Part 22 (ENDING)

Romance Completed 18103

" Saya akan bahagiakan awak Humaira. Sudi tak awak menjadi yang halal untuk saya? " .

Fatin tersenyum kecil. Humaira terpana. Tiba-tiba sahaja Amir melamarnya.

" Aku terima nikahnya Aina Humaira Binti Razali dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .

Dengan sekali lafaz, Humaira sah menjadi isteri Zaed Amir. Tiada majlis persandingan. Hanya upacara akad nikah sahaja.

" Assalamualaikum Humaira " .

" Waalaikumsalam. Terima kasih sebab jadi suami Maira. Walaupun Maira hidup dah tak lama lagi... " Humaira menahan sebak di dadanya.

" Humaira, ajal maut di tangan Allah. Bukan doktor. Semua orang akan mati. Tiada siapa tahu bila waktunya. Selagi kita masih hidup, kita teruskan kehidupan. Abang akan sentiasa melindungi Humaira dan bahagiakan Humaira. Itu janji abang pada Humaira " .

Humaira tersenyum kecil. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah menghadirkan seorang insan yang sangat baik. Yang masih sudi menerima dirinya yang bila-bila masa sahaja akan ditarik nyawanya.

" Terima kasih abang " .

" Sama-sama. Abang sayangkan Humaira kerana Allah. Kita sama-sama berusaha ke syurga Allah ya sayang? " dahi bersih Humaira dikucup lembut.

Sedar tidak sedar rumah tangga Amir dan Humaira sudah mencecah 6 bulan. Keadaan kesihatan Humaira juga semakin baik setelah pelbagai rawatan dilakukan.

Hari ni hari ulang tahun Amir yang ke 27 tahun. Humaira merancang untuk membuat kejutan pada suaminya itu.

Humaira memegang kepalanya. Sakit terasa. Sudah lama dia tidak merasa sakit sebegitu, tiba-tiba sahaja sakit kepalanya datang semula hari ini.

Dia menguatkan juga dirinya untuk memasak. Dia mahu Amir menjadi orang paling gembira hari ini. Dia tidak mahu mengecewakan lelaki itu pada hari istimewanya.

Selesai masak, Humaira naik ke bilik. Dia mahu rehat seketika. Sakit dikepalanya semakin menjadi-jadi.

Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Dia dapat merasakan dia tidak akan bertahan lama lagi. Dia sudah tidak larat untuk menahan kesakitan. Matanya perlahan-lahan di pejamkan.

" Humaira sayangkan abang... " .

Amir menyiram air di atas kubur arwah isterinya itu. Dia redha dengan pemergian Humaira. Lebih baik Humaira pergi daripada dia harus menanggung kesakitan.

Biarpun pemergian Humaira secara mengejut, Amir tetap redha. Dia sempat menikmati masakan terakhir Humaira di hari ulang tahunnya yang terakhir bersama Humaira.

Selepas ini tidak akan sama lagi. Tiada lagi kasih sayang seorang Aina Humaira. Dia pergi buat selama-lamanya setelah menanggung segala derita.

" Pergilah rehat di sana sayang. Abang redha dengan pemergian Humaira. Tunggu abang di syurga ya " .

Tabahnya dirimu saat dihina...
Kuatnya dirimu saat diuji...
Tenanglah di sana Aina Humaira...
Rehatlah buat selama-lamanya...

TAMAT

Share this novel

Miss_Nisa_Izza {^~^}
2021-11-16 19:59:01 

sedihnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience