Part 7.

Romance Completed 18219

Humaira merebahkan tubuhnya di atas katil. Pipinya yang masih lagi terasa sakit dipegang.

Walaupun pipinya perih kerana ditampar, perih lagi hatinya dengan sikap Datuk Razali.

Bukannya dia pergi membuat maksiat. Dia cuma ke masjid. Salahkah?

Indahnya dunia jika dia mempunyai keluarga seperti Fatin. Terkadang Humaira rasa dia seperti anak yatim.

Walaupun dia masih lagi mempunyai kedua-dua ibu bapa, dia tidak pernah rasa kasih sayang daripada mama dan papa nya.

Mereka berdua sentiasa sibuk dengan kerjanya sehingga tugas membesarkan Humaira diserahkan pada orang gaji.

Sejak mengenali Fatin, Humaira perlahan-lahan berubah. Dia belajar solat, mengaji al-quran. Fatin banyak membimbingnya.

Biarpun keluarga Fatin hidup dalam keadaan sederhana, keluarganya sentiasa bahagia. Berbeza jika dibandingkan dengan Humaira.

Hidup Humaira dibanjiri dengan harta dan kekayaan tetapi dia masih lagi tidak rasa kebahagiaan. Benarlah harta kekayaan tidak memberikan kebahagiaan.

Humaira melangkah ke bilik air. Dia terus mengambil wudhuk. Selesai mengambil wudhuk, Humaira mencapai Al-quran di atas meja belajarnya.

Satu persatu ayat suci itu dilafaz. Air matanya mengalir lagi. Dia harus kuat. Dia yakin Allah sentiasa ada di sisinya.

Doanya moga suatu hari nanti mama dan papa nya akan berubah. Anak mana yang sanggup melihat ibu bapa mereka diseksa di akhirat kelak.

Dia mahu ke syurga bersama-sama ahli keluarganya.

Selesai menunaikan solat subuh, Humaira membaringkan tubuhnya di atas katil.

Kepalanya terasa berat sangat. Sudahlah dia ada kelas sebentar lagi. Humaira cuba menguatkan dirinya.

Dia bangun perlahan-lahan. Humaira terus bersiap-siap untuk ke kelas. Sebaik bersiap, Humaira terus menghidupkan enjin keretanya.

Ketika dalam perjalanan menuju ke universiti, Humaira melihat ada peniaga yang menjual sarapan di tepi jalan.

Kebetulan Humaira masih belum bersarapan. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Humaira terus melangkah ke arah gerai kecil itu. Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut denyut.
Pandangannya juga semakin lama semakin kabur. Humaira terus rebah di situ.

Amir yang kebetulan berada di gerai itu segera berlari ke arah Humaira.

" Cik...cik? " panggil Amir.

Namun tiada respons.

" Kak " panggil Amir kepada seorang wanita berusia 30-an.

Wanita itu terkocoh-kocoh datang ke arah Amir.

" Kenapa ni dik? " soal wanita itu.

" Saya tak tahu kak. Dia tiba-tiba pengsan. Boleh akak tolong papah dia? Saya nak bawa dia ke hospital " .

" Boleh-boleh " Wanita 30-an itu terus memapah tubuh Humaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience