Part 1.

Romance Completed 18219

Humaira menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Sakit hatinya dengan kelakuan mama dan papa nya.

Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai buruk mama dan papa nya. Semasa dia masuk ke dalam rumah tadi Humaira hairan melihat ramai tetamu di dalam rumahnya.

Saat dia melihat tetamu yang hadir hatinya semakin panas.

Tetamu yang hadir dihidangkan dengan arak. Lelaki dan perempuan bergaul bebas.

Humaira mengeluh kasar. Walaupun dia bukanlah seorang yang baik, dia masih mengenali yang halal dan yang mana haram.

Dia kurang beruntung kerana lahir daripada keluarga yang kucar kacir. Agama tidak menjadi keutamaan. Hanya nafsu yang bermaharaja lela di dalam diri.

Kadang-kadang dia rasa ingin lari jauh meninggalkan rumah. Dia sudah tidak sanggup berada di dalam rumah yang ibarat neraka baginya.

Sejak kecil lagi Humaira tidak pernah di didik dengan ilmu agama. Hanya di sekolah Humaira boleh mendalami ilmu agama.

Telefon bimbit Humaira berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama ' Fatin ' di skrin telefonnya.

Humaira terus menjawab panggilan itu.

" Hello Fatin " .

" Hello Maira. Sorry lah ganggu ya. Malam esok kau free tak? " .

" Free. Kenapa ea? " soal Humaira.

" Macam ni, aku terlibat dalam majlis kat masjid malam esok. Aku kena uruskan. Tapi partner aku pulak tak dapat pergi, dia demam. Boleh kau gantikan dia? " .

Humaira menelan air liurnya.

" Mengarut lah Fatin. Kau tahu kan aku macam mana. Takpalah. Kau cari jer orang lain " tolak Humaira.

Dia bukanlah baik sangat untuk ke masjid. Dia sedar siapa dirinya. Solatnya pun tidak begitu sempurna. Auratnya juga.

" Maira, apa salahnya kan? Lagipun malam esok ada ustaz daripada Indonesia datang beri ceramah. Kita cuma uruskan majlis tu jer. Boleh ea? Tolonglah aku " .

" Aku bukan tak nak Fatin. Tapi aku...".

" Kira jadi okay? Esok lepas asar aku ambil kau. Assalamualaikum " .

Fatin terus menamatkan panggilan. Humaira termenung seketika. Boleh dikira berapa kali dia menjejakkan kakinya ke masjid sepanjang dia hidup.

Itupun kerana Fatin mengajaknya. Fatin ialah sahabat baik Humaira semenjak dia berada di semester satu lagi.

Fatin beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan agama. Biarpun ilmu agama Fatin lebih tinggi daripada Humaira, tidak pernah sedikit pun Fatin memulaukan Humaira.

Malah dia semakin menyokong Humaira dari belakang. Oleh kerana itu Humaira senang dengan sikap Fatin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience