Part 21.

Romance Completed 18103

" Saya ada benda nak beritahu ustaz ".

" Apa dia Fatin? " soal Amir.

" Maira sekarang ni ada kat hospital. Baru semalam dia masuk " .

" Allahu. Kenapa dia masuk hospital? Teruk ke sakitnya? " soal Amir.

Mata Fatin sudah berair. Mudah sahaja air matanya mengalir jika tentang Humaira.

" Maira menghidap barah otak " beritahunya.

" Allahu akbar " Amir terkejut.

Dia mengurut perlahan dadanya.

" Tolong ustaz. Bahagiakan Maira sebelum dia menutup mata untuk kali yang terakhir. Doktor cakap dia tak dapat bertahan lama " .

Amir memandang seketika ke arah Fatin. Dia mengangguk perlahan.

" Kita sama-sama buat dia bahagia sebelum tiba ajalnya. Saya yakin Humaira kuat untuk hadapi dugaan ini " .

" Tak ! Tak ! Maira tak nak mati ! Tak nak ! " teriak Humaira.

Berita itu membuatkan hidupnya mati terus. Sukar untuk Humaira terima kenyataan dia menghidap kanser otak.

" Sabar nak. Sabar " pujuk Datin Suraya.

" Kenapa kau pilih aku Ya Allah? Kenapa? Kenapa?! " .

Humaira bagaikan hilang kewarasannya. Dia menjerit sekuat hati. Kenapa dia harus diuji sebegitu. Dia tidak kuat.

Bertubi-tubi ujian menimpa dirinya. Baru sahaja dia hendak merasakan kebahagiaan namun dia diuji pula dengan sakit yang mungkin tiada ubatnya.

Doktor terpaksa menyuntik ubat tidur kepada Humaira bagi menenangkannya.

Dari luar Amir dan Fatin memandang sayu ke arah Humaira. Mereka berdua bersimpati dengan nasib Humaira.

" Assalamualaikum datin " .

" Waalaikumsalam. Awak ni siapa ya?" soal Datin Suraya dingin.

" Saya Zaed Amir " Amir memperkenalkan dirinya.

Datin Suraya tersenyum sinis.

" Ustaz yang mempengaruhi anak saya ni? " .

" Saya cuma sampaikan dakwah datin. Tak ada niat pun untuk mempengaruhi Humaira " .

" Apa-apa jer lah " .

" Datin izinkan saya untuk terus berdakwah kepada Humaira ? Saya akan cuba bahagiakan dia. Saya yakin dia kuat untuk lawan sakit dia " .

" Saya izinkan. Demi Humaira " .

Amir tersenyum kecil mendengar jawapan Datin Suraya.

" Sabar ya Maira. Kau kuatkan " Fatin mengusap bahu sahabatnya itu.

" Kenapa mesti aku? Kenapa asyik aku diuji Fatin? Kenapa? Allah tak sayangkan aku ke? " .

" Maira, jangan cakap macam tu. Aku sayangkan kau. Kau tahu kan? Kau kuat. Jangan macam ni " .

" Aku penat Fatin.. Aku penat diuji macam ni... " .

" Awak orang terpilih Humaira. Allah pilih awak sebab dia sayangkan awak. Awak patut bersyukur. Jangan persoalkan apa yang Allah telah tulis. Semuanya ada hikmah " Amir tiba-tiba muncul di muka pintu.

Humaira berpaling ke arah Amir.

" Saya tak pernah rasa kebahagiaan tu. Tak pernah... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience