Part 10.

Romance Completed 18103

" Dah nak demam nak buat macam mana. Pasal pipi aku ni, entahlah aku pun tak tahu " .

" Kau ni kan, semua tak tahu. Apa yang kau tahu? Nasib baiklah yang jumpa kau tu ustaz Amir. Kalau orang lain, bayangkan kalau orang jahat. Dia jual kau " .

Humaira menampar perlahan lengan Fatin.

" Mulut. Tak sayang mulut ke? " .

Fatin ketawa melihat wajah cemberut Humaira.

" Suka lah kau kan ustaz tu bawa pergi hospital " .

" Dah rezeki. Bukan aku yang nak " Humaira ketawa kecil.

Tangan Fatin pantas mencubit perlahan lengan Humaira.

" Gatal kau kan " .

" Mana ustaz tu? " .

" Dia dah balik. Aku terserempak dengan dia waktu nak masuk sini. Dia minta aku sampaikan salam pada kau. Dia kena cepat tu yang tak sempat jumpa kau " .

" Sampaikan salam jer? " soal Humaira agak kecewa.

" Iyalah. Habis tu takkan nak sampaikan rindu pulak cik Humaira oi " .

" Yelah. Entah bila agaknya aku dapat jumpa dia lagi kan? " .

" Ada jodoh jumpa lah. Dunia ni kecil jer lah Maira. Pusing-pusing situ jugak. Tengok tadi, dia yang tolong bawakkan kau pergi hospital. Mana tahu tu petanda jodoh kau? " usik Fatin.

Humaira tersenyum-senyum malu.

" Ha'ah kan. Manalah tahu kalau memang dia jodoh aku. Siapa tahu kan " .

" Amboi-amboi gatal kau ea. Pantang orang cakap pasal jodoh sikit ".

" Gurau jer lah. Aku sedar aku ni siapa. Manalah layak untuk ustaz tu kan " .

" Dah tak payah nak berdrama sangat boleh tak? Kau nak makan tak? Ustaz kesayangan kau tu pesan pastikan kau makan. Sebab kau tak makan dari pagi lagi " .

" Nak. Aku pun lapar ni " rengek Humaira.

" Depan ustaz tak ada pulak kau nak merengek lapar macam ni? " .

" Time tu tak lapar lagi lah " .

" Mengada " Fatin mengambil makanan di atas meja.

" Nak suap " .

" Mengada betul lah perempuan ni. Nasib baik tengah sakit tau " .

Mereka berdua ketawa serentak. Fatin menyuapkan makanan kepada Humaira.

Amir termenung seketika. Fikirannya melayang memikirkan Humaira. Entah kenapa tiba-tiba gadis itu muncul di fikirannya.

Amir benar-benar ingin mengenali siapa Humaira yang sebenarnya. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan dia tertarik.

Dia nekad untuk mengenali Humaira lebih dekat.

Kenangan kali pertama dia bertentang mata dengan Humaira bermain di fikirannya.

Amir cepat-cepat beristighfar panjang. Dia tidak mahu fikirannya terlalu sibuk memikirkan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience