Part 18.

Romance Completed 18103

" Maira! " laung Ashraf daripada jauh.

Dia melambaikan tangannya ke arah Humaira.

" Apa mamat ni nak? Menyibuklah " rungut Humaira.

" Siapa tu Maira? " soal Fatin.

" Tu lah lelaki yang mama dan papa aku sibuk nak jodohkan dengan aku " beritahu Humaira.

" Oh itulah lelakinya ? " Fatin mengangguk faham.

Ashraf melangkah mendekati mereka berdua.

" Jom Maira " ajaknya.

" Pergi mana? " soal Humaira dingin.

" Baliklah. Pak Din tak dapat ambil " jawab Ashraf.

Baru Humaira faham kenapa Datin Suraya beriya menyuruh Pak Din menghantarnya ke universiti hari ini. Selalunya Humaira yang akan memandu sendiri.

Rupanya dia mahu Humaira pulang bersama Ashraf. Ah Datin Suraya ada sahaja rancangannya.

" Takpa. Saya tak nak. Saya boleh balik sendiri " .

" Tak boleh Maira. Awak kena ikut saya jugak " .

" Jangan paksa saya boleh tak? Awak ingat saya ni budak-budak ke apa? " marah Humaira.

" Maira awak jangan degil boleh tak? Saya cuma nak tolong hantar awak balik jer " .

Humaira memandang ke arah Fatin. Begitu juga Fatin. Mereka saling berpandangan seketika.

Atas desakan Ashraf berkali-kali, Humaira akur jua. Dia terpaksa menaiki kereta bersama Ashraf.

Jika tidak kerana lelaki itu memaksanya, jangan harap dia mahu mengikut lelaki itu. Dia lebih rela menaiki bas atau teksi sahaja.

" Thanks sebab sudi juga naik kereta dengan saya Maira " ujar Ashraf memecah kesunyian.

Sejak dari tadi mereka masing-masing diam. Hanya bunyi radio yang kedengaran.

" Kalau tak sebab awak paksa saya, saya tak nak ikut pun lah " jawab Humaira dingin.

" Maira, awak tahu kan parents awak nak jodohkan awak dengan saya. Awak tak suka ke? Cara awak layan saya dingin sangat. Benci sangat ke awak pada saya? ".

Humaira mengeluh perlahan.

" Saya masih muda. Saya tak bersedia lagi lah nak berkahwin. Tolonglah jangan paksa saya. Saya tak sukakan awak pun. Saya tak boleh paksa hati saya untuk sukakan awak langsung " jelasnya panjang.

" Tapi awak boleh cuba kan Maira? Saya sanggup tunggu berapa lama sekalipun. Tolonglah Maira " .

" Jangan paksa saya! " .

"Maira please... " rayu Ashraf.

Tangannya cuba menyentuh tangan Huamira. Dengan pantas Humaira menepis.

" Awak jangan berani-berani nak sentuh saya ya! Berhenti sekarang! " .

" Okay sorry sorry " .

" Saya cakap berhenti! Berhenti lah! " jerit Humaira.

Ashraf akur jua. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Dengan pantas Humaira turun keluar daripada kereta. Pintu kereta Ashraf sengaja dihentak kuat tanda protes.

Ashraf meraup rambutnya ke belakang. Dia mengeluh kasar. Andai sahaja dia tidak membuat benda bodoh itu tadi pasti Humaira tidak akan mengamuk sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience