktor cakap dia mungkin tak akan bertahan lama lagi. Tolong ya Fatin ? " .

Fatin memejamkan matanya. Dia tidak boleh membayangkan seandainya Humaira pergi buat selamanya. Dia terlalu sayangkan sahabat baik nya itu.

" Insya Allah. Insya Allah aunty " .

" Aunty, izinkan untuk ustaz Amir jumpa dengan Maira? Boleh? " soak Fatin.

Lama Datin Suraya berfikir. Akhirnya dia mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience