Part 17.

Romance Completed 18219

Humaira termenung jauh sambil merenung jendela. Dia teringat kejadian petang tadi.

" Assalamualaikum Humaira " .

Humaira berpaling.

" Waalaikumsalam ustaz " .

Amir tersenyum kecil. Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan gadis itu.

" Boleh saya tanya sesuatu? " .

" Er..tanyalah. Apa dia? " .

" Kenapa lari daripada hospital ya haritu? " .

Humaira terdiam. Alasan apa yang harus diberikan.

" Tak. Mana ada lari. Saya cuma discharge awal jer " .

" Iya ke ni? Nurse dekat sana tu cakap awak lari. Saya datang nak lawat hari tu, tapi awak pulak dah lari " Amir ketawa kecil.

Humaira tersenyum kelat. Merah wajahnya kerana malu.

" Tapi takpalah, asalkan awak dah sibat sepenuhnya kan? Cuma lain kali jangan lari lagi daripada hospital ya".

Humaira menganggukkan kepalanya perlahan. Jantungnya sudah berdegup kencang. Lagi-lagi melihat senyuman manis yang terukir di bibir Amir.

Amir bagaikan cahaya matahari, dia pula diibaratkan seperti ais krim. Yang cair ketika terkena cahaya matahari.

Lamunan Humaira terhenti. Dia tersenyum sendirian. Ustaz Amir benar-benar membuatkan dia angau.

" Ada apa ya ustaz nak jumpa saya? Tak pernah-pernah ustaz ajak saya jumpa. Macam ada hal penting jer " soal Fatin.

Hairan dia apabila Ustaz Amir tiba-tiba mengajak dia berjumpa di luar. Katanya ada hal yang hendak ditanya.

" Order dulu. Awak nak makan apa? ".

" Takpa saya dah kenyang. Minum jer. Nak milo ais " .

" Okay sekejap. Bang, milo ais satu ya" pesan Amir pada pelayan restoran itu.

" Sebenarnya macam ni Fatin, saya nak kenal dengan Humaira lebih dalam. Awak kan kawan baik dia. Mesti awak tahu lebih banyak tentang dia " .

Fatin mengerutkan dahinya.

" Maksud ustaz? Saya kurang faham " soal Fatin.

" Saya tengok Humaira tu macam pelik jer. Masa dia sakit hari tu saya nak maklumkan pada keluarga dia, tapi dia larang. Dia masih ada ibu bapa lagi? " .

" Masih. Masih ada. Cuma... " Fatin serba salah untuk bercerita.

" Cuma apa? Fatin, saya bukan nak masuk campur hal peribadi orang. Saya cuma nak tahu. Manalah tahu kalau saya mampu tolong. Insya Allah saya akan cuba tolong " .

Fatin diam seketika.

Selesai membaca Al-quran, Amir meletakkan kalam suci itu di atas almari.

Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Fikirannya melayang memikirkan Humaira.

Setelah Fatin menceritakan segalanya tentang Humaira, barulah dia faham mengapa seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Humaira.

Dia begitu kasihan melihat nasib gadis itu. Amir nekad untuk membantu Humaira. Dia tidak mahu gara-gara dihalang oleh ibu bapa nya, Humaira mengingkari perintah Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience