Part 3.

Romance Completed 18103

Bahu Humaira diusap perlahan.

" Terima kasih Fatin. Aku sayang kau. Kau lah satu-satunya sahabat yang sudi terima semua kekurangan aku ".

" Seorang sahabat tak akan membiarkan sahabatnya lalui segala kesusahan sendirian. Dia akan selalu menemani sahabatnya " .

Terukir senyuman di bibir Humaira. Air matanya dikesat perlahan.

Allah itu maha adil. Saat keluarga Humaira menentang segala kebaikan yang dibuat, ada seorang sahabat yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

" Dah tak mahu nangis. Kita nak pergi majlis ilmu ni. Nak kumpul pahala banyak-banyak " .

Humaira mengangguk perlahan.

Semua muslim dan muslimah sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Termasuk Humaira dan Fatin.

Allahu akbar Allahu akbar...

Sebaik sahaja solat maghrib, mereka menanti kedatangan seorang ustaz daripada indonesia yang akan memberi ceramah sebentar lagi.

Hati Humaira terusik saat mendengar imam yang membacakan surah-surah ketika solat maghrib tadi.

" Fatin " .

" Ya? " .

" Siapa yang jadi imam tadi tu? Sedapnya suara dia " .

Fatin tersenyum kecil.

" Sebab tu dia jadi imam. Dia tu ustaz kat sini. Memang setiap kali solat berjemaah dia yang akan jadi imam ".

Humaira menganggukkan kepalanya.

" Assalamualaikum " .

Fatin dan Humaira terus berpaling ke arah pemilik suara itu.

" Waalaikumsalam " jawab Fatin dan Humaira serentak.

" Cik berdua ni yang akan uruskan makanan untuk tetamu nanti kan? " soal lelaki itu.

" Ha'ah. Kami berdua lah. Kenapa ya ustaz? " .

" Oh macam ni, saya cadangkan awak sediakan makanan lebih sedikit. Sebab saya rasa eloklah kalau kita ajak jemaah yang lain makan sekali tetamu jemputan " .

" Haa boleh. Lagipun memang saya ada order lebih makanan. Takpa sekejap lagi saya dan kawan saya packing lagi makanan tu " .

" Terima kasih " lelaki itu terus berlalu.

Mata Humaira tidak berkedip melihat lelaki tadi. Senyuman lelaki itu sudah cukup menggetarkan hatinya.

" Maira, nanti kita packing lagi nasi tu ya? " .

Fatin memandang pelik ke arah sahabatnya.

" Maira? " .

" Ha? Kau cakap apa tadi? " soal Humaira.

" Kau ni. Berangan apa? Penat aku cakap dengan kau " .

" Sorry aku tak dengar " Humaira tersengih memandang Fatin.

" Aku cakap sekejap lagi kita packing lagi nasi tu " .

" Okay boleh " .

" Kau kenapa ea? Macam pelik jer aku tengok " soal Fatin.

" Siapa lelaki tadi tu? " .

" Ustaz Zaed Amir. Dia lah yang jadi imam solat maghrib tadi " .

" Series Fatin? " soal Humaira teruja.

" Series lah. Takkan lah aku nak main-main pulak " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience