Part 12.

Romance Completed 18219

Pagi-pagi lagi Amir sudah datang ke hospital untuk melawat Humaira.

Sebaik masuk ke wad Humaira ditempatkan semalam, dia hairan melihat katil sudah kosong.

Keadaan katil juga seperti baru di kemas.

" Nurse " panggilnya pada seorang jururawat.

" Ya? " .

" Pesakit katil ni mana ya? " soalnya.

" Aina Humaira Binti Razali ke? " .

" Ha'ah " .

" Oh dia dah lari daripada hospital semalam. Sepatutnya hari ni baru dia boleh discharge, tapi dia dah lari semalam " terang jururawat itu.

Amir mengerutkan dahinya.

" Lari? " .

" Ha'ah encik " .

" Okay takpa. Terima kasih ya " .

Jururawat itu tersenyum kecil sebelum berlalu.

" Lari? Kenapa dia lari ya? " soal Amir sendirian.

Perasaan untuk dia mengenali dengan Humaira lebih dalam semakin kuat.

" Markah tertinggi untuk kuiz pada minggu lepas ialah Aina Humaira. Tahniah Humaira " ucap Encik Azizi.

Mereka semua menepuk tangan. Ada yang gembira dengan berita itu. Namun tidak semuanya. Ada telinga yang sakit mendengar berita itu.

Diana menjeling tajam ke arah Humaira. Dia terlalu bencikan gadis itu. Kejayaan yang dicapai oleh Humaira membuatkan dia rasa tercabar.

Selepas kelas bersurai, Fatin dan Humaira terus berlalu ke kafe untuk menikmati makan tengahari.

" Humaira! " panggil Diana.

Dia berlari anak ke arah Humaira dan juga Fatin. Langkah Humaira dan Fatin terhenti seketika.

" Apa dia? " soal Humaira.

" Congratulations untuk markah kuiz kau " ucapnya.

" Thanks " jawab Humaira.

" By the way aku nak pesan, kau janganlah rasa bangga sangat. Aku tahu kau meniru. Tak mungkin lah kau boleh score kalau kau tak meniru. Kan? " Diana tersenyum sinis.

Terbuntang mata Humaira saat mendengar tuduhan Diana. Dia berhempas pulas belajar, tetapi dituduh meniru.

" Kau cakap apa ni? Bila masa pulak aku meniru? Kau jangan nak fitnah aku. Kau sakit hati sebenarnya dengan aku kan? " .

" Aku tak ada masalah lah. Kau ingat kau siapa? Dah meniru tu mengaku jer lah. Tak payah nak berdolak-dalih lagi " .

" Diana, kau ni kenapa nak tuduh orang macam tu. Kau ada bukti? Kalau salah tuduhan kau tu, dah jadi fitnah kau tahu? Dosa menfitnah tu lebih besar daripada membunuh " sampuk Fatin.

" Jom lah Fatin. Tak payah layan perempuan meroyan ni " ajak Humaira.

" Aku meroyan? Meroyan aku pun mak bapak aku tu bukan macam mak bapak kau. Teguk arak. Cara hidup dah macam orang kafir! Samalah macam kau kan ".

" Kau jangan nak hina mak bapak aku lah! " jerkah Humaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience